Sementara nak tunggu waktu berbuka puasa petang semalam,aku melayan kembali filem ini..
Hari pertama puasa memang agak mencabar dengan cuaca yang tak menentu (sudah tentunya dengan fenomena El Nino) di Kuala Lumpur ni.untuk menghilangkan kebosanan,melayan filem komedi seperti ini boleh juga mengembalikan mood yang lesu dan mengantuk.
Apa yang aku suka ialah dialog2 di dalam filem ini yang bersahaja dan penuh lawak.bukan seperti filem komedi sekarang yang pada aku bila tengok nak ketawa pun takda mood.sebabnya?ia tak berjaya untuk buat aku ketawa walau senyum sekali pun...
Bukan lah nak review sangat,cuma idea nak buat entri pun takda..heheh..tapi ini filem memang terbaikkkk..banyak pengajaran yang boleh di dapati dari filem ini.
Filem ini juga ada rating di IMDb
Nak download skrip filem ini boleh pegi Sini
Btw,apa menu buka puasa korang semalam?
Monday, 30 June 2014
Saturday, 28 June 2014
Waktu Puasa Di Seluruh Dunia
klik kat gambar untuk imej lebih besar |
Tinggal sehari je lagi..lepas tu kita akan menyambut Ramadhan Al Mubarak.macam biasa kita berpuasa selama 12 jam.kalau tengok kat negara2 lain kat atas tu ada yang berpuasa selama 9 jam seperti Brazil,Australia dan Argentina.ada juga yang lebih dari 12 jam seperti Britian 20.5 jam,Russia,German,Poland dan negara2 Eropah lain juga akan berpuasa selama 20 jam..perghh..lama tu.
Salam Ramadhan Al Mubarak to all muslim around the world...
Friday, 27 June 2014
The Raid 2 : Berandal (2014)
Sebenarnya pernah tengok yang part 1,pada aku so-so je lah..tapi di sebabkan aku tengok kat Rotten Tomatoes dan iMDB memberikan review dan rating yang agak tinggi,di tambah pula filem ini menjadi official selection di Sundance Film Festival,kritikan positif dari majalah Rolling Stones,Entertainment Weekly dan The Hollywood Reporter membuatkan aku teringin sangat nak menonton filem ini...
Filem yang di arahkan oleh Gareth Evans yang sebelum ni pernah mengarahkan filem Merantau dan The Raid : Redemption.kesinambungan dari The Raid part 1.mengisahkan Rama (lakonan Iko Uwais) yang terpaksa menjadi undercover untuk menyiasat seorang ahli politik gangster dan anaknya.
Jalan ceritanya pun agak unik juga la..ala2 filem Kill Bill.tapi dari segi aksi perlawanan silatnya memang terbaik la..teknik kesan khas dalam filem ni memang sama taraf dengan filem2 aksi Hollywood.
Pada anda yang rasa nak layan action movie dari Asia selain filem aksi Thailand,filem ini mungkin juga anda minati.cuma dialog nya dalam bahasa Indonesia yang ada antaranya aku kurang faham.kena ada subtitle kalau nak tengok.
3/5
Wednesday, 25 June 2014
Monday, 23 June 2014
Rainbow - Rising (1976)
Album yang seusia dengan aku,yang dapat masa birthday haritu..Rainbow Rising remasters
Rainbow line up :
Ronnie James Dio - vokal
Ritchie Blackmore - gitar
Tony Carey - keyboard
Jimmy Bain - bass
Cozy Powell - drum
Antara album klasik rock terbaik sepanjang zaman.band member dalam album ni semua dah jadi legend pun.album ini juga di terbitkan oleh Martin Birch,orang yang bertanggungjawab menerbitkan album2 Iron Maiden era 80an dan awal 90an.
Semua lagu2 dalam album 'Rising' memang the bestest!.takda satu lagu pun yang aku skip bila layan album ni.'Tarot Woman',A Light In The Black' 'Starstruck' 'Run With The Wolf ', 'Do You Close Your Eyes' dan 'Stargazer'.suara RJD memang tak perlu di pertikaikan lagi la..memang powerful.sampaikan Metallica siap cover lagi lagu2 dari album ni.
Pada mereka yang hanya kenal Dio melalui album 'Holy Diver',kena dengar album ini juga.rugi kalau tak pernah dengar ini album.memang best,terbaik,the best Rainbow album of all time.
