*gambar pada hari donald duck memang undi |
Wednesday, 30 November 2016
Monday, 28 November 2016
Mindcrime 2 ( 10 Tahun )
Hampir terlupa pasal album ini..diam tak diam dah 10 tahun usianya
Walaupun di kritik hebat kerana teruknya album ini,pada aku takda la teruk sangat pun.ada antara lagu2 nya best juga.tak semua sekuel dari yang pertama akan lebih baik.biasanya akan terjadi sebaliknya la..antara lagu2 yang tak jemu di dengar sehingga ke hari ini ialah 'If I Could Change At All', 'The Chase' duet bersama Ronnie James Dio,'All The Promises' dan 'Speed Of Light' (bukan lagu Iron Maiden eh)
Memang agak sukar nak jumpa album rock yang buat concept album ( penceritaan dalam lagu) setakat ini yang berjaya dengan jalan cerita yang bagus ialah album 'Operation Mindcrime' album2 King Diamond (Abigail,Conspiracy) je yang agak best.kalau anda tak kisah tentang produksi album ini,boleh la layan,tapi sebelum tu kena dengar yang part 1 dulu baru lah boleh faham jalan cerita kedua2 album ini.
Pernah cerita pasal album ni 2 tahun lalu Di Sini

Friday, 25 November 2016
Sejarah Rohingya
LATARBELAKANG SEJARAH ROHINGYA, PERANAN DAN KOMITMEN MALAYSIA
Ramai org forward kisah Rohingya kemudian menekan dan menyalahkan kerajaan Malaysia dan Indonesia kerana kurang membantu dan tidak memberi tekanan kpd Mynmar. Sebelum itu, mari baca sedikit ringkasan saya.
Namun, tidak ramai tahu bahawa sejarah kesengsaraan Rohingya bermula beratus tahun dahulu.
Kisah bermula dari pembunuhan ramai2 oleh Raja Arakan ke atas Putera Suja Moghul dan seluruh keluarganya.(1784)
Kemudian, bapa saudara Suja balas dendam dan menawan Chittagong. Wilayah Arakan juga ditawan dan Arakan kehilangan sumber pendapatan drpd lanun dan perhambaan.
Peperangan di antara Mynamar dgn Arakan berlaku 3 kali (1044, 1406 dan 1784). Peperangan 1784 paling terok dimana tentera Mynmar melakukan pembunuhan beramai2 ke atas penduduk Arakan iaitu Org Rohingya(Muslim), Chandra (Hindu) dan Org Rakhine. Semua dimusnahkan termasuk masjid dan kuil.
Org2 Rohingya dan Rakhine terpaksa lari ke Selatan Chittagong (jajahan Inggeris).
Apabila berlaku Perang Burma-British (1824), Burma tewas dan British bawa masuk semula Org Rohingya, Rekhanie dll ke Arakan.
Masuk tahun 1930-1938, penjajah British iktiraf Rohingya sebagai Org India-Muslim.
Pada tahun 1942, bila Jepun menduduki Burma sekali lagi Org Rohingya diusir dan org2 Burma membalas dendam dgn membunuh lebih 100,000 Org Islam Rohingya (peristiwa Karbalai Arakan).
Pada tahun 1948 Burma merdeka, Aung San cuba menyatupadukan rakyat Burma termasuk Org Rohingya, malangnya Aung San dibunuh.
Pd tahun 1960, Mahkamah Agung Burma beri arahan usir orang Rohingya.
Pada tahun 1978, UN beri kad NRC kepada Org Rohingya malangnya pihak berkuasa Burma memusnahkan kad2 itu san menghalau mereka ke Chittagong semula.
Pada tahun 1982, kerajaan Burma membuat keputusan nenek moyang Org Burma yg menetap di Burma sebelum 1826 adalah Org asing. Maka status Org Rohingya adalah Org asing.
Pada tahun 1990-92, sebanyak 268,00 Org Rohingya dihantar pulang ke Bangladesh.
Mereka menetap semula di wilayah Chittagong Hill Tracts yg dikawal tentera Bangladesh.
Hari ini, kerajaan Bangladesh tidak lagi mahu menerima Org Rohingya, kerajaan Burma pula mahu mengusir mereka keluar dari Arakan.
Ulasan:
Sejarah penindasan dan pergolakan Org Rohingya berpunca drpd perebutan kuasa dan wilayah kerana isu2 Kaum dan Agama. Mereka adalah kaum yg tidak ada negara, tidak ada dokumen negara tetapi sejarah membuktikan mereka berasal dari wilayah Bangladesh yang melarikan diri ke Arakan, Burma akibat peperangan.
