Entri berjangkit dari Arena-muzika
Dulu pernah memiliki versi kaset,tapi kaset dubbing TDK tu..heheh.di sebabkan pada ketika itu jiwa aku dah beralih arah ke metal kental,kaset dubbing tu aku kasi kat member.beli versi cd ini pun hanya nak lengkapkan koleksi rock kapak aku je.
Yang Kingsway tu sebenarnya ialah syarikat rokok penaja bagi kumpulan Masa ni.ramai yang ingat nama band ni 'Kingsway'..heheh.masa aku mula2 belajar hisap rokok dulu pun,rokok Kingsway la yang aku kenal dulu..
Lagu heavy dalam album ini cuma 'Raja Bersiong' je yang lain2nya semua lagu jiwang,dan dua lagu yang aku masih ingat kerap keluar di radio dulu ialah 'Kasih Yang Terseksa' dan juga 'Amanda Gadisku' memang lagu kesukaan awek2 masa zaman aku sekolah dulu.tetapi pujian boleh di berikan pada kumpulan ni sebab ada juga lagu dalam album ni ciptaan mereka sendiri.album ini kalau tak silap aku,tinggi juga la jualan dia pada tahun itu.
Di sebabkan sound nya yang agak 'kureng' pada telinga aku,sekejap bunyi bass tenggelam timbul dan ada sesetengah lagu yang berbunyi macam sebu (macam bunyi kaset yang kotor) aku hanya dengar sekali je.lepas tu terus takda mood nak dengar dah.tapi untuk awek2 yang dulu2 suka kat lagu 'Amanda Gadisku' boleh la beli album ni.
Harap selepas ini NSR prihatin sikit dengan sound dalam setiap album yang ingin di reissue.jangan buat ala kadar je.
p/s : hari ini album pertama Ekamatra dan album solo Hillary dah rilis.boleh pergi beli.
Friday, 16 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
Selamat Tahun Baru Hijrah 1437
Macam Berteromber cakap,bila usia dah semakin meningkat 'remaja' ni banyak benda nak kena slow down,memang betul pun.jaga pemakanan,jaga kesihatan,dan yang paling penting sekali jaga hubungan dengan keluarga,saudara mara,dan juga rakan2.jangan ada yang memusuhi atau yang iri hati.apa saja yang kalian buat untuk tahun baru ini,semoga di Rahmati dan di berkati hendakNya..
Selamat tahun baru Maal Hijrah 1437 untuk semua.
Tuesday, 13 October 2015
Siput Gondang
![]() |
| gambar yang di kirim melalui Whatsapp oleh sahabat aku yang bersusah payah mencari siput ni.yang ni belum di masak lagi |
Sebab apa aku nak cerita pasal siput ni?ok ramai yang tak tau sebenarnya siput ni boleh di makan,dan ianya adalah penawar paling mujarab sesiapa yang menghidap penyakit seperti aku ini..biarlah aku ceritakan satu persatu dulu..
Selasa 7 October 2015
Jam 10.30 malam,aku menghadapi cirit birit yang agak kronik,sehinggalah kali ketiga aku masuk ke tandas,bila aku berak,najis aku cair bercampur darah,sehinggalah pada kali keempat,kelima dan keenam,tiada lagi najis yang keluar,cuma darah pekat segar yang keluar dari perut aku,oleh kerana badan yang terlalu lemah (sebab dah kehilangan banyak darah) aku minta tolong housemate aku hantar ke Hospital Kuala Lumpur.setelah melalui berbagai2 prosedur,aku telah di tahan di wad.kemungkinan keracunan makanan.
Jumaat 9 October 2015
Setelah bertemu dengan doktor pakar dan melakukan segala pemeriksaan secara terperinci,aku di sahkan menghidap buasir dalaman.ada dua jenis buasir sebenarnya ada buasir dalaman dan luaran (kalau yang luaran tu yang sampai tekeluar usus tu) patutlah bila aku buang air darah je yang keluar tapi langsung tiada rasa sakit.doktor pakar tersebut telah melakukan 'rubber bending' iaitu menampal luka dan mengikat getah pada usus aku yang buasir tu (pasal ni boleh google kat internet)sehingga ia akan menjadi ulser dan gugur sekali bersama najis bila aku buang air besar nanti.