10/10
RIP Ronnie James Dio
antara album2 Rainbow versi remasters |
setlist |
muka otai2 Rainbow masa zaman muda diorang |
Rainbow line up :
Ronnie James Dio - vokal
Ritchie Blackmore - gitar
Tony Carey - keyboard
Jimmy Bain - bass
Cozy Powell - drum
Antara album klasik rock terbaik sepanjang zaman.band member dalam album ni semua dah jadi legend pun.album ini juga di terbitkan oleh Martin Birch,orang yang bertanggungjawab menerbitkan album2 Iron Maiden era 80an dan awal 90an.
Semua lagu2 dalam album 'Rising' memang the bestest!.takda satu lagu pun yang aku skip bila layan album ni.'Tarot Woman',A Light In The Black' 'Starstruck' 'Run With The Wolf ', 'Do You Close Your Eyes' dan 'Stargazer'.suara RJD memang tak perlu di pertikaikan lagi la..memang powerful.sampaikan Metallica siap cover lagi lagu2 dari album ni.
Pada mereka yang hanya kenal Dio melalui album 'Holy Diver',kena dengar album ini juga.rugi kalau tak pernah dengar ini album.memang best,terbaik,the best Rainbow album of all time.
10/10
RIP Ronnie James Dio
Thursday, 19 June 2014
19 Jun 2014
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana aku masih lagi di beri peluang bernafas dan di anugerahkan tubuh badan yang masih lagi sihat.pada hari ini yang sama2 sambut hari lahir dengan aku ialah Brian Head Welch (gitaris band Korn)Salman Rushdie (penulis buku kontroversi),makcik Paula Abdul,Garfield(kucing ni pun sama?)Aung San Su Kyi (activist popular)The Sandman (TNA wrestler),Ann Wilson(Heart)Carmel Moore(British pornstar..erk?)dan ACDC drummer Simon Wright.
Seorang teman awal2 dah kasi hadiah kat aku..memang benda yang lama aku idamkan pulak tu..heheh..
Hadiahnya ialah ini..
Album Rainbow Rising remasters.album yang di riliskan pada tahun aku lahir.punya gumbira tak terkata aku dapat cd ni..heheh..sambil menaip ni pun sambil melayan lagu album ini..
Anyway,terima kasih pada kawan2,family,saudara mara yang wish kat fb,ada yang sms,ada yang call,ada yang Whatsapp,Wechat dan ada yang call free guna Kakao Talk..heheh..Tq so much..i really really appriciate that..
So,umur aku dah masuk28 tahun..heheh..bukan tua,remaja dewasa ok...hahah.. :P
Seorang teman awal2 dah kasi hadiah kat aku..memang benda yang lama aku idamkan pulak tu..heheh..
Hadiahnya ialah ini..
Album Rainbow Rising remasters.album yang di riliskan pada tahun aku lahir.punya gumbira tak terkata aku dapat cd ni..heheh..sambil menaip ni pun sambil melayan lagu album ini..
Anyway,terima kasih pada kawan2,family,saudara mara yang wish kat fb,ada yang sms,ada yang call,ada yang Whatsapp,Wechat dan ada yang call free guna Kakao Talk..heheh..Tq so much..i really really appriciate that..
So,umur aku dah masuk
Wednesday, 18 June 2014
Tuesday, 17 June 2014
World Cup Punya Cerita
Ada sesuatu yang menarik berlaku ketika semua peminat bola piala dunia tertumpu di Brazil.cerita ini pun aku baru terjumpa kat fb sekejap tadi,memang betul2 menarik perhatian aku..
Many local #Brazilian Brothers and Sisters (volunteers) joined us today during our #StreetDawah effort.
Alhamdulillah it was a great turned out, we are planning to return to #AvenidaPaulista very soon, inshaAllah. This is a busy location full of tourist from all over the world mashaAllah!
Semoga pendakwah2 ini yang tanpa segan dan malu untuk melakukan street dakwah ini di Rahmati Allah SWT.
Umtuk lain2 cerita tentang pendakwah ni boleh jenguk kat page fb mereka kat sini :
https://www.facebook.com/WhyIslam?fref=photo

Sunday, 15 June 2014
Selamat Hari Bapa 2014
Selamat Hari Bapa pada ayah/papa/daddy/abah/ayahanda kat luar sana..juga untuk rakan2 blog yang dah bergelar ayah..antara ayah2 rockers/thrasher/metal kental yang aku kenal selama aku berblog ni.
Lagu kat bawah ni aku tujukan untuk ayah2 kat luar sana tu..anda semua memang bapa yang 'cool'..
Sesekali layan lagu cucuk langit..baru cool..heheh..

