Thursday, 25 June 2015

Metal Gear Solid V : Ground Zeroes

Antara game yang aku baru habis main kat Xbox360..





Ini adalah antara game kegemaran aku selain Lara Croft (Tomb Raider).sebelum ni pernah main Metal Gear Solid dan Metal Gear Solid : Sons Of Liberty di konsol Playstation One,dan Metal Gear Solid 3 : Snake Eater di konsol Playstation 2.cuma MGS4 : Guns Of Patriots je yang belum pernah main di sebabkan ianya hanya ekslusif di konsol Playstation 3 je.game ini berkonsepkan 'action adventure stealth' dengan jalan cerita yang menarik.sesapa yang pernah main game ini pasti tahu betapa seronoknya melayan game ni..heheh..yang paling best ialah grafik dan teknik CGI nya yang dah sama taraf dengan filem Hollywood.game MGS ini di cipta,di bangunkan dalam dunia game dan di arahkan oleh Hideo Kojima seorang genius dalam dunia game di Jepun.

Metal Gear Solid V : Ground Zeroes ini berlatar belakangkan pada tahun 1975 mengisahkan 'Snake'(menggunakan suara pelakon Kiefer Sutherland) codename bagi askar perisik yang kerjanya melakukan aktiviti merisik secara solo,(punca mata beliau buta sebelah di ada di ceritakan dalam game MGS3)beliau di tugaskan pergi merisik di Camp Omega (bekas tempat pelarian Cuba dan Haiti)untuk menyelamatkan 'Chico' seorang tentera kanak-kanak dan 'Paz Ortega' seorang perisik perempuan yang telah di dera secara fizikal dan mental oleh 'Skull Face' komander 'special forces' unit misteri yang bernama XOF.



 Gameplay nya memang agak sukar sedikit,sebabnya nama pun 'tactical espionage operations' kena jalankan operasi secara senyap tanpa dapat di ketahui dan di kesan oleh pihak musuh.tapi memainkan watak 'Snake' memang best,boleh melakukan pembunuhan secara senyap,yang paling best 'hand to hand combat'.tapi yang tak bestnya game ni bersambung,ada part 2 dengan tajuk 'Metal Gear Solid V Phantom Pain' yang akan di riliskan pada september nanti. (sama dengan album 'Book Of Souls' pulak tu)

6 comments:

  1. bila dah berkeluarga memang susah nak curi2 masa nak main game. tapi bila ada masa (biasanya selepas 10 malam) badan dan mata pula dah tak tahan, dah tak spesies nocturnal mcm dulu... sedih™

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...mana nak dengar cd...mana nak tengok movie...mana nak tengok tv...mana nak baca buku...tu belum bab bini panggil lagi...hahaha...

      Delete
    2. hahah so true ijau. aku sampai Guns of the Patriots je. pastu dah tak de napsu nak main PS3 dah... hikhikhi

      Delete
  2. macam real la games sekarang....

    ReplyDelete
  3. fuh mantap lah klu ada kat uma ni.. haha

    ReplyDelete