Sunday 31 January 2016

Netscape




Masa aku mula2 kenal dunia IT ni dan tau apa itu internet sekitar tahun 1999-2000 dulu,(masa tu memang tengah menggila dengan IRC chat)haha..carian di intenet yang selalu di gunakan oleh aku dan juga korang,mesti pernah guna web browser ni,sebelum wujudnya Internet Explorer dan Mozilla Firefox.yang aku maksudkan ialah ini,Netscape Navigator.pada zaman kegemilangannya dalam dunia IT ni,Netscape memang kerap di gunakan oleh pengguna internet kerana ia paling baik berbanding dengan web browser yang lain pada masa tu.Netscape tersedia dengan platform Windows 16 bit (Win16) Windows 32-bit (Win32) Unix serta Macintosh.
Netscape merupakan web browser yang di bangunkan oleh Mosiac Web Browser,dari National Center For Supercomputing Applications(NCSA).idea ni datangnya dari Marc Andressen seorang pekerja part time di syarikat NCSA tersebut.yang mana beliau akhir nya menjadi vice president di Netscape Corporation.
pada tahun 1994,pihak Netscape telah mengumumkan penggunaan Netscape ni secara percuma di seluruh dunia dan kegunaan percuma untuk pelajar2 universiti di seluruh US khasnya.pelbagai versi telah di keluarkan oleh pihak Netscape seperti version 2.1,version 1.1 dan beta version.Netscape juga menawarkan email percuma,editor untuk website dan juga aplikasi yang lain.

Pada 1999,Netscape telah berkerjasama dengan America Online(AOL) dan cuba membangunkan satu projek yang di panggil Mozilla.org(yang mana akhirnya telah di wujudkan satu company baru yang di panggil Mozilla Foundation).lepas tu, telah wujud satu web browser yang baru hasil daripada Microsoft iaitu Internet Explorer.yang merupakan browser yang laju yang di gunakan untuk carian di internet.yang kebanyakkan pengguna internet beralih arah dengan menggunakan Internet Explorer.
Setelah sekian lama menguasai dunia internet,dan kebanyakkan pengguna internet tanak menggunakan Netscape,akhirnya,pada 1 mac 2008 Netscape telah mengumumkan untuk memberhentikan pekhidmatan web browser Netscape Navigator ni dan telah menyerahkan segalanya kepada syarikat Mozilla Foundation,yang juga di kenali dengan web browser Mozilla Firefox nya.
Ni pun kira ilmu pengetahuan jugak ni.kalau aku ni kira baru nak kenal dunia it ni,agaknya memang aku tak tau web browser yang paling 'tua' dalam dunia it ni wujud..hehe.dan sekarang terdapat pelbagai web browser yang telah di bangunkan seperti Safari (dari Apple Inc.)Mozilla Firefox dan juga Google Chrome yang aku gunakan sekarang untuk update blog aku ni..
Terima kasih Netscape!

8 comments:

  1. tu belum lagi memori bunyi modem dial-up 1511/1515

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..tu jam kalo modem bebunyik time tgh surf or chat,menyakitkan hati.sebab tanda nya line intenet teputus.hehe

      Delete
  2. teringat dulu netscape navigator lambang stereng kapal..

    ReplyDelete
  3. Terbaik punye posting.
    Aku dapat ilmu baru hari ini.
    terimakaseh.

    ReplyDelete
  4. Ingat lagi 1st time dpt guna internet...benda pertama aku cari adalah website band2 rock...hehe...

    ReplyDelete
  5. aku igt IE yg terawal..aku xpenah gne IE.. plg ske google.. google pun search engine plg dominan skang.. jga memiliki blogger yg dominan dn youtube yg dominan.. dominan belaka hehe

    ReplyDelete
  6. Ahaha... Ini baru betul2 throwback!
    Ya...dulu pernah guna netscape....
    Mmg nostalgia abes ur new post ni....

    ReplyDelete