Thursday, 12 June 2014
Anggun - The Best Of (2006)
Sesekali lari dari terma heavy/thrash/glam..
Jika abang Deaf ada makcik Belinda Carlisle,aku ada kakak Anggun..heheh..
Anggun Cipta Sasmi adalah satu2nya artis dari Indonesia yang berjaya menakluk pasaran muzik dunia dengan album 'Snow On The Sahara' pada tahun 1998.album tersebut berada di tempat ke 5 carta UK.album ni menghimpunkan kesemua lagu2 Anggun dari album yang terbit di Indonesia,dan juga album inggeris beliau.dia juga pernah menjadi duta untuk United Nation.kisah suka duka beliau ketika berada di London dan Perancis amat menarik.banyak recording company yang tak mahu ambil beliau menjadi artis naungan sehinggalah beliau di lamar oleh Sony Muzik France..and the rest is history.dan jangan tak percaya,Anggun adalah peminat tegar Guns n'Roses,Bon Jovi dan Megadeth.
Anggun yang memiliki vokal husky memang kena la dengan stail muzik beliau.pada aku lagu2 Anggun boleh di katakan sebagai 'progresif pop'.lirik2nya juga tidak hanya berdasarkan cinta semata2..ada juga lagu yang lirik berunsurkan fantasi.
Lagu dalam album The Best Of ini ada lagu berbahasa melayu dan inggeris.lagu 'Mimpi' adalah lagu rakaman semula dari album terbitan tahun 1989,yang menjadikan antara "the 150 greatest Indonesia song of all time" oleh majalah Rolling Stones.
Antara lagu yang best dalam album ni ialah 'Mimpi', 'Bayang Bayang Ilusi','Snow On The Sahara','Mantra'(versi englishnya 'Saviour' pernah jadi soundtrack untuk filem The Transporter 2 lakonan Jason Statham)'Kembali' (A Rose In The Wind versi english)'Still Reminds Me','Yang'Ku Tunggu' dan 'Deep Blue Sea' (lagu ni di selang selikan dengan lirik dalam bahasa melayu dan inggeris.memang menarik).
Album ni sesuai untuk mereka yang cuba2 nak dengar muzik pop..bukan kpop okehh..muzik progresif yang menarik dari Anggun.memang the best album la.
*10/10 (one direction and justin bertimber/bibir sila berhenti menyanyi)

list lagu semua best |

Antara album pasaran antarabangsa Anggun |
inlay jenis lipat2,tapi bila bukak semua dan terbalikkan jadi poster |
Antara lagu yang best dalam album ni ialah 'Mimpi', 'Bayang Bayang Ilusi','Snow On The Sahara','Mantra'(versi englishnya 'Saviour' pernah jadi soundtrack untuk filem The Transporter 2 lakonan Jason Statham)'Kembali' (A Rose In The Wind versi english)'Still Reminds Me','Yang'Ku Tunggu' dan 'Deep Blue Sea' (lagu ni di selang selikan dengan lirik dalam bahasa melayu dan inggeris.memang menarik).
Album ni sesuai untuk mereka yang cuba2 nak dengar muzik pop..bukan kpop okehh..muzik progresif yang menarik dari Anggun.memang the best album la.
*10/10 (one direction and justin bertimber/bibir sila berhenti menyanyi)
Tuesday, 10 June 2014
Hati,Qalbu Dan Rasa
Ramai orang menjaga makanan haram agar tidak masuk ke perut tetapi mengabai kebersihan seketul daging bernama HATI.
Dalam perut,hati itu tunjang 'qalbu dan rasa'
Berbahagialah orang yang menjaga makanan haram dari masuk ke perut dan 'menyuci qalbu' dari ujub,riak,hasad,khianat dan segala macam busuk dan buruk
Wallahua'alam.
-Kiai Mustarjo anak Limbong
Sunday, 8 June 2014
Wings - Menakluk Kosmos (2014)
Ok,lepas dengar dalam 2-3 harini,apa yang aku boleh katakan ini antara album Wings yang paling TERBAIK pada era digital ni.selepas 10 tahun tanpa album baru selepas 'Naga Keramat',album ni memang the bestest.lagu2nya mudah di hadam,mungkin durasi setiap lagu tak melebihi 6 minit,membuatkan album ini sangat2 menarik.
Di mulakan dengan track pertama 'Menakluk Kosmos' yang agak heavy dengan 'full force' dari Wings memang agak mengagumkan.seolah2 menunjukkan Wings muncul dengan dengan 'menakluk' kembali peminat muzik rock di Malaysia.
