Tuesday, 30 September 2014

Somewhere In Time 28 Years

Semalam atau hari ini (kalau ikut waktu barat) ialah ulang tahun album Iron Maiden "Somewhere In Time" yang ke 30 tahun.album yang di riliskan pada 29 september 1986.

versi piring 1st press dan versi cakera padat


piring hitam


versi reissue 2013


piring bergambar reissue 2013


The record also marked a change for Iron Maiden, as it was their first to use synth, although this style was expanded on with their next release, Seventh Son of a Seventh Son, which used keyboard synthesisers instead. This was also their first studio album not to be released a year after their previous one, with the band insisting that they have more time "to get it right without hurrying for a change," comments Harris. It was also one of their most expensive records, with the bass and drums recorded in the Bahamas, the guitars and vocals recorded in The Netherlands and the mixing taking place in New York.
-Wikipedia

Sehingga kini,lagu 'Alexander The Great' la yang paling epik dan paling best dalam album ni.selain 'Wasted Years' dan 'Deja Vu'.kerana album ini dan album "Powerslave" yang di kenalkan oleh abang2 aku la yang aku terus minat kat Iron Maiden sampai sekarang..
Pernah cerita pasal album ini 2 tahun yang lalu Kat Sini

Monday, 29 September 2014

Falsafah Sahabat

*Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. sebab itu persahabatan yang jujur adalah salah satu dari tangga kejayaan

*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah engkau sendiri cekap menjadi sahabat orang

*Sahabatmu suka kepadamu, tetapi tidaklah setiap orang yang suka kepadamu itu adalah sahabatmu

*Kesenangan hidup akan memperbanyakkan teman, tetapi persahabatan yang setia adalah ketika menempuh kesukaran

*Yang semulia-mulia kewajipan bersahabat ialah mengetahui kehendak dan kemahuan sahabat sebelum dikatakannya. Dan engkau menunaikan permintaannya sebelum dimintanya.

*Kalau jadi sahabat orang ramai, tidak boleh jadi sahabat orang seorang

*Kalau sahabatmu tertawa, hendaklah ditanya apa sebab dia senang; kalau sahabatmu menangis, selidikilah apa sebab dia susah

*Jika engkau memberikan sesuatu kepada sahabatmu, ia ibarat engkau memeberikannya kepada diri sendiri

*Bila orang telah merasa dirinya besar, dia lupa akan salahnya. hanya sahabat yang setia yang sanggup membukakan matanya.

*Teman yang ’ berudang di balik batu’ ibarat anjing di tepi jalan, yang ditujui hanyalah tulang yang akan dilemparkan, bukan tangan yang melemparkan tulang itu

*Cemburu perempuan kepada perempuan, akan memutuskan tali persahabatan

*Bila seorang perempuan telah sudi menghulurkan tangan persahabatan kepadamu, itu petanda umurmu telah lepas dari zaman bercinta

Semua kata-kata di atas adalah daripada tokoh ilmuan terulung dan juga penulis hebat iaitu HAMKA

Its great to have YOU,my great friends ;)



Saturday, 27 September 2014

Ranjau Sepanjang Jalan (1983)


Antara "classic art movie" yang terbaik pada aku.walaupun filem ini di terbitkan ketika aku budak2 lagi dan pernah menontonnya suatu ketika dulu,tetapi bila menonton filem ini di waktu dewasa ni baru lah kita faham akan  cerita di sebalik kisah 'Ranjau Sepanjang Jalan' ini.

Filem ini di adaptasikan dari karya novel penulis terkenal Shahnon Ahmad,di bintangi oleh pelakon hebat seperti Sarimah,Melisa Saila,Ahmad Marbawi,Ahmad Mahmud,Puteri Salbiah dan Marlia Musa (bini sifu M.Nasir)
Filem ini mengisahkan tentang kemiskinan dan perjuangan keluarga petani yang mempunyai 7 orang anak hanya mencari rezeki mengerjakan sawah padi,ceritanya memang kedengaran tak berapa menarik,tapi kalau sesiapa yang pernah menonton filem ini mesti akan rasa sedih punya..filem ni menjadi antara filem yang top pada tahun 1983,dan pernah menyertai beberapa festival filem di luar negara dan pernah memenangi beberapa anugerah.

Sehingga ke hari ini,produsernya memang tak mahu karya ini di terbitkan dalam bentuk dvd atau di siarkan di televisyen,kerana bimbang akan di cetak rompak,kali terakhir filem ini di tayangkan di tv kalau tak silap pada awal 90an.pada anda yang tak pernah berpeluang menonton filem ini,boleh baca novelnya..memang terbaik.antara khazanah filem melayu 'art' yang dah jadi klasik sepanjang zaman.

