Dan yang paling menyakitkan telinga aku waktu tu,lagu winter sonata tu hari2 ada keluar kat radio,sampai kan siap ada versi lagu dia dalam bahasa melayu tu..bila dah dengar hari2 kat tempat keja aku tu dulu,kira dah bole hafal la kan?sampai kan intro lagu tu je,aku dah tau dah lagu apa..heheh.
Nama2 pelakon pun makcik2 kat tempat keja aku tu suma tau,dari nama pelakon lelaki sampai la pompuan,dan makcik2 ni begitu lancar menyebut nama2 pelakon tersebut,tau je la nak sebut nama pelakon korea ni pelik2,sampai kan aku sendiri tergeliat lidah nak menyebutnya.dan antara pelakon yang menjadi kegilaan dan kira terkenal pada waktu tu ialah Rain.aku pun tak tau mamat ni sapa,sampai la aku layan 1 movie ni,iaitu Ninja Assasin.
Filem aksi lakonan Rain di layar perak Ameika.filem ni jugak melonjak kan nama beliau di seluruh dunia.dan lepas tu,muncul lagi 1 fenomena baru juga dari Korea,muzik K-POP.apa tu K POP? korean pop gabungan muzik dari pop,dance,electro,hip hop dan r&b.yang kini menjadi kegilaan remaja seluruh Asia dan sesetengah negara2 Eropah.bagaikan virus,muzik ini terus menguasai pasaran muzik Asia tengara,dan kumpulan2 k pop tumbuh bagaikan cendawan.antara kumpulan k pop yang terhangat sekarang yang selalu aku dengar di perkatakan orang ialah Wondergirls yang popular dengan lagu 'Nobody'.terdapat jugak lain2 kumpulan seperti Girls Generation,BOA,2PM,Super Junior,KARA,dan BIGBANG.Nicholas Kim,antara artis Korea pertama yang berjaya menakluki carta paling hot kat US Billboard 100 Chart pada tahun 2001.beberapa siri konsert artis k pop juga pernah di ada kan di malaysia ni,sampai kan aku dengar cerita penuh sesak sampai tak muat stadium masa artis k pop datang kat sini.
Selain dari artis2 k pop ni,gaya,pakaian dan fesyen k pop pun dah jadi ikutan peminat genre ni.genre ni mengingatkan aku suatu ketika dulu pada 'indon invasion' bila muzik indonesia mula menguasai pasaran malaysia suatu ketika dulu dan sekarang masih ada lagi tapi tak sehebat dulu.sampaikan artis2 malaysia marah bila lagu mereka di anak tirikan di stesen2 radio tempatan.memang masa tu kalau on mana2 siaran radio,mesti ada lagu2 dari band2 indon yang tekenal kat sini.dan situasi ni jugak pernah belaku kat amerika bila muzik British mula menguasai benua amerika yang diorang gelarkan 'Bristish Invasion'.bermula dengan kegilaan muzik Punk,hingga lah ke NWOBHM (new wave of british heavy metal)yang menyaksikan Iron Maiden,Def Leppard,Motohead dan Judas Priest mula menakluki amerika.(semua band tu memang band kegemaran aku tu) heheh..
Berbalik pada k pop,kebanyakan artis dalam genre ni adalah dalam bentuk kumpulan dan cara nyanyian yang berharmoni dan rancak.lagu "Nobody" dari kumpulan Wondergirls telah berjaya memecahkan benteng muzik amerika dengan berada di carta ke 76 di Billboard Hot 100.dan menjadikan satu2 nya kumpulan dari korea selatan yang masuk dalam carta tersebut.
Kesimpulan nya.wabak ni takkan berakhir,seperti juga genre muzik yang lain yang pernah menguasai dunia.dan peminat muzik Korea juga boleh menerima muzik dari luar seperti heavy metal,dan tak hairan lah Metallica pernah bikin konsert kat korea dulu..
Metallica - Orion Live 2006 Korea
P/S : statistik tentang bunuh diri paling banyak belaku kat Korea,dan kebanyakkan nya melibatkan artis2 Korea.adakah kerana tekanan populariti menjadikan mereka begitu?
No comments:
Post a Comment