Lain-lain lagu memang tak payah nak cerita lah.siapa yang biasa dengar Wings mesti dah tau dan sinonim dengan stail muzik Wings ni.lagu2 nya ada ciptaan Joe Wings dan Edrie Hashim.kerja gitar Joe dalam album ni menarik,ketukkan drum Black masih lagi power,dan bass dari Eddie pun sedap bunyinya.
Memang semua lagu best,tapi track kegemaran aku yang di ulang dengar ialah 'Bisa Yang Tertunda','Ingatkan Dia','Gurindam Mahsyar','Penanti' dan 'Segitiga Piramida'.
Pada korang yang belum beli lagi album ni,cepat2 beli and dengar..memang Bestest!
10/10 untuk album ini.
Thursday, 5 June 2014
Edge Of Tomorrow,Banjir & Kosmos
Petang semalam,kebetulan habis kerja awal,sempat la jugak tengok wayang..lepas je habis tengok wayang,dapat pulak mesej dari whatsapp member yang beritau beliau sangkut kat MRR2 pasal banjir kilat.dari MRR2 sampai UIA gombak.kesian jugak la kat mereka yang tersangkut masa banjir kilat kat MRR2 tu.paras air naik terlalu cepat, ada separuh dari kereta yang tersangkut tu hampir tenggelam.benda2 macam ni kita tak jangka akan berlaku,cuma lepas ni kalau hujan lebat,berhati2 la bila memandu tu..
Anyway,tadi aku tengok wayang,memandangkan hari ini hari kerja,so pada fikiran aku mesti tak ramai orang.cadangnya nak tengok X-Men,tapi waktu tayangannya lambat,aku dan rakan sekerja mengambil keputusan layan cerita lain..cerita yang di layan adalah filem lakonan pakcik Tom Cruise..
Filem bercorak sci-fi thriller.ok la..boleh tahan,pada mulanya tengok pada trailer filem ni macam boring je.tapi bila dah tengok ok la,selain ada aksi,ia nya juga di selitkan unsur komedi sikit.bukan lah nak review pun,tak mau spoiler..heheh..cuma apa yang aku nak bagitau,movie ni lebih kurang sama macam filem Source Code lakonan Jake Gyllenhaal tu.
Pada sapa2 yang sukakan sci fi movie dan juga pakcik Tom Cruise boleh la layan movie ni.nasib baik la masa layan movie ni tadi aman sentosa je dalam panggung.boleh la nak fokuskan kat movie ni,takda yang main sms,wechat,whatsapp,telefon berbunyi kuat,takda yang nak tendang2 kerusi,goyang2 kaki,beborak waktu movie sedang di tayangkan...bagus lah dah ada kesedaran sivik 5 bintang pada penonton Edge Of Tomorrow tadi..
Lepas habis menonton,aku pun singgah la kedai Speedy.cadangnya memang nak cari cd dan kebetulan dapat juga cd yang aku nak tu..
DemamUltraman Kosmos dah melanda..nak layan dulu lagu puas2.lagu "Bisa yang tertunda" memang asyik sungguh melodi nya.apa pun sesapa yang belum dengar lagi 'Menakluk Kosmos' ni,pegi lah cepat2 beli..heheh..
Untuk review ringkas pasal album ni boleh jenguk kat blog brader Takilala kat sini :
http://kulimat-kulimat.blogspot.com/2014/05/kosmos-kita.html
Anyway,tadi aku tengok wayang,memandangkan hari ini hari kerja,so pada fikiran aku mesti tak ramai orang.cadangnya nak tengok X-Men,tapi waktu tayangannya lambat,aku dan rakan sekerja mengambil keputusan layan cerita lain..cerita yang di layan adalah filem lakonan pakcik Tom Cruise..
Filem bercorak sci-fi thriller.ok la..boleh tahan,pada mulanya tengok pada trailer filem ni macam boring je.tapi bila dah tengok ok la,selain ada aksi,ia nya juga di selitkan unsur komedi sikit.bukan lah nak review pun,tak mau spoiler..heheh..cuma apa yang aku nak bagitau,movie ni lebih kurang sama macam filem Source Code lakonan Jake Gyllenhaal tu.
Pada sapa2 yang sukakan sci fi movie dan juga pakcik Tom Cruise boleh la layan movie ni.nasib baik la masa layan movie ni tadi aman sentosa je dalam panggung.boleh la nak fokuskan kat movie ni,takda yang main sms,wechat,whatsapp,telefon berbunyi kuat,takda yang nak tendang2 kerusi,goyang2 kaki,beborak waktu movie sedang di tayangkan...bagus lah dah ada kesedaran sivik 5 bintang pada penonton Edge Of Tomorrow tadi..
