Thursday 22 December 2011

Pasir Bebisik

Aku sememangnya peminat 'art movie',dan filem ni salah satu dari filem yang aku suka.lakonan Dian Sastrowardoyo dan Christine Hakim.aku juga peminat Christine Hakim.beliau adalah seorang muslim walaupun nama nya Christine.filem terbitan tahun 2001 ni penah memenangi anugerah Asia Pasific Film Festival 2001.filem ni di arah kan oleh Nan Anchas seorang sutradara indonesia yang karya nya banyak dapat penghargaan di festival filem antarabangsa.

Filem ini mengisahkan :
Daya (Dian Sastrowardoyo) hidup tanpa kehadiran seorang bapa yang telah hilang entah ke mana. Berlian(Christne Hakim), dengan perasaan yang terlalu sayang pada Daya, akhirnya menjadi mengekang kehidupan anak gadisnya itu. Dalam kehidupan sepi dan terkongkong, Daya sering membayangkan kehadiran bapanya yang telah menghilang tanpa pesan. Dalam keanehannya, Daya sering mendekatkan telinganya ke pasir untuk mendengar pasir yang seolah berbisik kepadanya.
Pada satu hari, kampung mereka diserang, lantas mereka berdua terpaksa berpindah ke daerah yang lain. Mereka berjalan mengharungi gurun untuk berpindah ke tempat baru itu, untuk memulakan hidup baru. Di situ, Daya menemui seorang sahabat baru bernama Sukma (Dessy Fitri). Daya dan Berlian meniti kehidupan mereka dengan penuh gigih di tempat baru ini. Keadaan mulai berubah ketika suami Berlian, Agus (Slamet Rahardjo) tiba-tiba saja muncul kembali dalam kehidupan mereka. Walaupun pada mulanya ragu, Berlian akhirnya menerima kembali kehadiran Agus ke dalam hidupnya.
Agus berjaya membahagiakan Daya kembali setelah sekian lama Daya merindui kehadiran bapanya. Walau bagaimanapun, kebahagiaan ini hanya datang sekejap saja. Karena wang, Agus rela membawa Daya berjumpa dengan Suwito (Didi Petet) yang telah lama mendambakan Daya. Mulai saat itu, Daya bergelut dengan perasaan sedih setelah dirinya dinodai Suwito.

Dengan kesan khas yang terbaik,tak hairan lah filem ni menang pelbagai kategori,lakonan Christine Hakim yang sememang nya pelakon lagenda indonesia,Dian Sastrowardoyo yang juga pelakon yang banyak menang anugerah di indonesia.,antara pelakon2 yang ada dalam filem ni ada lah :

Christine Hakim sebagai Berlian
Dian Sastrowardoyo sebagai Daya
Slamet Raharjo sebagai Agus
Didi Petet  sebagai Suwito
Dik Doank sebagai Pemberontak
Dessy Fitri (penyanyi terkenal indonesia) sebagai Sukma
Karlina Inawati sebagai Delima
Dewi Sawitri sebagai Bidan Suri

Filem yang bagus dan lain dari yang lain..tak macam filem hantu indon yang mengarut tu,pocong la,kuntilanak la yang tah apa2.aku pun dah naik menyampah ngan filem indon yang asek dengan hantu je.so pada korang yang rasa nak cuba2 layan art movie dan nak tau apa itu art movie,boleh mula kan dengan filem ni dulu..

2 comments:

  1. dian sasro: namaku Daya! bukan anak!.. nice post bro. check out pckokak.blogspot.com/2011/04/christine-hakim-dian-sastrowardoyo.html

    ReplyDelete