Thursday 12 June 2014

Anggun - The Best Of (2006)

Sesekali lari dari terma heavy/thrash/glam..
Jika abang Deaf ada makcik Belinda Carlisle,aku ada kakak Anggun..heheh..



Anggun Cipta Sasmi adalah satu2nya artis dari Indonesia yang berjaya menakluk pasaran muzik dunia dengan album 'Snow On The Sahara' pada tahun 1998.album tersebut berada di tempat ke 5 carta UK.album ni menghimpunkan kesemua lagu2 Anggun dari album yang terbit di Indonesia,dan juga album inggeris beliau.dia juga pernah menjadi duta untuk United Nation.kisah suka duka beliau ketika berada di London dan Perancis amat menarik.banyak recording company yang tak mahu ambil beliau menjadi artis naungan sehinggalah beliau di lamar oleh Sony Muzik France..and the rest is history.dan jangan tak percaya,Anggun adalah peminat tegar Guns n'Roses,Bon Jovi dan Megadeth.



list lagu semua best


Anggun yang memiliki vokal husky memang kena la dengan stail muzik beliau.pada aku lagu2 Anggun boleh di katakan sebagai 'progresif pop'.lirik2nya juga tidak hanya berdasarkan cinta semata2..ada juga lagu yang lirik berunsurkan fantasi.
Lagu dalam album The Best Of ini ada lagu berbahasa melayu dan inggeris.lagu 'Mimpi' adalah lagu rakaman semula dari album terbitan tahun 1989,yang menjadikan antara "the 150 greatest Indonesia song of all time" oleh majalah Rolling Stones.

Antara album pasaran antarabangsa Anggun


inlay jenis lipat2,tapi bila bukak semua dan terbalikkan jadi poster


Antara lagu yang best dalam album ni ialah 'Mimpi', 'Bayang Bayang Ilusi','Snow On The Sahara','Mantra'(versi englishnya 'Saviour' pernah jadi soundtrack untuk filem The Transporter 2 lakonan Jason Statham)'Kembali' (A Rose In The Wind versi english)'Still Reminds Me','Yang'Ku Tunggu' dan 'Deep Blue Sea' (lagu ni di selang selikan dengan lirik dalam bahasa melayu dan inggeris.memang menarik).
Album ni sesuai untuk mereka yang cuba2 nak dengar muzik pop..bukan kpop okehh..muzik progresif yang menarik dari Anggun.memang the best album la.

*10/10 (one direction and justin bertimber/bibir sila berhenti menyanyi)



5 comments:

  1. banyak jugak album dia nyanyi dalam bahasa perancis..

    ReplyDelete
  2. aku pernah dengar Snow On The Sahara ajer...

    ReplyDelete
  3. yaaa...not really familiar with her works but she is very good performer ye...
    Nanti buat review pasal Maya Sari nye bus ekpress la - tiada lagi, jangan pisahkan aku dah dia Tuhan tolong la, etc haha

    ReplyDelete