Friday 18 March 2016

Deep Purple - Machine Head Vinyl (1972)

Antara album Deep Purple yang dah pun berusia 44 tahun..




'Machine Head' merupakan antara album terbaik Deep Purple yang telah di riliskan pada 25 mac 1972.menduduki tempat pertama di carta UK selama 20 minggu dan juga merupakan album yang paling laris jualannya di Amerika.album ini juga menjadi sumber inspirasi pelbagai band rock dan heavy metal termasuk lah band2 rock di Malaysia pada era 80an.ini kerana lagu 'wajib' dari album ini yang harus di mainkan ketika jamming ialah lagu 'Smoke On The Water' dan juga lagu 'Highway Star'.



gatefold.condition rekod ni memang nampak buruk,maklum la dah lama tahun 1972,aku belum lahir lagi rekod ni dah ada..heheh...



ada di beritahu rakaman di lakukan kat mana.



Dengan line up klasik Mark 2,Ritchie Blackmore,Ian Paice,Roger Glover,Ian Gillan dan Jon Lord. juga merupakan album yang memperkenalkan pada aku apa itu hard rock,klasik rock,heavy dan berbagai lagi genre yang berakar umbikan rock.dan istimewanya album ini ialah,arwah ayah aku kerap memutarkan rekod ini setiap kali beliau pulang dari kerja,atau pun ketika bercuti.


senarai lagu






piring je tak purple tetap warna hitam



Rasanya yang tak minat Deep Purple pun mesti tau lagu 'Smoke On The Water' dan 'Highway Star' tu.selain dari dua lagu tu aku lagi suka lagu 'Never Before' 'Lazy'(intro dari Jon Lord memang best) dan 'Space Truckin'.kerja gitar Ritchie dalam album ini memang terbaik lah,tak hairan la album ini juga tercalon antara 100 album terbaik sepanjang zaman oleh majalah Rolling Stones.
Nak cerita panjang pasal album ni pun mesti ramai yang dah tau.yang mana taktau tu boleh tengok kat wikipedia.dan pada sesiapa yang nak layan Deep Purple,boleh mulakan dengan album ini atau pun album "Perfect Strangers"

7 comments:

  1. tak sah kalau masa jamming tak bawak 2 lagu ni...'Smoke On The Water' dan 'Highway Star'... band gua tahun 90an dulu pun selalu jamm gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yusrina..maaf lah saya nak ckp..rasanya yusrina kena banyak lagi belajar bab nak menulis ni...belajarlah dari krenmaut & berteromber..blog dia org buat saya tertgu2..tapi krenmaut dah kurang blogging lah skrg..tq..

      Delete
  2. Boleh tak aku cadangkan kat semua, kalau sapa tak pernah dengar, sila dengar Remix 30th ke 35 Anniversary. Seluruh Machine Head Diremix balik oleh Roger Glover.
    Kirakan, remix tu untuk telinga Roger Glover ialah apa yang sebenarnye bunyi album ni yang diimpikan Deep Purple.
    Menakjubkan Remix tu....
    Ada bahagian pakai alternate solos dan sebagainya...
    Aku jarang nak rekemen orang apa apa pun, but ni aku strongly suggest.

    ReplyDelete
  3. I like someday Metallica cover lgu Highway Star.. dri dlu nk sgt cover dri Metallica.. rasanya influenza metallicA era awl kemunculan mereka pun dri deep jgk ni..

    ReplyDelete
  4. smoke on the water tu best..

    ReplyDelete