Thursday 17 December 2015

Sudirman Dan Leslie Cheung




Kita tahu bahawa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad digelar 'Penghibur No. 1 Asia' ekoran kemenangan beliau dalam Salem Music Award pada tahun 1989 di Royal Albert Hall yang berprestij di tengah kota London.

Tetapi kemenangan beliau bukan mudah,beliau terpaksa bersaing dengan artis-artis terhebat pada zamannya dan penghibur-penghibur terhebat ini termasuk dirinya tidak pernah mampu diganti oleh artis-artis pada hari ini.

Antara saingan terkuat beliau adalah penyanyi bertahap diva di Filipina,Kuh Ledesma,Anita Sarawak dari Singapura ketika itu dan legenda Cantopop,Leslie Cheung.

Saya pada mulanya seakan tidak percaya mendiang Leslie Cheung turut menyanyi dalam acara itu kerana beliau ini memang cukup 'lejen' ketika itu dengan filem-filem kegemaran saya seperti The Better Tomorrow dan Once a Thief.

Walaupun di sana ada pepatah mengatakan 'yang patah tumbuh,yang hilang berganti' namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun penyanyi di negara kita yang popularitinya merentas
segenap umur,bangsa dan zaman.Tiada yang berani membuat konsert percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur jika tidak memiliki tahap seperti aura Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.

~Srikandi

kredit: covenantartists.blogspot.com

p/s: dalam gambar ini kita boleh lihat Allahyarham Sudirman berada di tengah berkacamata hitam dengan mendiang Leslie Cheung berada di sebelah Anita Sarawak yang berada di kiri sekali.

Artikel asal dari :

Versi albumnya boleh tengok kat blog Ijau kat sini :

6 comments:

  1. legend yg smp skrg tiada pengganti

    ReplyDelete
  2. fesyen dressing penghujung 80an...

    ReplyDelete
  3. Zaman budak2 dulu, melopong mulut depan tv, sampai nak cium tv tu tengok apa sahaja sudirman. Baik progrem hari merdeka dari staidum merdeka, dia atas pedestrian bridge chow kit, dia dengan atai bunyikkan gong, tu jam iklan dunhill hitam itu menawan, lagu atai kau buat ku berpusing, sudirman sakit, masuk paper sudriman boelh cakap thai, dia meniggnal, dia lukis untuk majalah batu api..super tembam hari raya bumper issue...
    tinggal kenangan dalam kepala je, zaman dulu mana ada kenangan bentuk foto atau material.

    ReplyDelete
  4. love the good old days of the 80's

    ReplyDelete