Negara2 Islam seperti Malaysia dan Indonesia telah melakukan byk usaha diplomatik, malah YAB PM DS Najib telah membangkitkan isu ini di persidangan ASEAN dahulu.
Ianya masih tidak cukup, usaha ini perlu dibuat lagi melalui OIC, EU dan UN untuk menekan kerajaan Mynmar dan Bangladesh supaya menerima kehadiran Org Rohingya sama ada di Chittagong Hills atau di Arakan, Burma.
Al-Azharri Siddiq,
UPM-Ohio University.
Wednesday, 23 November 2016
Monday, 21 November 2016
Kriminal - The Untold Story
Antara buku yang aku dah habis baca.memang agak sukar nak habiskan bacaan sesebuah buku sekarang ni,banyak buku aku yang aku beli tapi tak baca2 pun lagi.kadang2 ada antara buku yang aku baca tu lambat nak habis kerana 'font' nya yang agak kecil.(mungkin juga kerana faktor umur kot?..heheh)sebab tu lah sekarang ni kalau nak beli buku aku kena check dulu font nya,kalau kecik sangat memang aku tak beli la walaupun tajuk dan sinopsisnya bagus.
Ok buku ini hasil tulisan atau catatan wartawan senior di Malaysia iaitu saudara Syaril A.Kadir.selain kisah2 yang pernah beliau lalui sepanjang menjadi wartawan jenayah,ada juga kisah2 jenayah terkenal atau jenayah yang berprofil tinggi yang beliau kongsikan dalam buku ini.antaranya seperti jenayah rompakan,dadah,pergaduhan,kes pembunuhan Norita Samsuddin,sejarah penjenayah terkenal iaitu Botak Chin dan juga ada kisah pengajaran dari penjara.
Memang agak menarik juga untuk di baca,walaupun banyak kisah berkaitan jenayah,pada masa yang sama buku ini memberi pengajaran dan juga buat kita terfikir kenapa manusia2 ini sanggup melakukan jenayah?sehingga kini zaman yang semakin maju dan makin moden,jenayah semakin menjadi2 tidak mengira mangsa dari sekecil2 anak sehinggalah ke warga emas.tahap kehidupan yang semakin tinggi juga antara faktor yang menyebabkan mereka2 ini melakukan jenayah.
Antara buku kisah jenayah dengan bacaan yang agak santai dan mudah di fahami,boleh dapatkan buku ini di MPH.kesimpulannya ialah,jangan sesekali melakukan jenayah,tidak kira sama ada jenayah kecil atau yang besar,jenayah ini salah satu jalan untuk menuju kepada kesengasaraan hidup dan masa depan.
Thursday, 17 November 2016
Def Leppard - Slang Limited Edition CD ( 1996 )
Dah 20 tahun..
Tahun 1996,memang tahun yang agak hambar bagi dunia muzik heavy metal dan rock.sebabnya pada tahun ini banyak kumpulan rock dan metal dunia mula mengubah stail muzik mereka.Metallica dengan album 'Load' nya ada yang mengatakan album 'Load' merupakan versi kumpulan U2 dalam muzik metal.Sepultura dengan 'Roots' nya yang menggabungkan elemen muzik tradisional Brazil.dan tak ketinggalan Def Leppard juga telah berubah.tiada lagi Def Leppard era 'Retro Active','Hysteria' dan 'Andrenalize' tiada lagi glam rock atau new wave of British Heavy Metal dari mereka.Def Leppard betul2 mengubah stail muzik dan cara permainan instrumen mereka dalam album ini.
Album ini di hasilkan ketika kesemua ahli band menghadapi masalah.Phil Collen yang baru bercerai,bapa Rick Savage yang baru meninggal dunia,Rick Allen dan Joe Elliot di tahan polis.dan mereka tidak dapat menggunakan khidmat penerbit yang bersama mereka sejak 1981 iaitu Mutt Lange.'Slang' pada aku bergenrekan alternatif rock dan sedikit industrial + techno + synthpop ala Depeche Mode.(kemungkinan besar mereka juga berinspirasikan dari stail muzik Killing Joke) mungkin juga pengaruh grunge/alernatif yang tengah berada di puncak pada tahun itu.
Berbalik kepada album Slang ni,hanya tiga lagu je yang boleh melekat kat telinga aku,lagu ballad 'All i Want Is Everything' dan lagu mid tempo 'Blood Runs Cold' dan lagu 'Pearl Of Euphoria' lagu2 yang lain agak sukar nak hadam walaupun selepas 20 tahun aku dengar semula album ini.sebabnya telinga aku dah biasa dengar Def Leppard era 80an dan 90an.