Sabtu 10 October 2015
Seorang sahabat di Rawang,satu tempat kerja dengan aku mengesyorkan siput gondang ni,dia cakap siput ini memang penawar mujarab bagi penghidap buasir.dia yang bersusah payah pergi mencari di lopak dan paya sekitar Rawang dan juga siap masak kan sekali untuk aku,siput gondang goreng.siput ni sebenarnya amat popular di Kedah,orang2 Kedah memang suka makan siput ni di masak lemak cili api.
Ahad 11 October 2015
Oleh kerana dah sakit,nikmat makanan yang sedap2 buat sementara ni aku belum boleh makan lagi,kena pantang betul2 sebab nak jaga kesihatan usus aku.tengah harinya aku makan siput gondang goreng tu bersama sup sayur campur.terus terang pada mulanya memang aku dah rasa loya nak makan,tapi di sebabkan nak sembuh,aku gagahkan jugak diri aku untuk makan siput ni..heheh..sorry lah takda gamba siput yang dah goreng tu pasal aku dah tak teringat nak ambik gamba apa dah,yang aku buat aku tenung siput yang dah di goreng tu lama2..heheh.. minggu depan kalau aku dapat siput tu lagi aku ambik gambar.
Rasanya?dalam takut tu bila aku dah makan rasa sedap pulak,rasanya lebih kurang macam makan kerang bakar tu lah.sedap! aku makan sampai habis..heheh..
Sehingga ke hari ini,cirit birit aku pun dah takda dan bila aku melepaskan hajat pun tiada lagi darah yang keluar,pada masa yang sama aku tetap juga makan ubat yang telah di bekalkan oleh pihak hospital,dan akan ada temujanji lagi dengan doktor pakar pada bulan Disember nanti..buat pembaca dan rakan2 blog sekelian,jagalah pemakanan,jangan jadi macam aku asek nak makan je.salah satu sebab aku selalu nak makan ialah aku dah berhenti merokok.memang selera makan lain macam bila dah berhenti merokok ni.di sebabkan tak jaga pemakanan la dapat penyakit ini.
Untuk penghidap buasir seperti aku di luar sana,makan lah siput gondang ni,InsyaAllah akan cepat sembuh.ramai yang malu nak ceritakan pasal penyakit buasir ni,tapi pada aku,apa yang aku cerita ini merupakan pengalaman aku,saja aku kongsikan kat sini untuk anda semua supaya jaga pemakanan dan kesihatan.
p/s : Terima kasih Doktor Faizal dan kakak nurse (lupa namanya) dari klinik pakar Hospital Kuala Lumpur yang telah bersusah payah merawat aku,dan awek nurse dari JB yang aku lupa nak save nombor telefon nya..heheh.. dan terima kasih juga pada rakan2 blog dan rakan2 di fb yang mendoakan aku agar cepat sembuh.
Friday, 9 October 2015
Tuesday, 6 October 2015
Iron Maiden - The Book Of Souls (2015)
Ok..selalu tampal gambar album reissue je,kita cerita pasal Maiden pulak..
Yang aku punya ni versi book case,kira macam buku hikayat 1001 malam la kan.yang belakang tu versi piring hitam.tak bukak pun lagi,sayang nak bukak,(kalau 2-3 tahun aku masih tak bukak lagi boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni..heheh..) album ni yang di riliskan pada bulan september yang lalu,antara album yang di tunggu2 oleh peminat2 tegar Iron Maiden termasuk aku,satu yang aku puji pasal Iron Maiden ni,mereka tidak suka menghebahkan kepada media yang mereka tengah sibuk rakam lagu kat studio,bukan macam Metallica,Megadeth dan Slayer sibuk tampal gambar kat studio tapi albumnya tak siap2.Iron Maiden memang suka buat suprise,tetapi kejutan yang membuatkan peminat sedih ialah berita Bruce dapat kanser.selepas dari itu baru lah pengumuman tentang album baru mereka 'The Book Of Souls' ni.
