Tuesday 7 February 2017

Black Sabbath

Black Sabbath circa 1970



Dunia muzik heavy metal telah menerima berita yang amat menyedihkan.kumpulan heavy/doom metal paling berpengaruh dalam dunia muzik heavy metal dah pun berpecah atau dengan kata lain mereka dan pencen main muzik.dengan persembahan terakhir mereka di Birmingham England tempat di mana mereka berkumpul,bersama menubuhkan Black Sabbath dan seterusnya menakluki dunia dengan muzik bawaan mereka.pada awal kemunculan Black Sabbath pernah di kritik kerana membawakan lagu memuja setan berdasarkan dari lirik2 lagu mereka.(salah satunya ialah N.I.B.aku suka lagu ni..heheh) ada yang tak minat Black Sabbath tapi suka lagu Black Sabbath.lagu apa? sudah tentunya lagu paling popular mereka sepanjang zaman iaitu 'Iron Man'.ketika filem pertama Iron Man di tayangkan pada tahun 2008,lagu tema 'Iron Man' nyanyian Black Sabbath ni tiba2 popular kembali sehinggakan aku ada nampak budak kpop guna ringtone lagu Iron Man kat handphone diorang.terima kasih juga kepada pelakon Robert Downey Jr.sebab pakai tshirt Black Sabbath dalam filem 'The Avengers' sebab aku pernah baca kat page Metal Hammer,sebab Tony Stark la peminat generasi baru mula suka kat Black Sabbath.



Black Sabbath menjadi sumber inspirasi bagi segala kumpulan heavy/thrash/black/death terkenal dunia dari Metallica sehingga Sepultura,dari Morbid Angel sehingga Mayhem.sebabnya Black Sabbath merupakan moyang segala muzik dari dunia gelap pecahan rock 70an.sedangkan pada masa itu Ozzy sendiri cakap dia sendiri taktau apa itu heavy metal.seperti kata pepatah jawa,'the rest is history' Black Sabbath menjadi satu nama besar sehingga ke hari ini.





Macam aku aku minat Black Sabbath era Ronnie James Dio.era Ozzy ni aku tak berapa nak follow sangat la,cuma ada album 'Paranoid' je.tapi kalau lagu2 BS era Ozzy seperti 'Hole In The SKy',NIB,'Iron Man','Sabbath Bloody Sabbath','Symptom Of The Universe' dan juga lagu ballad 'Changes' ada lagi beberapa lagu lain yang aku suka banyak sangat kalau nak taip.era RJD pun best2 jugak lagunya seperti 'Heaven And Hell','Computer God','I','Neon Knights' dan 'Children Of The Sea'.lagu2 Black Sabbath juga banyak telah di cover oleh beberapa kumpulan rock/heavy terkenal dunia.google je berpuluh lagu2 Black Sabbath yang pernah di nyanyikan oleh artis solo atau berkumpulan.



Satu lagi kumpulan yang pernah dengar lagu2nya masa zaman aku budak2 dulu dah pun pencen main muzik.selamat tinggal Black Sabbath 1968 - 2017.


8 comments:

  1. MUP pernah main lagu paranoid waktu bintulu music fest 2013, aku sebut "kita main rock orang tua2" sebelum start lagu, hahaha...

    ReplyDelete
  2. Black Sabbath dah retired... Balut satu, bagi kaw-kaw! Bakar, layan Black Sabbath 1st album... memang berhantu!
    "What is this, that stands before me..."

    ReplyDelete
  3. final show tu...patutnya panggil juga la Bill Ward walaupun main satu lagu...

    apa2 pun RIP Black Sabbath...

    ReplyDelete
  4. Kalau toni iommi panggil balik semua musicians black sabbath dan cuma tak jemput ozzy, ni paling best nye dream la.

    ReplyDelete
  5. aku knal Sabbath melalui Garage Inc. Semasa aku keje di Terengganu, member2 slalu ajak jamming main Paranoid, War Pig, Electric Funeral, Children Of The Grave, SnowBlind etc. RIP Black Sabbath. Lagu mereka memang berhantu.

    ReplyDelete
  6. Iommi nampak steady lagi. Harap ada la projek yg dia dpt buat..

    ReplyDelete
  7. bagi aku heaven and hell yg plg ngam dkepala aku

    ReplyDelete