Saturday 23 April 2016

Juara Juara Rock 3 (1987) Reissue 2016

Juara Juara Rock 3 (JJR3) dah pun di keluarkan dalam format cd.




Album rock paling nostalgik selepas Battle Of The Band.siapa sangka,album rock dulu2 mungkin tak di terbitkan semula,akhirnya segala tanda tanya telah terjawab,banyak syarikat rakaman dalam Malaysia ni mula memasarkan kembali album2 rock yang boleh di katakan bertahap lagenda juga.sampai tak cukup tangan kolektor dan kapitalis nak beli dan jual balik dengan  harga yang agak melampau.heheh..
Dalam banyak2 cover JJR,cover JJR3 ni lah yang paling menarik pada aku.di lukis oleh Boul,orang yang sama melukis untuk cover album Search 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'.siapa Boul ni masih lagi menjadi tanda tanya hingga sekarang,tapi artwork yang beliau buat untuk album2 rock era 80an dulu memang menarik.Boul ni boleh di katakan sama macam Derek Riggs,orang yang bertanggung jawab melukis untuk album2 terawal Iron Maiden.








Sama seperti JJR1 Dan JJR2 untuk album ini masih lagi mengekalkan band yang sama,ada Burnmarks,D'Febians,Scandals,May dan Metalian.setiap band menyanyikan 2 lagu kesemuanya boleh di katakan ciptaan mereka masing2,cuma senarai lagu je ada typo,Gerimis Rindu jadi 'Gerinus Rindu' harap pihak Sony Music Malaysia lepas ni lebih berhati2 sebelum meriliskan sesuatu produk tu.





Lagu yang paling nostalgik pada aku dah tentunya 'Penantian Yang Tak Pasti' dari Scandals,'Snooker' dari Burnmarks,'Kenangan Abadi' dari D'Febians dan juga 'Sketsa Sebuah Cinta' dari May.boleh di katakan tiap2 hari abang aku putarkan kaset JJR3 ni dan mendengar lagu2 yang aku  bagitau tadi.

Dari segi soundnya memang aku suka la..sound yang 'kering' pada zaman analog sebelum era digital.memang telinga aku lebih suka dengar sound analog agakya..heheh..kepada anda yang minat rock dulu2 boleh layan kesemua koleksi Juara Juara Rock ini.kena cepat sebelum stok kehabisan..heheh

5 comments:

  1. Wahhh aku nak secopy... aku rasa aku tak dengar penantian tak pasti dah berpuluh tahun kot, tapi macam rasa aku masih hafal liriks lagu ni. Hahahaha....

    ReplyDelete
  2. Tu yg hairan bin ajaib sapa la yg typo taip tajuk tu.. bangla ke apa yg taip.. haha
    Metalian Aku dengan caraku tu mmg rock lah..
    Mggu depan ni rasanya 4 lg cd akan rilis.. lepas tu bln 5 nanti ada lgk beberapa album yg bakal rilis.. dalam 10 bijik jgk kot.. baru sony.. blum len2 label lgk.. matai la camni hehe

    ReplyDelete
  3. Cd2 reissue ni banyak betul typo...pelik betul..

    Aku setuju dgn deaf...JJR3 ni Scandals paling best...

    ReplyDelete
  4. juara-juara rock 3 memang best..

    ReplyDelete
  5. aku pun minat cover albumnya.

    ReplyDelete