1.Tahniah kepada team Malaysia atas kejayaan merangkul pingat emas dalam pelbagai acara di Sukan Sea 2015 yang berlangsung di Singapura.hebat jugak la diorang kali ni.tak ketinggalan tahniah juga buat team Singapura.aku tak berapa follow sangat pasal kat rumah pun takda astro,cuma tengok result kat internet je.
2.Ada 2-3 orang kawan aku yang dah di berhentikan perkhidmatan dengan syarikat penerbangan Malaysia iaitu MAS.simpati aku kat diorang ni..yang sorang tu duda kena tanggung anak dia yang OKU,dia ni kadang2 kena kerja 48 jam hingga tak sempat nak balik rumah jenguk anak dia.mereka yang agak komited dengan kerja dan rajin yang di berhentikan.tu yang aku rasa terkilan sangat,apa yang aku mampu katakan pada kawan2 ku ni cuma minta mereka bersabar,bumi Allah ini luas rezeki ada di mana2..dan 2 hari lepas aku melepak ngan diorang sambil mengopi,diorang cakap dapat tapak niaga bazaar ramadhan di Dato Keramat.berbekalkan wang gaji diorang kongsi meniaga ayam golek pada bulan puasa nanti..Alhamdulilah moga makin murah rezeki diorang.
Tadi aku ada terbaca kat internet pasal pergaduhan nak rebut tapak bazaar ramadhan di Senawang.aku pun pelik la tengok perangai melayu sekarang ni.benda macam tu kan boleh bawak bincang,bergaduh bukan la jalan penyelesaian yang terbaik,tinggal berapa hari je lagi nak puasa pun..aku kadang2 rasa malu dengan bangsa aku ni.sedangkan kaum lain meniaga aku tengok ok je takda hasad dengki bagai.teringat kata2 arwah mak aku sampai sekarang.arwah mak aku cakap "sebenarnya musuh utama orang melayu bukan la kaum lain yang ada kat Malaysia ni,yang sebenarnya musuh utama orang melayu ialah kaum melayu itu sendiri".
So,faham2 sudah la kan..
3.Salam Takziah untuk mangsa gempa bumi di Ranau Sabah.moga kalian semua tabah menghadapi dugaan ini.(dengar cerita Sultan Johor bagi 1 mil untuk mangsa gempa di Sabah)
4.Ok,bab hiburan duniawi pulak..
Fear The Walking Dead merupakan spin off dari siri The Walking Dead yang di katakan prequel sebelum terjadinya zombie apokalips di Atlanta.(tempat yang Rick coma kat hospital dalam season 1 tu) ini pun aku tak tengok lagi,taktau sama ada best ke tak macam TWD atau sebaliknya.cuma aku harap TWD season 6 nanti ada karakter paling brutal dalam TWD versi komik tu.sesapa yang dah tengok tu cerita la sikit..
Dan last sekali..
5.Sir Christoper Lee antara ikon dunia seram yang tersohor sejak era filem hitam putih lagi.beliau merupakan pelakon British yang mula berlakon sejak era 1940an.antara karakter beliau yang popular sudah tentunya Dracula.selain dari tu beliau juga menjadi Count Dooku dalam filem Star Wars, dan menjadi ahli sihir Saruman dalam filem Lord Of The Ring dan trilogi filem Hobbit.beliau juga mendapat award 'Spirit Of Metal' dari majalah Metal Hammer sempena 'Golden Gods 2010'
RIP Sir Christoper Lee (27 May 1922 - 7 June 2015)
saruman nyanyi lagu metal, fuh!
ReplyDeletelayan Manowar - Dark Avenger
ReplyDeleteThank you Sir Christoper Lee
baru tau Sir Christopher Lee meninggal
ReplyDeletefren, nanti buat la review pasal gerai jualan kawan2 kau tu...
ReplyDeletetaruk gambar fancy2 cantik2 sikit..
ayat2 manis sikit tapi tak mau tipu la mesti nak kena betul2 sedap kan...
Semoga makin ramai tertarik dan support gerai tu....
Aku tahu...aku tahu sangat......
aku keja bukak gate tutup gate, diri satu malam pak pacak security guard sehari dua lepas aku dah takde kerja dulu...
memang tak boleh duduk rumah...bahaya.....
dan jangan malu...apa ada kerja ambik je, biar gaji harian
penting pastikan rezeki dan sumber itu halal.
Aku do try to follow predicament pekerja biasa dan bawahan MAS yang affected kat forum2 internet...
I am so sorry and wish them the best.
aku tahu sangat perasaan tu tapi kita orang Islam.
The Walking Dead... nanti nak sedut dari member2 yg ada citer tu. hahahahaha!
ReplyDeletesukan sea kali ni yg aku pasti ingat bab isu gimnas tu hahaha
ReplyDelete