Saturday 26 March 2016

Batman v Superman : Dawn Of Justice (2016)



Atas ajakan rakan sekerja semalam,menjadi org pertama yang menonton filem dua superhero yang terkenal ini.

Aku tak mahu lah spoiler sebab aku tau ramai yang belum lagi menonton filem ini,cuma pada mereka yang pernah menonton filem 'Man Of Steel' yang pernah di tayangkan pada tahun 2013 yang lalu,Batman v Superman ini merupakan kesinambungan cerita dari filem 'Man Of Steel'.filem ini merupakan fasa kedua dalam dunia DC Comics.dan selepas ini filem 'Suicide Squad' pula yang akan di tayangkan pada pertengahan tahun ini.

Dalam filem ini juga ada menampilkan 'cameo' team Justice League seperti The Flash,Aquaman dan Cyborg.walaupun ada ramai yang komplen kata permulaan cerita ini agak slow,tapi pada aku kira ok lah,sebab nak seimbangkan watak antara Clark Kent,Bruce Wanye,Wonder Woman dan Lex Luthor.pengarah Zack Snyder agak bijak memainkan jalan cerita yang agak kompleks tapi mudah di fahami.teknik kesan khas memang terlalu banyak la dalam filem ni dan ia menarik juga.

Untuk peminat dua superhero ni boleh la tonton di pawagam,cuma pada aku lagi best kalau Christian Bale yang lakonkan watak Batman tu seperti 3 filem Batman yang sebelum ni.


6 comments:

  1. aku memang dah ketinggalan bas bab2 movie2 superheroes, x men x women dan transformers ni semua..
    pening dah banyak sangat..
    satu movie aku try follow up is hateful eight tarantino.
    dah berapa kali aku cuba tengok pilem ni kat laptop, tapi tak game game jugak...
    nampak2 tak akan tengok sampai abis la, haha.

    ReplyDelete
  2. Banyak review kata tak best...takper la kena tengok dulu baru tau..

    ReplyDelete
  3. baru layan petang semalam... puas hati tgk batfleck belasah teruk supArman, tu la siapa suruh kecik2 tak belajar berkuntau

    ReplyDelete
  4. Bagi aku BVS adalah karya Zack Snyder yang terbaik pernah dihasilkan oleh beliau....yg selalu bagi review buruk kat movie ni kebanyakannya tidak memahami cara arahan beliau...percayalah, filem DC comic memang tidak sama dengan Marvel.

    ReplyDelete
  5. ramai kata tak best.. nanti aku tgk ni

    ReplyDelete