Kalau anda peminat bergenrekan muzik alternatif,new wave,electronic rock dan sythpop,boleh cuba la album ini.tapi kalau sesiapa yang baru nak kenal Def Leppard,aku cadangkan dengar album 'Hysteria'.

cd pertama |
Ada dua cd dalam album ini.cd yang kedua merupakan edisi terhad persembahan akustik live Def Leppard di Hard Rock Cafe Singapore pada tahun 1995 khas untuk Channel V.lagu2 live dalam cd kedua ni memang best.ada lagu 'Two Steps Behind','From The Inside' (antara lagu DL yang paling aku suka) dan lagu 'Pour Some Sugar On Me'.lagu2 ni semua dari album lama2 mereka yang pernah menduduki carta Billboard UK dan US.
bonus cd |
Berbalik kepada album Slang ni,hanya tiga lagu je yang boleh melekat kat telinga aku,lagu ballad 'All i Want Is Everything' dan lagu mid tempo 'Blood Runs Cold' dan lagu 'Pearl Of Euphoria' lagu2 yang lain agak sukar nak hadam walaupun selepas 20 tahun aku dengar semula album ini.sebabnya telinga aku dah biasa dengar Def Leppard era 80an dan 90an.
Kalau anda peminat bergenrekan muzik alternatif,new wave,electronic rock dan sythpop,boleh cuba la album ini.tapi kalau sesiapa yang baru nak kenal Def Leppard,aku cadangkan dengar album 'Hysteria'.
Tuesday, 15 November 2016
The Nice Guys ( 2016)
Nice Guys ialah filem yang bergenrekan action/crime thriller/comedy yang agak menarik juga.pada mulanya aku ingatkan filem ini filem serius yang agak berat,tetapi sebenarnya ia adalah filem komedi yang boleh lain dari yang lain.kerana pelakonnya pun setau aku memang tak pernah belakon filem komedi.watak komedi bersahaja lakonan Russel Crowe dan Ryan Gosling berjaya menarik minat aku untuk menonton filem ini sampai habis.
Berlatarkan pada era tahun 70an,filem ini mengisahkan tentang dua penyiasat persendirian iaitu Jackson Healy (Russell Crowe) dan Holland March (Ryan Gosling) telah menyiasat satu kes rumit tentang misteri kematian pelakon porno yang agak terkenal dan juga kehilangan seorang perempuan yang bernama Amelia.walaupun jalan ceritanya biasa,tetapi elemen komedi dan sedikit aksi yang tak terlalu ganas memudahkan untuk aku memahami jalan cerita filem ini.
Filem ni ada unsur2 18sx yang tak sesuai untuk ditonton oleh kanak kanak.pada sesiapa yang tak pernah tengok Russell Crowe dan Ryan Gosling ni belakon komedi,boleh tonton filem The Nice Guys ni.
*3/5
Friday, 11 November 2016
Metallica - Master Of Puppets Vinyl ( 1986 )
Di riliskan pada 3 Mac 1986..30 tahun dah album ni.
Dah genap 30 tahun album thrash/heavy lagenda ni.antara album 'wajib' dengar oleh peminat Metallica dan juga mat mat thrash pada zaman tu.album ketiga Metallica ini di bawah Elektra Records antara major label yang agak terkenal juga di Amerika.2 album Metallica sebelum ini,'Kill 'Em All' dan 'Ride The Lightning' hanya di terbitkan oleh record company indie.juga merupakan album terakhir bagi Cliff Burton,pemain bass lagenda yang tiada gantinya.Metallica juga pernah memainkan kesemua lagu dalam album ini ketika ulang tahun ke 20 'Master Of Puppet' dalam siri konsert jelajah 'Escape From The Studio '06' pada tahun 2006 yang lalu.
Ada lapan track dalam album ni,dan semua lagunya memang best.tiada slow tempo,kecuali lagu 'Welcome Home (Sanitarium)' yang mid tempo dan heavy pada pertengahan lagu.aku belajar petik gitar mula2 dulu pun intro akustik lagu 'Battery' tu..heheh.aku suka kerja gitar Kirk Hammett dalam lagu 'The Thing That Should Not Be' solo gitar dan riff pada penghujung lagu bunyi gitarnya seperti orang mengasah pisau.dan tak lupa lagu intrumental 'Orion' antara lagu yang menampilkan bunyi bass Cliff Burton dan di anggap antara kerja bass gitar beliau yang paling terbaik,ramai yang ingat ada beberapa part dalam lagu ni ialah bunyi gitar,tapi sebenarnya bunyinya datang dari bass Cliff yang kreatif.lagu 'Orion' ini juga di main kan di hari pengkebumian Cliff Burton.
