Monday 18 January 2016

Battle Of The Bands (1986) Reissue 2015

Setelah 30 tahun baru lah di riliskan semula dalam bentuk cd..




Memang tak di nafikan,album ini lah pencetus irama rock kangkang/glam rock mula menguasai pasaran muzik di Malaysia pada tahun 80an yang lalu,terima kasih pada Ali Bakar,kerana beliau lah orang yang bertanggungjawab melonjakkan scene glam rock pada ketika itu,Ali Bakar ni lebih kurang macam Rod Smallwood versi melayu la kan.sehingga impaknya  menjadi perhatian kerajaan Malaysia kerana di katakan muzik rock ini meruntuhkan akhlak remaja pada ketika itu.(kalau dulu dan sekarang,zaman sekarang ni lagi teruk masalah sosialnya)aku pada ketika itu masih lagi kanak2 riang pun terpengaruh dengan album ini dan 'Somewhere In Time' dari Iron Maiden kerana abang2 aku.terima kasih kat abang2 aku kerana mengajar aku erti rock sebenar..heheh..





Melalui album ini juga lah lahirnya lagenda rock Malaysia seperti Lefthanded,Ella & The Boys,Bloodshed,SYJ,(Orang Timur rules!) dan Rahim Maarof & Whitesteel.walaupun ada sesetengah lagu nya di ceduk sedikit dari elemen rock barat (macam solo Debunga Wangi dari Prodigal Son Iron Maiden) tapi hasil dari kerja kreatif Ali Bakar,beliau berjaya menghasilkan muzik rock beridentitikan acuan muzik rock melayu.





Mendengar kembali lagi2 dalam album ini betul mengimbau kenangan lama,lagu2 seperti 'Hidup Pemuzik' intro riff yang agak menarik.riff 'Hati Syaitan' juga best,ala2 Motley Crue,kerja gitar dan  solo dari Lord (Ella & The Boys)antara gitaris legend era 80an,dalam lagu 'Dua Insan Bercinta' pun memang sedap.sound yang keluar dari album ini pada era analog memang aku suka.bunyi yang 'raw' gitu.
Dari segi sound untuk reissue ni aku taknak komen apa2,beli dan dengar sendiri.best atau tidak,suka atau tidak yang penting kalau suka dan minat,beli.tak mahu nanti ada komen dari pakar nak buat komplen kat Sony Muzik tentang sound dalam cd reissue ni.

Apa pun,terima kasih Sony Muzik,harap lepas ni banyak lagi album2 rock dulu2 di riliskan semula.

9 comments:

  1. 1) tengok dressing rockers (ketika itu) kat cover, priceless!
    2) muzik rock meruntuhkan akhlak, generasi yg "runtuh akhlak" tu la antara yg berjaya/berjasa sekarang
    3) kalau baca komen terbaru pakar dlm entri belantara aku lagi best (malas dah aku nak layan)

    ReplyDelete
  2. menarik tak sabar nak sambar bila aku turun kl nanti..hehe

    ReplyDelete
  3. 30 tahun dah...giler tua bangka dah semua generasi yg "runtuh akhlak" ni...hahaha...

    ReplyDelete
  4. tak suka sticker hologram! ditampal di atas kereta kebal?! wtf!

    ReplyDelete
  5. mcm2 lontaran ni taim.. ade kate rock ade kaitan dgn yahudi... tu jebon kta muzik rok ade unsur2 setan. mencemar budaya kata osman tikus..

    ReplyDelete
  6. Ni foto dorang ambik kat lombong cheras eh? Kat mana eh foto ni

    ReplyDelete
  7. Dlm versi kaset ada credit utk Din & Man Kidal atas menyolo dlm lagu Hapuskan Lanun Cetak Rompak

    ReplyDelete
  8. Kena gi cari, sukakan sound kasar zaman 80an

    ReplyDelete
  9. kat mane nk dapatkan album rock ni boss..??

    ReplyDelete