Friday 15 January 2016

Sudirman - Asia's No.1 Performer (1989) Reissue 2015

Antara album terbaik yang pernah di terbitkan pada tahun 1989..





Album ini merupakan antara album pop/rock terbaik 80an kerana produksi yang hebat.kesemua komposer dan penulis lirik terkenal era 80an terlibat dalam pembikinan album ini.nama2 besar yang legend seperti M.Nasir,Manan Ngah,A.Ali dan Habsah Hassan.juga bagi meraikan kemenangan Allahyarham Sudirman yang memenangi gelaran 'Asia's No.1 Performer' anjuran Salem di Royal Albert Hall London.untuk memenangi gelaran ini pun bukan mudah.beliau terpaksa bersaing dengan artis2 hebat di seluruh Asia.





Album ini juga mempunyai nilai sentimental pada aku,dulu abang aku pernah beli kasetnya,setiap pagi sebelum aku pergi sekolah,(1989 aku di tingkatan satu)abang aku kerap memainkan lagu 'Antara Hujan Dan Airmata' memang syahdu sangat lagu ni..heheh..lagi satu yang buat aku suka pasal lagu ini ialah bunyi akustiknya,bass yang sedap,dan solo yang mendayu2 ala gitar hero glam rock 80an pun memang best,siapa yang main gitar solo tu eh?ala Vinnie Moore gitu.








Selain dari lagu 'Antara Hujan Dan Airmata',lagu lain seperti 'Kelana' 'Di Dalam Sepi Itu' dan satu lagu inggeris 'One Thousand Million Smiles' pun best.kecuali lagu gedik 'Bercanda Di Pasiran Pantai' tu memang dari dulu aku tak suka.dari segi sound nya memang puas hati lah walau pun dari piring hitam,sama macam Ijau cakap nanti kalau cakap lebih2 orang suruh aku pegi komplen kat EMI/Universal pulak.dah ada di riliskan semula kira ok la dari takda langsung.

Ulasan dari Ijau boleh tengok Di Sini dan cerita pasal Sudirman di Royal Albert Hall pernah cerita Kat Sini

5 comments:

  1. bab komplen reissue tu xbole blah..tp duit customer dorg nk...hahahaha

    ReplyDelete
  2. aku kecewa sebab lagu OTMS bukan versi full macam dalam kaset, tapi versi singles, takde dah sentimental value di situ...

    nanti kalau 10-15 tahun akan datang wings reissue balik album teori domino, tapi lagu sejati tu diorang letak versi live rockestra, fuh~

    ReplyDelete
  3. 1989...aku thrash...tak dengar Sudirman dah...hahaha...tapi tak silap aku Fauzi Marzuki kot yang menyolo dalam lagu 'Antara Hujan Dan Airmata'...

    ReplyDelete
  4. hujan dan airmata tu best dgr kat radio hohoho

    ReplyDelete
  5. ble M. Nasir jd penerbit bersama Sudirman..sudir dh berbeza dgn album2 sebelumnye.. Kulit dn Asia no.1 ni dua album pebret aku..sbb ade sentuhan M. nasir padanya..jga solo2 gitar yg rockk

    ReplyDelete