Aku cari juga majalah Metal Hammer dan Classic Rock yang cover depannya Iron Maiden,tapi takda,tak masuk lagi atau pun mungkin sold out.penat dah 2-3 kali pegi klcc tapi hampa.ok lah ni review aku yang tak berapa pandai dalam muzik ni,ini dari persepsi aku lah kan,kalau ada salah ke apa dalam review ni aku mintak maaf la yek?
Terus putar kat cd yang pertama track yang pertama :
If Eternity Should Fail.
Intronya meningatkan aku sama seperti intro 'Satelite15' dari album 'The Final Frontier'.lagu pertama ini juga la yang menjadi trek kegemaran aku.sekali dengar dah suka.kalau tengok pada liriknya lagu ni mengisahkan tentang keadaan dunia pada masa lalu mengikut kepercayaan kaum Mayan (ni pada pandangan aku lah)tengok pada liriknya 'Waiting in line for the ending of time if eternity should fail'. kaum Mayan pun percaya pasal dunia akan kiamat hingga boleh meramalkan dunia kiamat pada tahun 2012.so Necropolis tu mungkin roh dari kepercayaan kaum Mayan.apa pun lagu ni best,solo yang mendayu2 dari H memang membuatkan lagu ni senang di hadam.

Speed Of Light
Cowbell..haha.lagu yang di jadikan single pertama,tapi lagu yang selalu aku skip bila dah beli album ni..heheh.lagu yang tak berapa best,senasib dengan 'El Dorado'.tapi video klip lagu ni best.Eddie dalam dunia video game pelbagai versi.Speed Of Light juga mungkin dari pandangan Maiden tentang zaman dah berubah,dari zaman rekod album menggunakan teknologi analog sehingga lah ke era digital.tapi lagu ni ok la,masih mengekalkan identiti Iron Maiden seperti era 80an dulu.
The Great Unknown
Lagu ni pun aku lambat nak hadam.macam tak berapa nak masyuk la..sama macam Deaf cakap..heheh.
The Red And The Black
Lagu epik jugak ni.berdurasi agak panjang juga macam 'Rime Of The Ancient Mariner'.berdurasi 13 minit.intro gitar akustiknya sedap.vokal Bruce yang sama melodi dengan riff gitar tu yang buat menarik.bila Bruce rapping riff gitar pun ikut sama rapping jugak.heheh..part instrumental dan solo tu memang best la.
When The River Runs Deep
Tetiba teringat kat lagu 'Run Silent Run Deep' dari album 'No Prayer For The Dying'.melodinya seakan2 lagu Maiden pada era 90an.lagu ni pun aku selalu skip jugak.tapi solo nya menarik.dari bunyinya memang solo Murray-Janick-H,lepas tu aku skip..heheh.
The Book Of Souls
Lagu yang juga menjadi tajuk album.seperti lagu 'Dance Of Death',lagu yang berdurasi agak panjang juga.dalam 10 minit macam tu la.lagi sekali intro akustik gitar dia best.ala2 mexican gitu.lagu ini menceritakan kisah kaum Mayan juga,lagi pun album ni memang tema nya kaum Mayan.banyak rahsia kaum Mayan Iron Maiden cuba bongkarkan melalui 'Book Of Souls' ini.solo berganti2 dari 3 amigos tu layan betul.hinggakan jari jemari aku pun ikut menyolo sekali.heheh..
Death And The Glory
Lagu ni pasal Red Baron kan,macam Deaf cakap Red Baron ni adalah juruterbang perang terhebat German ketika perang dunia pertama dulu.kira Red Baron ni jadi sumber inspirasi bagi sesapa yang ingin menjadi juruterbang tentera udara la.boleh search kat google pasal The Red Baron ni.ok lagu ni kira History Channel versi lagu.best.
Shadow Of The Valley
Bila dengar intro lagu ni buat pertama kali nya aku macam..'eh,macam pernah dengar?' lepas tu baru teringat,oo..ini macam intro lagu 'Wasted Years' laa..heheh.macam biasa solo berganti2 tu memang best.
