Ok..selalu tampal gambar album reissue je,kita cerita pasal Maiden pulak..
Yang aku punya ni versi book case,kira macam buku hikayat 1001 malam la kan.yang belakang tu versi piring hitam.tak bukak pun lagi,sayang nak bukak,(kalau 2-3 tahun aku masih tak bukak lagi boleh jual dengan harga lebih kejam dari kapitalis yang ada sekarang ni..heheh..) album ni yang di riliskan pada bulan september yang lalu,antara album yang di tunggu2 oleh peminat2 tegar Iron Maiden termasuk aku,satu yang aku puji pasal Iron Maiden ni,mereka tidak suka menghebahkan kepada media yang mereka tengah sibuk rakam lagu kat studio,bukan macam Metallica,Megadeth dan Slayer sibuk tampal gambar kat studio tapi albumnya tak siap2.Iron Maiden memang suka buat suprise,tetapi kejutan yang membuatkan peminat sedih ialah berita Bruce dapat kanser.selepas dari itu baru lah pengumuman tentang album baru mereka 'The Book Of Souls' ni.
Aku cari juga majalah Metal Hammer dan Classic Rock yang cover depannya Iron Maiden,tapi takda,tak masuk lagi atau pun mungkin sold out.penat dah 2-3 kali pegi klcc tapi hampa.ok lah ni review aku yang tak berapa pandai dalam muzik ni,ini dari persepsi aku lah kan,kalau ada salah ke apa dalam review ni aku mintak maaf la yek?
Terus putar kat cd yang pertama track yang pertama :
If Eternity Should Fail.
Intronya meningatkan aku sama seperti intro 'Satelite15' dari album 'The Final Frontier'.lagu pertama ini juga la yang menjadi trek kegemaran aku.sekali dengar dah suka.kalau tengok pada liriknya lagu ni mengisahkan tentang keadaan dunia pada masa lalu mengikut kepercayaan kaum Mayan (ni pada pandangan aku lah)tengok pada liriknya 'Waiting in line for the ending of time if eternity should fail'. kaum Mayan pun percaya pasal dunia akan kiamat hingga boleh meramalkan dunia kiamat pada tahun 2012.so Necropolis tu mungkin roh dari kepercayaan kaum Mayan.apa pun lagu ni best,solo yang mendayu2 dari H memang membuatkan lagu ni senang di hadam.
Speed Of Light
Cowbell..haha.lagu yang di jadikan single pertama,tapi lagu yang selalu aku skip bila dah beli album ni..heheh.lagu yang tak berapa best,senasib dengan 'El Dorado'.tapi video klip lagu ni best.Eddie dalam dunia video game pelbagai versi.Speed Of Light juga mungkin dari pandangan Maiden tentang zaman dah berubah,dari zaman rekod album menggunakan teknologi analog sehingga lah ke era digital.tapi lagu ni ok la,masih mengekalkan identiti Iron Maiden seperti era 80an dulu.
The Great Unknown
Lagu ni pun aku lambat nak hadam.macam tak berapa nak masyuk la..sama macam Deaf cakap..heheh.
The Red And The Black
Lagu epik jugak ni.berdurasi agak panjang juga macam 'Rime Of The Ancient Mariner'.berdurasi 13 minit.intro gitar akustiknya sedap.vokal Bruce yang sama melodi dengan riff gitar tu yang buat menarik.bila Bruce rapping riff gitar pun ikut sama rapping jugak.heheh..part instrumental dan solo tu memang best la.
When The River Runs Deep
Tetiba teringat kat lagu 'Run Silent Run Deep' dari album 'No Prayer For The Dying'.melodinya seakan2 lagu Maiden pada era 90an.lagu ni pun aku selalu skip jugak.tapi solo nya menarik.dari bunyinya memang solo Murray-Janick-H,lepas tu aku skip..heheh.
The Book Of Souls
Lagu yang juga menjadi tajuk album.seperti lagu 'Dance Of Death',lagu yang berdurasi agak panjang juga.dalam 10 minit macam tu la.lagi sekali intro akustik gitar dia best.ala2 mexican gitu.lagu ini menceritakan kisah kaum Mayan juga,lagi pun album ni memang tema nya kaum Mayan.banyak rahsia kaum Mayan Iron Maiden cuba bongkarkan melalui 'Book Of Souls' ini.solo berganti2 dari 3 amigos tu layan betul.hinggakan jari jemari aku pun ikut menyolo sekali.heheh..
Death And The Glory
Lagu ni pasal Red Baron kan,macam Deaf cakap Red Baron ni adalah juruterbang perang terhebat German ketika perang dunia pertama dulu.kira Red Baron ni jadi sumber inspirasi bagi sesapa yang ingin menjadi juruterbang tentera udara la.boleh search kat google pasal The Red Baron ni.ok lagu ni kira History Channel versi lagu.best.
Shadow Of The Valley
Bila dengar intro lagu ni buat pertama kali nya aku macam..'eh,macam pernah dengar?' lepas tu baru teringat,oo..ini macam intro lagu 'Wasted Years' laa..heheh.macam biasa solo berganti2 tu memang best.
Tears Of A Clown
Lagu ini tribute untuk mendiang pelakon Robin Williams.Bruce sendiri pun taktau sebenarnya lagu ni Steve Harris buat untuk Robin Williams,lepas dia buat bahagian vokal untuk lagu ni kemudian dia tanya Steve sebab liriknya agak 'cool' so Steve pun cakap lagu ni memang untuk Robin Williams.lagunya takda la heavy sangat,memang kena la lagu ni untuk Robin Wiliams.
The Man Of Sorrows
lagu ni slow pada intronya lepas tu baru fast.tapi lagu ni pun aku selalu skip,susah nak hadam.pasal rasa macam lagu ni malas je.solo nya pun macam nak tanak je.macam main2 je.
Empire Of The Clouds
Kalau suruh aku pilih satu antara lagu heavy metal paling terbaik 2015,memang lagu ni la yang aku pilih.intro piano dari Bruce tu memang menusuk kalbu betul.aku rasa kalau lagu ni durasinya pendek,memang aku ulang dengar banyak kali,memang patut berdurasi 18 minit.lagu paling best ni.dari piano sehingga lah ke gitar solo,memang terbaik lah.lagu ni mengisahkan kapal udara R101 (atau kapal belon udara panas)memang zaman kegemilangan empayar British dulu yang terhempas kat Perancis.gitar solo,instrumental dalam lagu ni memang asyik mashyuk.18 minit punya panjang masuk toilet dan keluar toilet pun tak habis2 lagi..heheh
Ok tu je la review aku,untuk album ini kesemuanya dari packaging sehingga ke lagu nya memang 10/10* lah.Iron Maiden tetap Iron Maiden,takkan merubah identiti muziknya yang semua peminatnya dah tau.
review 'The Book Of Souls' dari abang Deaf kita boleh jenguk sini :