Antara album klasik thrash sepanjang zaman yang wajib di dengar oleh peminat metal tak kira sama ada anda adalah peminat Kpop atau pun Babymetal.
Terima kasih Cliff Burton.RIP.

Wednesday, 9 November 2016
Monday, 7 November 2016
The Walking Dead Season 7
Oleh kerana tak sabar,aku cari dan download season 7 punya episod pertama sebab nak tau siapa yang kena bunuh oleh Negan,antara watak paling brutal dalam komik The Walking Dead.seperti dalam komik,jangkaan aku tepat.Glenn yang mati di bunuh oleh Negan,dan juga Abraham kedua2nya mati di pukul oleh Lucille,kayu baseball yang di lilit dengan dawai,senjata utama Negan.part ni memang sadis habis.watak Glenn di matikan pada awal episod season 7 ni.dan aku jangka season 7 ni akan lagi panjang jalan ceritanya.sebab kalau ikut versi komik,Negan ni memang tak mati lagi.
glenn kena bunuh versi komik |
versi tv.sama macam komik bijik mata nak terkeluar dah |
Promo tentang Ezekiel yang akan muncul dalam season ini pun memang ikut versi komik.Ezekiel ni dari komuniti 'The Kingdom' yang akan muncul dengan harimau dia yang bernama Shiva.sebelum zombie apocalypse,beliau merupakan seorang zookepeer.dia dan Rick akan bergabung untuk menentang Negan.cuma satu je masalahnya ialah,Ezekiel ni ialah ex boyfriend Michonne.boleh ke Rick terima? sebab Rick kan dah tidur sekatil dengan Michonne.heheh.
Tapi kalau producer TWD tak ikut versi komik,aku harap Rick akan balas balik kat Negan dengan cara yang lebih kejam.masa dia bermusuh dengan Governor Phillips pun tak ganas sangat.cuma jangan ada cerita Rick dengan Ezekiel bergaduh sebab berebutkan Michonne dah la,versi komik Michonne tidur sebantal balik dengan ex dia tu!..hahah..
Friday, 4 November 2016
Bryan Adams - Reckless Vinyl ( 1984 )
Ini bukan album rock leleh tau.ini memang album rock baik punya.dah berusia 32 tahun..
Tahun 1984 memang tahun kegemilangan muzik rock dan juga new wave (sudah tentunya Duran Duran)antara album modern rock yang popular pada tahun 84 ialah The Smith,Van Halen,Wham!,Bruce Springsteen,Prince (album Purple Rain),sountrack Footloose,dan juga album 'Reckless' dari Bryan Adams ini.sebelum Celine Dion,Bryan Adams lah satu2nya artis dari Canada yang berjaya menembusi pasaran Amerika dengan album ini.majalah Classic Rock pula telah menyenaraikan album ini antara 100 album modern rock terbaik sepanjang zaman dan 'Reckless' berada di tempat yang ke 99.Bryan Adams,selain beliau menjadi penerbit dalam album ini,beliau juga bermain gitar dan kebanyakkan lagu2 adalah ciptaan beliau.boleh di katakan Bryan Adams ni pemain gitar yang hebat juga.

Add caption |
Bryan Adams band member |
Album ini juga merupakan nostalgia bagi aku.sebabnya pada tahun itu abang aku yang sulung sering kali aku dengar dia pasang kaset Bryan Adams ni di radio kecilnya.lagu yang kerap kali di putarkan ialah lagu 'Heaven'.lagu ini menjadi single no.1 di carta Billboard di Amerika.memang syahdu lagu ni.sampai sekarang aku suka dengar.selain dari lagu yang aku cakap tadi,lagu 'Summer Of '69' lagu gumbira yang popular sehingga kini,lagu duet beliau dengan Tina Turner 'Its Only Love', lagu rancak 'Run To You' pun best,lagu 'Somebody' dan 'One Night Love Affair' pun best.kesemuanya merupakan single hit yang menembusi industri muzik Amerika dan dunia.kalau beli yang 30th anniversary edition yang rilis pada tahun 2014 yang lalu ada dapat cd live Hammersmith Odeon London tahun 1985.
piring side 1 |
piring side 2 |
Kadang kadang bila mood nak relax kat rumah biasanya aku akan putar rekod album ini.kalau rasa nak dengar album solo artis rock luar negara,aku cadangkan dengar album Reckless Bryan Adams ini.antara album guitar oriented terbaik sepanjang zaman yang menduduki carta tertinggi Billboard Hot 100.
Wednesday, 2 November 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)