Apek lanun mata sebelah bagitau movie ni dah ada yang clear copy..
Bergenrekan caper/thriller/cat and mouse movie yang ala2 filem Oceans Eleven,filem yang macam ni memang aku suka layan.mengisahkan tentang empat orang pakar ilusi/ahli silap mata yang di gelar 'The Four Horsemen' di kehendaki oleh pihak FBI dan Interpol kerana kejayaan mereka melakukan rompakan bank dengan hanya menggunakan kepakaran ilusi mereka di hadapan ribuan penonton yang menonton persembahan mereka.
Walaupun jalan ceritanya hanya tertumpu pada 4 watak pakar ilusi ni,(Woody Harelson,Jesse Eisenberg,Dave Franco dan Isla Fisher(cekidot ini awek hot)tapi kekuatan sebenar filem ni ialah pada pelakon senior seperti Morgan Freeman,Mark Ruffalo (Hulk,The Avengers)dan Michael Caine (yang jadi Alfred dalam francais Batman)
Storyline dalam filem ni pun ok,ada thrilnya jugak.memang tak membosankan la.aku tanak cerita panjang2 nanti spoiler pulak..heheh..apa pun memang aku rekomen filem ni untuk di tonton.
*3/5
Friday, 30 August 2013
Wednesday, 28 August 2013
Thursday, 22 August 2013
Saya Poser
Satu. 4 orang berkuda. Untuk hidup mestilah mati. Dihitamkan. Untuk siapa loceng berbunyi. Askar besi. Dan keadilan untuk semua. (Bius) Cabut gigi. Bunuh mereka semua. Tunggang kilat. Penuai kesedihan. Lompat dalam api. Nafasmotor. Cari dan musnahkan. Tiada Sesalan. Bateri. Rosak Sdn. Bhd. Benda yang tak sepatutnya. Maut merangkak. Terperangkap di bawah air batu. Panggilan Ktulu. Lawan Api dengan Api. Pudar ke hitam. Selamat Pulang (Rumah Sakit Jiwa).
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Wednesday, 21 August 2013
Monday, 19 August 2013
Dendam Yuri
Masa zaman baru2 nak kenal dunia intenet dulu,sebelum wujudnya laman sosial macam facebook,twitter,myspace dan bermacam2 lagi yang ada sekarang ni,yang aku tau masa tu ialah Mirc chat (korang mesti penah tejebak jugakan?)layari website band rock kegemaran aku dengan download lagu..heheh..memang masa tu aku betul2 naif pasal dunia it ni.kebetulan masa tu guna modem jenis dial up punya,bukan macam sekarang ada unifi dan mobile broadband.masa tu kalau line internet problem (biasa la zaman dial up modem dulu memang selalu problem)aku selalu main game je kat pc aku.game yang paling popular pada masa tu ialah Counter Strike dan Red Alert.
Memandangkan game Conter Strike ni aku tak boleh nak layan,aku layan game Red Alert 2.memang best layan game ni dulu.antara game perang terbaik dalam dunia it masa tu.dulu kalau main multiplayer,aku teruk kena buli,base dan tempat pertahanan belum siap aku dah kena attack..heheh..
So memandangkan bulan ogos ni bulan kemerdekaan,rasa teringin nak mengimbau kenangan lama,aku pun meyedutla game Red Alert 2 Yuri's Revenge ni..game ni boleh di katakan kesinambungan dari Red Alert 2 tetapi di fokuskan kepada Yuri yang merupakan ketua kepada Soviet Psychic Corp.yang ingin menakluk dunia menggunakan kuasa psikik beliau.pasal game ni jugak la dulu sampai aku tak tido malam kerana asyik dengan cara permainannya.game ni lebih ke arah strategi peperangan sebenarnya.senang cakap sapa2 yang pernah main game ni dulu mesti setuju dengan aku..heheh..
Sebelum wujudnya Playstation dan X Box,game francais Red Alert ni lah yang jadi peneman aku di waktu kebosanan..