Tears Of A Clown
Lagu ini tribute untuk mendiang pelakon Robin Williams.Bruce sendiri pun taktau sebenarnya lagu ni Steve Harris buat untuk Robin Williams,lepas dia buat bahagian vokal untuk lagu ni kemudian dia tanya Steve sebab liriknya agak 'cool' so Steve pun cakap lagu ni memang untuk Robin Williams.lagunya takda la heavy sangat,memang kena la lagu ni untuk Robin Wiliams.
The Man Of Sorrows
lagu ni slow pada intronya lepas tu baru fast.tapi lagu ni pun aku selalu skip,susah nak hadam.pasal rasa macam lagu ni malas je.solo nya pun macam nak tanak je.macam main2 je.
Empire Of The Clouds
Kalau suruh aku pilih satu antara lagu heavy metal paling terbaik 2015,memang lagu ni la yang aku pilih.intro piano dari Bruce tu memang menusuk kalbu betul.aku rasa kalau lagu ni durasinya pendek,memang aku ulang dengar banyak kali,memang patut berdurasi 18 minit.lagu paling best ni.dari piano sehingga lah ke gitar solo,memang terbaik lah.lagu ni mengisahkan kapal udara R101 (atau kapal belon udara panas)memang zaman kegemilangan empayar British dulu yang terhempas kat Perancis.gitar solo,instrumental dalam lagu ni memang asyik mashyuk.18 minit punya panjang masuk toilet dan keluar toilet pun tak habis2 lagi..heheh
Ok tu je la review aku,untuk album ini kesemuanya dari packaging sehingga ke lagu nya memang 10/10* lah.Iron Maiden tetap Iron Maiden,takkan merubah identiti muziknya yang semua peminatnya dah tau.
review 'The Book Of Souls' dari abang Deaf kita boleh jenguk sini :
Saturday, 3 October 2015
Megadeth - Fatal Illusion
Tadi bukak facebook page Metal Hammer cakap abang Mus dah tunjuk cover album baru Megadeth dengan tajuknya 'Dystopia',dan dah streamed kat youtube satu lagu dari album terbaru yang akan di jadikan single bakal di riliskan pada 16 October nanti...
Secara peribadi,sejak dari album '13' lagi aku dah kurang dengan Megadeth ni,album 'Super Collider' yang aku beli dulu pun hanya 2-3 kali dengar lepas tu aku tak dengar lagi lagu2 Megadeth era Shawn & Broderick.oleh kerana album ni agak istimewa kerana menampilkan Chris Adler dari Lamb Of God di posisi drum dan pemain gitar nya ialah Kiko Loureiro pemain gitar dari band metal Brazil yang agak terkenal juga iaitu Angra,aku rasa mesti ada kelainan sedikit ni..
Untuk lagu ini ada bunyi solo junior kedengaran..heheh..bunyi bass drum Chris Adler memang sedap.bergegar jantung.tak hairan la dia ni dah di kategorikan antara pemain drum metal terbaik setanding dengan Dave Lambardo.solo gitar Kiko pun agak ribut juga,mungkin untuk lagu ni abang Mus tanak tunjuk skil solo Kiko.tengok pada lain2 lagu dalam album ni nanti,tapi album 'Dystopia' ni abang Mus cakap Januari 2016 nanti baru di riliskan.tunggu je la nanti macam mana album baru ni.
lagu kenangan mengusik jiwa kat bawah ni.. :p

Thursday, 1 October 2015
Burka & Metal
![]() |
![]() |
| Gisele Marie, a Muslim woman and professional heavy metal musician, plays her Gibson Flying V electric guitar during a concert in Sao Paulo. Photo: Reuters |
Gisele Marie is a Muslim woman and professional heavy metal musician based in Sao Paulo, Brazil.
Marie, 42, is the granddaughter of German Catholics, and converted to Islam several months after her father passed away in 2009.
Marie, who wears the Burka, has been fronting her brothers' heavy metal band “Spectrus” since 2012. “People do not expect to see a Muslim woman who uses a Burqa, practices the religion properly and is a professional guitarist who plays in a Heavy Metal band, so many people are shocked by it. But other people are curious and find it interesting, and others think that it is cool, but definitely, many people are shocked,” said Marie.
Photo: Reuters
Source : http://www.dawn.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)