Thursday 2 February 2017

Ella & The Boys - Anak Merdeka (1987) Reissue 2016

Genap 30 tahun album ini yang di terbitkan pada tahun 1987





Tak berapa tahu sangat info pasal album ni.tapi menurut Berteromber album ini di riliskan sempena ulang tahun kemerdekaan yang ke 30 tahun pada ketika itu tapi sayangnya album ini kurang mendapat sambutan.mungkin kerana stail muziknya yang banyak penggunaan keyboard dan muziknya yang agak moderate sedikit sebab banyak pengaruh rock 70an ala Queen,Rainbow dan Deep Purple.mungkin itu yang Lord ( gitar) mahukan,sebab beliau merupakan tonggak utama band ini segala hala tuju muzik dalam album ni memang dia yang ada kuasa veto.





Walaupun album ini kurang mendapat sambutan.pada aku album ni kira ok la.aku suka vokal Ella zaman dia dengan The Boys ni berbanding dengan album2 solo beliau.vokal serak basah dia yang macam Axl Rose tu memang kena dengan muzik bawaan Lord ini.Lord selain sebagai pemain gitar dengan kerja gitar yang menarik dalam album ini,beliau juga berbakat dalam penciptaan lagu.90 peratus lagu dalam album ini merupakan ciptaan beliau.dan beliau juga ada juga menyanyikan beberapa lagu seperti lagu 'Muslihat' duet beliau bersama Ella.

Antara lagu yang menarik dalam album ini ialah 'Anak Merdeka','Meniti Liku Sepi',lagu slow rock 'Takdir' pernah masuk Muzik-Muzik 87 dulu.lagu 'Ibu' yang di nyanyikan oleh Lord pun agak touching juga.heheh..vokal Lord pun kena juga la dengan lagu slow.dan satu lagi lagu yang selalu keluar di radio dulu kalau tak silap aku lagu 'Menanti Musim Berbunga'.cuma yang agak kurang pada aku ialah kerja gitar Lord di tenggelami oleh bunyi keyboard.tapi masih boleh dengar la riff-riff kreatif dari Lord.




Kalau anda minat Ella zaman bersama The Boys,album ini patut di miliki walau tak berapa menarik,ia dah menjadi salah satu album rock klasik dalam sejarah rock Malaysia.nasib la Sony Music Malaysia ni keluarkan balik album2 lama Ella ni,kalau tak mesti tak ramai yang tahu.


Lagi cerita pasal album ni dari Berteromber boleh tengok DI SINI

6 comments:

  1. aku ada beli semalam ella the boy ni yang ada lagu dua insan bercinta, yang ni nanti aku beli juga haha...

    ReplyDelete
  2. sayang Ella & The Boys ni cuma ada 2 album sahaja...dorang patut buat re-union...

    ReplyDelete
  3. ini zaman Ella yang bercinta dengan Jijoe Rimba Bara ke ? ehehee

    ReplyDelete
  4. Aku dah beli kot cd version ni, aku ada beli 10 ke 12 tu hari hahaha,
    Anyway, tu hari aku gi kedai aku nampak pengemis cinta. Pengemis cinta nye kaset kan zaman dulu, aku speku semua akak akak zaman remaja dulu semua da sorang sekeping kaset pemengis cinta..

    ReplyDelete
  5. Haha bagus teori specu mu Bro def

    ReplyDelete