Aku buat entri ni kerana pengarah filem ini iaitu Allahyarham Datuk Jamil Sulong yang telah meninggal dunia semalam.thanks for the beautiful art..semoga roh nya di cucuri Rahmat Allah SWT
AL FATIHAH.

Thursday, 25 September 2014

Max Cavalera - My Bloody Roots (Part 3)

Untuk bahagian pertama dan kedua boleh tengok SINI dan DI SINI



Penubuhan Soulfly yang di asaskan oleh Max menggunakan idea kreatif Max,tiada anggota tetap,cuma menggunakan pemuzik undangan yang betul2 profesional dan memberikan komitmen 100 peratus terhadap muzik yang di hasilkan.antara pemuzik yang pernah bermain untuk Soulfly seperti Logan Mader (gitar) Dino Cazares (gitar) Roy Mayorga (drum) Marc Rizzo (gitar) Tony Campos (bass) Joe Nunez (drums) David Ellefson (Megadeth- bass) dan anak Max sendiri Zyon Cavalera (drums) Max juga suka menjemput penyanyi2 hebat dalam dunia metal untuk berduet dengan beliau dalam setiap album Soulfly antara penyanyinya seperti Burton C.Bell (Fear Factory) Alex Newport (Fudge Tunnel) Fred Durst (Limp Bizkit) Chino Moreno (Deftones) Corey Taylor (Slipknot) Mike Patton (Faith No More) Tom Araya (Slayer) dan David Vincent (Morbid Angel)
Konsep album terawal Soulfly seperti album Sepultura 'Roots' tetapi mereka kembali kepada akar Thrash Metal  dengan album "Dark Ages"album ini sebenarnya melambangkan kesedihan Max dengan kehilangan sahabat baik beliau gitaris Dimebag Darrel dan kematian cucu beliau iaitu Moses (jangan tak percaya pada ketika ini Max dah ada cucu)



Selepas 10 tahun Max sukses bersama Soulfly,tanpa di sangka,pada satu hari pada tahun 2006,Max dapat panggilan telefon dari Igor.dalam keadaan sedih bercampur gembira,Max dan Igor kembali bersatu mengegarkan scene thrash metal dunia dengan lahirnya "Cavalera Conspirasy"Igor juga cerita selepas Max tinggalkan Sepultura,beliau menghadapi tekanan yang panjang ketika bersama Sepultura,dengan perangai Andreas dan Derrick (penyanyi baru Sepultura)Igor bertahan kerana sayangkan Sepultura kerana band tu di tubuhkan atas idea Max dan beliau sendiri.bak kata pepatah,buang yang keruh ambil yang jernih Cavalera Conspiracy juga sukses dan terkenal di seluruh dunia..



Max juga cerita yang beliau dulu memang seorang akoholik,setiap hari dan paling banyak beliau minum selepas atau sebelum waktu konsert.tetapi beliau berjaya juga mengurangkan tabiat buruk beliau tu.ada juga cerita yang boleh di katakan lawak dalam buku ni antaranya :

-Max pernah merakamkan kembali lagu dari Motorhead iaitu "Orgasmatron"(album Sepultura Arise) ketika tour Sepultura bersama Motorhead,Max pernah meminta izin pada Lemmy untuk menyanyikan lagu tersebut dan duet bersama Lemmy,tapi Lemmy cakap takmau dan tak benarkan Sepultura nyanyi lagu Orgasmatron sewaktu live (biasala Lemmy dengan perangai rockstar dia memang tak peduli siapa pun)sehingga ada sessi fotografi bersama majalah Kerrang!,Max secara tak sengaja telah muntah kat baju Lemmy,lagi la orang tua tu angin!..heheh..Max dan Sepultura juga penah mendajalkan Motorhead ketika Motorhead sedang beraksi di pentas.sehingga Lemmy betul2 anti dengan Max ni.tetapi selepas Max keluar dari Sepultura,beliau pernah berjumpa Lemmy secara peribadi dan meminta maaf padanya dan Lemmy juga melahirkan rasa simpati pada Max atas apa yang berlaku (kematian anak tirinya Dana dan di singkir dari Sepultura)Lemmy juga memberikan kata2 perangsang pada Max untuk meneruskan kehidupannya sebagai pemuzik.

-Max juga secara tak sengaja pernah muntah kat baju Eddie Vedder (Pearl Jam) ketika mereka melepak dalam tour bus sewaktu tour bersama,tapi Eddie tak marah,malah menjadi sahabat baik sehingga ke hari ini.

-Ketika tour Sepultura di Indonesia pada tahun 1992,ketika sampai di Surabaya,mereka telah di jemput oleh pihak berkuasa Indonesia dan telah soal siasat.mereka di soal muzik jenis apakah kumpulan Sepultura ini,dan yang lawaknya mereka di minta beraksi di depan pihak berkuasa tersebut seperti mereka beraksi di pentas,dan Andreas melakukan headbanging sambil bermain gitar,yang lawaknya mereka kata pihak berkuasa Indonesia bertepuk tangan dan melepaskan mereka.sehari sebelum konsert bermula,mereka telah di jemput oleh jutawan paling kaya di Indonesia yang merupakan peminat Sepultura dan bermain kesemua setlist lagu yang akan mereka mainkan ketika konsert secara private di villa mewah jutawan tu.

