Monday 30 September 2013

The Place Beyond The Pines (2013)


Punca aku nak melayan movie ni pasal ternampak kat page fb Mike Patton (Faith No More) yang mengatakan beliau yang buat scored music untuk filem ni..

Di barisi oleh pelakon yang boleh di katakan pelakon A list Hollywood seperti Ryan Gosling,Eva Mendes,Bradley Cooper dan Ray Liotta.filem yang bergenre crime drama mengisahkan Luke Glanton (Ryan Gosling) ialah seorang stuntman yang selalu melakukan persembahan di setiap funfair di seluruh amerika.ketika Luke tiba di New York untuk persembahan funfairnya, beliau telah berjumpa kembali dengan Romina,bekas teman wanita beliau dengan seorang anak lelaki. yang mengejutkan Luke anak lelaki tersebut ialah anak beliau ketika bersama Romina dulu.
Luke akhirnya berhenti menjadi stuntman dan tinggal di bandar tersebut untuk sama2 Romina menjaga anak lelaki beliau demi untuk menebus kesalahan lampau.tetapi Romina tak mahu terima Luke dan tak mahu anak lelakinya mengenali Luke.Luke kemudian bekerja part time dengan Robin seorang tauke kedai repair motor demi untuk membuktikan pada Romina yang beliau bertanggungjawab.
Tapi kerana wang yang tak mencukupi,Robin telah mencadangkan pada Luke supaya jadi perompak bank.dengan pengalaman Luke sebagai stuntman,mereka berjaya merompak beberapa bank dengan hanya bermotosikal.dengan wang yang banyak Luke cuba memenangi hati anaknya dan Romina,tetapi Romina sebenarnya sudah ada kekasih baru bernama Kofi.

Aku tak boleh la nak cerita panjang2,kalau nak tau kena layan sendiri movie ni..heheh..jalan cerita memang menarik,scored music dari Mark Patton pun memang best jugak.Mark Patton ni pun kira genius juga la macam Trent Reznor (Nine Inch Nails) memang terer buat muzik latar untuk filem.sapa yang dah biasa tengok lakonan Ryan Gosling memang tau lah kan.dalam filem ni pun Ryan ada pakai t shirt Metallica tu..

Filem ni cuba mentafsirkan betapa kasih sayang seorang ayah pada anaknya,sanggup berkorban demi anak walau dengan cara yang salah.
So pada peminat filem yang sukakan genre crime drama macam ni,cekidaut..memang di rekomen untuk anda..

*3/5


2 comments:

  1. Twist di pertengahan cerita ni memang menarik...baru minggu lepas aku layan movie ni...ending yang cukup memberi impak...btw, tshirt metallica ride the lightning yg dipakai ryan gosling tu mengambarkan suasana semasa dekad 80'an dlm filem tu hehe...

    ReplyDelete
  2. ok ada eva mendes...boleh masuk list untuk disedut...

    ReplyDelete