Friday, 16 August 2013
Raya Dahulu Dan Sekarang
Kita masih lagi dalam mood hari raya,so bila tiba hari raya,yang paling seronok dah tentu la budak2 kan,sama macam masa aku kecik dan masa aku di alam remaja dulu memang rasa berbeza sangat dengan sekarang bila dunia dah semakin maju.walaupun sekarang ni kita yang dah bangka ni takda la nak excited sangat nak beraya,tapi aku dah rasa seri hari raya tu dah tak berapa nak berseri dah sekarang ni sebabnya ialah : (yang ni pada pandangan aku lah)
1.Kad Raya
Kalau dulu bila raya semakin hampir,pegi la kemana2 kedai,even kedai mamak dan kedai apek jual surat khabar pun mesti ada jual kad raya yang pelbagai bentuk dan jenis,ada yang kecik,ada yang besar,ada yang jual offer satu pack tu ada 5 keping kad raya dalam rm 8.00 gitu.kad raya juga ada berbagai tema,untuk kawan,kekasih,dan keluarga,tapi yang paling popular dah tentu la kad raya untuk awek kan?heheh..boleh di katakan abang2 posmen masa tu memang takda nak hantar surat lain dah,semua hantar kad raya je.(besar pengorbanan abang2 posmen kita ni dulu tau..heheh)bila masuk pertengahan 90an dengan wujudnya intenet dan era telefon bimbit yang semakin murah,ramai yang dah tak guna kad raya,semua guna E-Kad Raya(yang boleh send menggunakan email),dan juga sms raya yang mudah dan ringkas.baru2 ni aku ada juga kedai2 yang jual surat khabar dan Jaya Jusco,bila tanya,tuan kedai cakap "takda jual dah kad raya,orang sekarang mana nak guna kad raya lagi dah".no more kad raya..
2.Lagu Raya
Takda lagu raya memang tak la rasa kemeriahannya kan,kalau yang ni aku lagi suka lagu2 raya klasik nyanyian Sharifah Aini,M.Nasir,Dj Dave
3.Pegi Beraya
Ok ni memang satu kewajipan la untuk kita ziarah saudara mara,kawan2 even rumah awek sekali pun,tapi sekarang ni aku tengok tradisi ni dah berkurangan jugak.kalau hari raya pertama tu ya,tapi lepas tu ramai yang buat rumah terbuka.berbanding dengan dulu,masa aku kat kampung tradisi kunjung mengunjung ni di sertai dengan marhaban.memang tradisi ni masih ada lagi,tapi hanya di kampung2,tidak ada lagi di kawasan bandar,kalau ada pun aku rasa boleh di kira dengan jari je lah kot?
4.Duit Raya
Yang ni tak payah cakap la,budak2 dulu yang sebaya dengan aku kalau pegi beraya mesti kena lepak dulu makan kuih dan minum sirap,kalau tak jangan harap la tuan rumah nak bagi duit raya..heheh..dulu dapat duit raya 30sen atau 50 sen memang dah bersyukur sangat dah.budak2 sekarang?bagi seringgit pun dah kena sound tepat,'singgit je?'hahah..
5.Kuih Raya
Pada aku banyak kuih2 raya yang legend susah dah nak jumpa sekarang ni antaranya kuih siput,kuih bangkit,bahulu,kuih semperit (memang perit nak membuatnya)dodol,batang buruk,dan juga kuih makmur.dulu memang susah nak jumpa orang jual kuih raya tak macam sekarang.dulu semua kena buat sendiri.sekarang kuih raya yang paling popular ialah 'kuih tunjuk'..heheh..
Yang lain2nya kalau aku balik kampung,dah takda lagi budak2 main meriam buluh,meriam tanah,dan bermacam jenis meriam lagi yang diorang buat.kalau dulu malam raya berjaga sampai ke pagi pasal nak kacau dodol dan bakar lemang,sekarang ni semua dah takda..hanya tinggal kenangan..
Lagi satu,perasan tak sekarang ni tv dah tak tayang program circus dah..kalau dulu mesti adakan?heheh..tetamu datang beraya pekena air sirap sambil layan circus kat rumah..priceless! heheh..
Ok last sekali, layan lagu raya rakaman semula dari Metallica..