Lepas habis menonton,aku pun singgah la kedai Speedy.cadangnya memang nak cari cd dan kebetulan dapat juga cd yang aku nak tu..
Demam
Untuk review ringkas pasal album ni boleh jenguk kat blog brader Takilala kat sini :
http://kulimat-kulimat.blogspot.com/2014/05/kosmos-kita.html
Wednesday, 4 June 2014
Vince Neil - Exposed (1993)
Lagi cerita pasal glam rock/hair metal dan ada yang kata rock pondan..tak kisah laa..
Album solo pertama dari Vince Neil bekas penyanyi band Motley Crue.cerita pasal Motley Crue boleh jenguk Sini.
Selepas beberapa kontroversi bersama Motley Crue yang menyebabkan beliau di tendang dari band tersebut,Vince akhirnya meriliskan album solo pertama beliau.walaupun album ini di riliskan pada era grunge sedang menguasai dunia muzik (tahun 1993) Vince tetap dengan stail muzik glam rock nya.langsung tak terpengaruh dengan muzik grunge.
Kontroversi juga melanda ketika proses pembikinan album ini.pada mulanya Vince ingin menggunakan khidmat Adrian Vadenburg sebagai pemain gitar,tetapi terpaksa di tukar ketika seisi rakaman hampir berlangsung.album ini projek beliau bersama Phil Soussan (ex bassist Ozzy) yang mana berlaku juga perselisihan faham antara Vince yang menyebabkan Phil meninggalkan Vince ketika rakaman album ini hampir tamat. khidmat Robbie Crane (penah bersama Ratt) di gunakan untuk rakaman album ini dan seterusnya di kreditkan pada album.
Robbie Crane juga telah keluar dari band Vince ni,setelah bergaduh yang menyebabkan luka di kepala Vince.macam2 hal yang berlaku.biasa lah dah namanya pun rockstar kan..kontroversi macam ni dah memang asam garam kehidupan rockstar kat sana..
Lagu2 nya dan stail muzik nya sama seperti Motley Crue,bila dengar track pertama 'Look In Her Eyes' memang jelas pengaruh Motley Crue ada dalam album ini.vokal Vince juga tak berubah,masih mengekalkan stail vokal ketika bersama Motley Crue.
Ini antara gambar2 rockers jambu Vince Neil Band..heheh
Lagu2 dalam album 'Exposed' ni memang ada yang best2.lagu 'Look In Her Eyes' 'Sister Of Pain' 'Can't Have Your Cake','The Edge' 'Set Me Free' (Sweet cover).boleh di katakan semua lagu best lah..sebab semuanya berentak fast/hard rock kecuali lagu 'Forever' yang berentak slow/mid tempo..tapi memang best.
Senang cakap album ni senang di hadam la..lagu2 nya memang ear friendly.yang menarik Vince langsung tak terpengaruh atau memasukkan unsur2 grunge/alternatif dalam album ini.walau hanya berada di no.13 di carta US,pada aku ini antara album glam/hard rock terbaik era 90an walaupun ada sedikit kecewa dengan album Poison Native Tounge...
Best!!

setlist & credit |

Robbie Crane - Bass & Vik Foxx - Drums |
Dave Marshall - Rhythm guitar & Steve Stevens - Guitar |
Lagu2 dalam album 'Exposed' ni memang ada yang best2.lagu 'Look In Her Eyes' 'Sister Of Pain' 'Can't Have Your Cake','The Edge' 'Set Me Free' (Sweet cover).boleh di katakan semua lagu best lah..sebab semuanya berentak fast/hard rock kecuali lagu 'Forever' yang berentak slow/mid tempo..tapi memang best.
Senang cakap album ni senang di hadam la..lagu2 nya memang ear friendly.yang menarik Vince langsung tak terpengaruh atau memasukkan unsur2 grunge/alternatif dalam album ini.walau hanya berada di no.13 di carta US,pada aku ini antara album glam/hard rock terbaik era 90an walaupun ada sedikit kecewa dengan album Poison Native Tounge...
Best!!
Monday, 2 June 2014
Thrashback Monday : Ejen Oren
Masih mencari album ni tapi tak penah ketemu lagi..kalau ada sesapa nak jual album Agent Orange ni sila bagitau.. ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)