Friday, 6 September 2013

Kerana 20sen..

Kami bising minyak naik bukan kerana benci Malaysia.

Tapi...
Kami bising sebab janji tak serupa bikin.
Kami bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kau berduit.
Memang kau berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.

Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Begitu mudah kau kata
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

" Kalau itu sistem kehidupan. Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan. "

Oleh : Nur Farah Liyana

14 comments:

  1. Bro, sajak ni lu buat ker? Sampai mesej dia ni...masok ke kepalahotal aku haha...nasihat makan dlm ni...perghj terbaik.

    ReplyDelete
  2. kalau encik rafixyrus yg buat mmg aku dah rembat buatkan lirik lagu (lagu MUP yg blm ada lirik) hahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..tajuknya "kerana 20senku tercicir" heheh..

      Delete
  3. itulah realiti. mau tak mau kena mengaku yang ini semua memang betul berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cover cost metaliCCa beb...

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Heheh..betul jugak tu..dengo citer bwk masuk metalika je hampir mencecah 1mil..taktau la ye ke tidak

      Delete
  4. Replies
    1. Nak bagi semua puas hati potong elaun pak menteri mcm yg di cadangkan dlm paper semalam..

      Delete
  5. dem harga lp pun naik pas ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yg buat aku marah ni kalo lp pun naik harga..heheh

      Delete