Wednesday, 14 August 2013
Anita Sarawak - Bawalah Daku Pergi LP (1984)
Jika sebelum ni Pc Kokak penah cerita pasal lp Kak Pah kat sini dan Berteromber pun ada cerita pasal dia kena penah kena dukung ngan Kak Pah masa beliau kecik dulu dengan cerita lp english Kak Pah di sini kali ni aku tepek lp Kak Nita pulak,legend yang sama dengan Kak Pah yang pernah merwarnai dunia muzik Malaysia dan Singapura..
Sama macam kak pah,kak nita ni pun dah banyak lp,ep yang pernah beliau rekod,aku pun tak pasti ni album kak nita yang keberapa,tapi lagu beliau yang femes 'Tragedi Buah Apel'(ejaan dalam lp memang macam tu)ada dalam album ni rupanya..
Lp hitam legam terbitan WEA.dulu record company ni memang popular menerbitkan album band2 rock kangkang masa era 80an.
Lp side one.ada 5 lagu.lagu Bawalah Daku Pergi pun sampai sekarang pun selalu juga aku dengar kat radio.sama juga dengan lagu Tragedi Buah Apel tu.ada juga lagu tradisional macam lagu 'Ayam Den Lapeh' tu kat dalam album ni..lagu Bulan Pake Payung tu.lirik lagu dia pun menarik jugak..
Bulan pake payung
teluraga balalor
beta dari singapore
datang kaweng
nyong ambon
kaweng bae bae
jangan sampai bakale
kalo sampai bakale
beta pulang lebe bae
Oleh sio sio sayange
la rasa sayang
sio sayang badane
Balenggang lapata
lanjong
balenggang lombose
syo nyong mapi tuan
kalong menyanyi
sadiki ye
boleh faham apa makna dia?heheh..salah satu keunikkan kak nita ni pandai menyanyi lagu tradisional.
Lp side two.ada juga satu lagu dalam bahasa inggeris dalam album ni.kalau tak silap kak nita pun pernah rakam full album english macam kak pah jugak.
Cover lp belakang.lirik2 lagu dalam album ni,boleh klik kat gambar kalau nak tengok lirik2 semua tu..korang yang suka kat kak pah tu kena la suka kat kak nita jugak..heheh..aku memang minatbibir kak nita ni,walau dia pernah menyanyi kat hotel paling femes kat dunia iaitu Caesars Palace tapi lagu2 melayu dan tradisional tak pernah beliau lupakan..
Sama macam kak pah,kak nita ni pun dah banyak lp,ep yang pernah beliau rekod,aku pun tak pasti ni album kak nita yang keberapa,tapi lagu beliau yang femes 'Tragedi Buah Apel'(ejaan dalam lp memang macam tu)ada dalam album ni rupanya..
Lp hitam legam terbitan WEA.dulu record company ni memang popular menerbitkan album band2 rock kangkang masa era 80an.
Lp side one.ada 5 lagu.lagu Bawalah Daku Pergi pun sampai sekarang pun selalu juga aku dengar kat radio.sama juga dengan lagu Tragedi Buah Apel tu.ada juga lagu tradisional macam lagu 'Ayam Den Lapeh' tu kat dalam album ni..lagu Bulan Pake Payung tu.lirik lagu dia pun menarik jugak..
Bulan pake payung
teluraga balalor
beta dari singapore
datang kaweng
nyong ambon
kaweng bae bae
jangan sampai bakale
kalo sampai bakale
beta pulang lebe bae
Oleh sio sio sayange
la rasa sayang
sio sayang badane
Balenggang lapata
lanjong
balenggang lombose
syo nyong mapi tuan
kalong menyanyi
sadiki ye
boleh faham apa makna dia?heheh..salah satu keunikkan kak nita ni pandai menyanyi lagu tradisional.
Lp side two.ada juga satu lagu dalam bahasa inggeris dalam album ni.kalau tak silap kak nita pun pernah rakam full album english macam kak pah jugak.
Cover lp belakang.lirik2 lagu dalam album ni,boleh klik kat gambar kalau nak tengok lirik2 semua tu..korang yang suka kat kak pah tu kena la suka kat kak nita jugak..heheh..aku memang minat
Subscribe to:
Posts (Atom)



