Monday 25 January 2016

Crossfire - Erosi (1990) Reissue 2016

Album kedua dari Crossfire selepas album Fatamorgana




Jika sebelum ini album Fatamorgana di terbitkan oleh Allahyarham Samad Lefthanded,untuk album Erosi ini di terbitkan oleh Khalid Mobin,pemain gitar hebat dari kumpulan Rusty Blade.patut la soundnya ada lebih kurang macam Iron Maiden sikit,Khalid Mobin pun memang peminat Maiden jugak kan.Crossfire masih mengekal kan elemen heavy/thrash acuan melayu dalam album ini seperti sebelumnya.






Line up Crossfire ialah Aim (vokal) Yuss (gitar) Burn (gitar) Fiq (drummer) dan Yass (Bass) lagu2nya pun sama seperti album pertama,ada beberapa lagu yang kuat pengaruh thrashnya seperti 'Lagenda Gunung Ledang' lagu 'Kuku Besi' intro riffnya memang sebijik dari lagu 'Lady Of The Valley'..heheh..
Tapi secara peribadi lagu yang best yang aku dengar dalam album ni sejak dulu ialah lagu 'Kuasa Mistik' lagu seram rock dulu2 memang best,terasa feel seramnya.lagu jiwang mid tempo tapi tak meleweh iaitu 'Hasrat'.lagu 'Menanti Ketika' yang kuat pengaruh Maidennya.'Nyata Bukan Ilusi' dan kesemua lagu heavy dalam album ini.




Walaupun ada lagu2nya berpaksikan dari band2 luar negara,tapi pujian harus di berikan pada mereka sebab ada di antara lagu2 dalam album ini merupakan ciptaan mereka sendiri,pengaruh dari band luar negara tu memang biasalah,tapi Crossfire berjaya menjadikan album heavy/thrash acuan melayu,itu yang terbaik.sound keseluruhan album memang best tiada cacat cela (pengkritik profesional jangan buang masa anda nak pergi komplen kat EMI/Universal ok?)aku suka sound yang keluar dari album ini walaupun bersumberkan dari piring hitam.lebih baik ada dari tiada langsung.

Macam biasa ayat lazim aku,kalau suka beli,tak suka duduk diam.tak payah nak pergi komplen sampai EMI United Kingdom sana. :)



7 comments:

  1. mcm dah jadi viral dah perenggan terakhir tu

    ReplyDelete
  2. Hah? Emi UK?
    hahaha...
    aku tengokkan je cd ni kat kedai. Aku tunggu Desire dulu. Haha.

    ReplyDelete
  3. Album ni best...lebih heavy dari fatamorgana....aku suka..nantilah aku tulis pasal ni...banyak sangat dah cd reiisue kat tangan...terkini War Rock 1,2,3...ada yg tak sempat lagi nak dengar...

    ReplyDelete
  4. Kuasa mistik tu mmg tulah lagu yg aku banyak kali dgr dri album ni...

    ReplyDelete
  5. terima kasih infonya..masuk list!!!

    ReplyDelete
  6. Album kumpulan Teras 1990 ada tak?

    ReplyDelete