Friday 24 February 2017

Mega s/t (1989) Reissue 2016

Dah terlanjur demam Megadeth kan.album yang dah berusia 28 tahun.





Aku kenal album pertama Mega ni juga dari abang aku.tiap kali aku nak pergi sekolah,masa tu aku form 1 sekolah petang,hari2 aku mainkan kaset Mega ni.secara peribadi,album pertama ni je yang aku suka,sebab Mega pada awal kemunculannya ada tempias glam rock sikit.selepas Zarith keluar dan di gantikan oleh Rahmad (bukan Rahmat Ekamatra) memang aku tak dengar dah sebab dah jadi band meleweh.vokal Rahmad pun memang sesuai dengan lagu2 slow je.

Dan antara lainnya sebab album ni best kerana soundnya.sound analog rock 80an.walaupun pada ketika itu demam rock dah suam2 kuku.kerja gitar Adie dan Sam agak menarik.riff dan solo2 dari kedua2nya cantik dan kemas.ada pengaruh Poison dan Motley Crue sikit.tapi beridentitikan rock melayu la kan.





Ok,kita tolak tepi lagu 'Pasti' dan 'Sekuntum Bunga Sakura' tu (lagu geng lipat kain bak kata Deaf..heheh) dua lagu tu je sebenarnya yang tak best dalam album ni.vokal Zarith sebenarnya memang kena dengan lagu hard rock je.kalau nak dengar kerja gitar Sam dan Adie,dengar lagu2 rancak mereka.antara yang best pada aku ialah 'Badai' (ada pengaruh Iron Maiden sikit) lagu 'Dunia Zaman Sekarang','Di Galeri Ini',lagu mid tempo 'Mega Cinta' lagu ni ok tapi kurang popular berbanding Sakura dengan Pasti.lagu 'Di Tahun 2000' pun best.lagu berunsur sindiran dan nasihat.lirik2 dalam lagu ni masih lagi sinonim sampai sekarang yang dah masuk tahun 2017.'Hanya Dalam Gagasan' aku suka kerja gitar dalam lagu ni.dan yang akhir sekali lagu 'Muzik Bergema'.semua lagu yang aku cakap tadi tu memang best di dengar.





Sound untuk reissue album Mega ni memang 'clean and clear' tiada cacat cela.Universal Music dah dengar keluhan peminat cd agaknya.ok la puas hati.pada anda yang tak dapat pergi tengok Megadeth,jangan susah hati dengarlah album pertama Mega ni untuk mengubat kesedihan..heheh..

11 comments:

  1. lagu2 dlm album ni mmg best2 belaka..dn mmg inilah antara album mega yg plg rock sekali nk bandingkan zaman rahmad jd vokalis..
    ekceli album ni dh pernah reissue sekitar 2004 oleh music valley dlm bentuk cd.. tu pasal sound clean kerana sumber audio dri album reissue 2004.. nk harapkan universal amik audio dri mastertape mmg xde harapan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..baru aku tau penah reissue sebelum ni.

      Delete
  2. nak cari t-shirt band ni, pakai utk konsert bln mei nanti

    ReplyDelete
  3. HAHAHAHA... macam aku ni mau tak mau p tgk megadeth rasanya kalu tak tgk aku beli cd ni pengubat hati hahaha...

    ReplyDelete
  4. tahun 1989 aku pakai baju Megadeth...ada kutu cakap aku peminat kumpulan Mega...hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..dah bole cari tshirt mega gi tgk megadeth mcm ijau ckp tu..

      Delete
  5. kan...
    Pasti dengan Sekuntum damn Sakura di hell sahara ialah 2 lagu yang overrated kan kat album ni. Actually Mega Cinta lagi baik slow rock kan? Aku ada tapi belum bukak plastik.
    Eh dulu drummer dia pakai seluar pendek kan?
    kalau sekarang... abis la kena lahar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah..dulu org kata mat mega tu la yg mulakan trend drummer sluar pendek.lepas tu banyak band lain ikut

      Delete
    2. kalau zaman sekarang tentu band ni famous bukan pasal lagu tapi pasal pakai seluar pendek..

      Delete
  6. Tak silap noordin search ade main kat album ni..lagu2 ciptaan dia.. Maaf kalau salah

    ReplyDelete
  7. Lebih suka Mega dengan Zarith nie..TQlah utk geng2 cd reissue Universal Music, memang dah lama cari cd album nie..

    ReplyDelete