-Sepultura juga pernah bermusuh dengan Slayer,kerana Slayer mengenepikan nama mereka untuk tour di Amerika,maka terjadi la 'perang mulut' yang panjang antara Kerry King dan Max yang kutuk mengutuk antara satu sama lain dalam majalah2 metal.

-Sehingga ke hari ini Max memang tak reti nak solo gitar.Max cakap kalau letak pistol kat kepala dia pun suruh dia solo memang dia tak tau.

Dan Max juga berpesan,pada band2 yang ghairah sangat nak ada album sendiri,jangan hampiri segala jenis dadah seperti kokain,heroin,crystal dan segala jenis dadah baru.ini katanya akan menghancurkan masa depan band itu sendiri.apa yang penting berkarya dan meningkatkan mutu muzik sesuatu band itu sendiri.
Overall buku ni memang terbaik,Max tidak malu untuk menceritakan keburukan diri dan kesalahan lampau yang beliau lakukan kata beliau untuk di jadikan iktibar untuk peminat metal di luar sana agar berpijak di bumi nyata dan sentiasa merendah diri..

Pada peminat Max dan Sepultura kena beli dan baca buku ni..memang terbaik!

Monday, 22 September 2014

Queensryche - Operation : Livecrime (1991)

Crime of the century..




Nak dapatkan boxsetnya memang takda harapan la..ini pun memang nasib terjumpa kat Amcorp pada hari sabtu lepas.di sebabkan dvd nya pun memang susah nak jumpa kat sini,dapat yang versi cd ni pun kira ok lah..antara album live tahun 1991 yang dah lama aku idamkan..



Setlistnya pun memang sama dengan album Operation : Mindcrime rilisan tahun 1988.berbanding dengan album Mindcrime At The Moore,aku lagi suka versi yang ini,muziknya heavy dan tight.yela,lagi pun masa ni diorang semua muda lagi ya tak?kalau sesapa pernah tengok versi Livecrime ni kat Youtube mesti tau.permulaan lagu  dengan tayangan drama animasi yang nurse tu cakap "sweet dreams..you bastard" sampai la pada lagu "Suite Sister Mary" yang Pamela Moore keluar pakai baju putih tu.time ni diorang duet suara kedua2nya memang powerful.








Cerita pasal album ni pun pernah aku buat sebelum ni,tapi kalau nak detail pasal cerita  konsep album Operation Mindcrime boleh jenguk kat blog abang Deaf kita Kat Sini.

Walaupun dah lebih 26 tahun Operation :Mindcrime di hasilkan,cd ini lah antara cd yang aku dengar tanpa skip keseluruhan lagu nya.sekarang ni pulak layan versi Livecrime,memang sedap sound live era tahun 91 ni..
Untuk mereka yang nak tau apa itu progresif rock dan 'concept album' (cerita dalam lagu seperti menonton filem)album ini adalah pilihan yang tepat untuk di dengar.


Friday, 19 September 2014

Lucy (2014)



Sebelum filem ini di tayangkan,pihak TGV Cinemas telah menayangkan klip lagu Negaraku dan meminta semua penonton berdiri,(sempena bulan merdeka ini) kesemua penonton berdiri termasuklah ada sekumpulan pelancong asing dari Jepun yang ikut sama berdiri sehingga lagu Negaraku ini habis di mainkan..(respek kat diorang ni,tau hormat bila datang negara orang,bukan sesetengah dari warga Malaysia ni yang tak reti hormat lagu negara sendiri)

Filem ini merupakan filem terbaru dari pengarah filem yang bercorak aksi terkenal dari Perancis iaitu Luc Besson (The Transpotter, Nikita,The Professionals,Yamakasi,Kiss Of The Dragon)tapi filem arahan beliau kali ini agak unik,bercirikan sci-fi action thriller yang agak menarik walau ceritanya agak tak logik..heheh..

Pasal tak mau spoiler mungkin ada antara rakan2 atau pembaca blog yang belum lagi menonton movie ini,tapi siapa yang biasa menonton lakonan aksi Scarlett Johansson seperti dalam filem Iron Man 2,The Avengers dan Captain America 2,pasti akan suka dengan filem ini,juga ada Morgan Freeman (peminat tegar King Diamond dia ni) antara pelakon terbaik yang pernah memang Oscar.

Overall filem ni pada aku oklah pasal ianya bergenrekan sains fiksyen,tapi yang paling lawak pada aku ialah endingnya..nak tau kena tengok sendiri..heheh..

*3/5