Monday 31 July 2017

Sleepless (2017)




Ada juga movie yang aku terlepas pandang pada 2017 ni.salah satunya ialah filem ini.filem yang di 'remake' semula dari filem Perancis yang pernah di terbitkan pada 2011 dahulu yang bertajuk 'Sleepless Night' (macam tajuk lagu King Diamond pulak..heheh).lagi pun dah lama tak tengok Jamie Foxx ni berlakon sebagai bintang utama.kali terakhir aku tengok dia berlakon dalam filem 'The Amazing Spiderman 2'.

Kalau filem yang bercorak 'crime thirller' ni memang aku suka tengok.filem ni mengisahkan tentang Vincent Downs,pegawai polis Las Vegas yang di tuduh korup kerana melakukan rompakan dadah ketika urusan penghantaran dadah tersebut di jalankan untuk seorang gengster besar di Las Vegas.untuk mendapatkan kembali dadah yang di curi itu,anak Vincent ni dah kena culik.untuk menyelamatkan anak dia Vincent terpaksa pulangkan balik dadah tu dan pada masa yang sama seorang pegawai polis wanita dari unit 'internal affairs' cuba untuk menangkap dan membuktikan Vincent ni seorang polis yang korup.tetapi sesuatu yang tak di jangka dah berlaku.kalau nak tau kena tonton sendiri..heheh.aku suka jalan ceritanya yang tak berbelit-belit dengan twist yang menarik.plotnya di susun cantik walaupun aku rasa cepat sangat dalam beberapa babak.

Kalau suka tengok filem yang bergenrekan crime thriller.filem ni memang agak menarik.lakonan Jamie Foxx dan Michelle Monaghan tak mengecewakan.

*3/5


3 comments:

  1. tengok gambar ingatkan denzel washington... rupa2nya jamie foxx

    ReplyDelete
  2. aku suka jamie foxx ni. dia ni betul2 sukses sebagai seorang pelakon dan pemuzik. dah banyak kali menang grammy dan oscar.

    ReplyDelete