Friday 3 May 2013

Woodstock 99 Dvd


Aku rasa ni la dvd yang paling lama dalam simpanan aku.di beli sejak tahun 2000 lagi.Woodstock 99 merupakan festival muzik terbesar dan paling bersejarah dalam industri muzik Amerika.festival yang di mulakan pada tahun 1969 dengan Jimi Hendrix dan Carlos Santana sebagai headline bagi festival ni pada masa tu.sebelum ni aku ada versi VHS tape Woodstock 94 tapi biasalah,kalau dah nama pun VHS tape,memang dah rosak,fungus dan hilang..
Dengan tagline '3 More Days Of Piece And Music',festival Woodstock ni menggabungkan pelbagai genre dalam industri muzik US.dari Pop,R&B,Jazz,World Music sehinggalah ke Heavy Metal.


Selain persembahan artis/band yang best2 dalam dvd ni,Woodstock 99 juga penuh dengan kontroversi,dan dikatakan festival Woodstock yang paling teruk dalam industri muzik Amerika.mana taknya,sepanjang 3 hari festival ni berlangsung,berlakunya keganasan,rogol,dan riot (puncanya di katakan bermula dari Fred Durst biskut limp).antara lain yang kontroversi :
- Masa band Rage Againts The Machine perform lagu 'Killing In The Name' diorang ni siap bakar bendera Amerika,jadi headline kat surat khabar USA Today.
-Limp Bizkit perform lagu 'Break Stuff' lagu yang penuh dengan caci maki yang bermulanya riot sepanjang malam.kejadian rogol beramai2,bergaduh,crowd kena pijak hingga ramai yang cedera.National Orginization Of Women telah melakukan protes di luar pejabat promoter Woodstock dan pertubuhan ni telah memfailkan saman terhadap promoter Woodstock 99 ni.
-Yang paling gila/kontroversi bila Red Hot Chili Peppers perform,Flea (bassist) hanya bertelanjang bulat je masa perform tu..heheh..masa konsert RHCP ni jugak la crowd menyalakan api besar hinggakan menara komunikasi MTV untuk pay per view Woodstock pun kena bakar sekali.

setlist lagu band/artis dalam dvd ni.

Ok,yang dalam dvd ni antara artis/band yang terlibat yang menjadi fav.aku dalam dvd ni :
- Live - I Alone.
Lagu ni lagu lama dari album pertama band ni kalau tak silap aku.band live ni jugak antara band yang paling tinggi jualan album pertamanya dengan lagu hit 'Selling The Drama' sekitar tahun 1994 dulu.
-Creed feat.Robby Krieger Of The Doors - Roadhouse Blues
Lagu cover dari band lagenda The Doors ni di bawakan secara live oleh Creed memang terbaik.
-Bush - Everything Zen
Band alternative dari UK ni pun boleh tahan la.dapat sambutan hangat kat US.mungkin pasal kehenseman Gavin Rossdale (penyanyi/gitar) tu kot.tapi Gwen Stefani (No Doubt) dah kawin ngan dia pun.
-Korn - Blind
Persembahan paling bertenaga,paling heavy walau aku memang tak minat Korn
-Metallica - Creeping Death
Metallica zaman Load/Reload. takda apa yang menarik,hanya fesyen rambut Hetfield yang kembali panjang tapi hampeh!
-Megadeth - The Secret Place
Masa ni Marty Friedman dah takda,di gantikan dengan Jimmy Digraso.masa nak main lagu ni abg Mus komplen dari dressing room diorang nak ke tapak konsert tu kena drive sendiri pasal kawasan Woodstock ni luas.abg Mus cakap kat dressing room diorang Booringgggg...
The Offspring - The Kids Aren't Allright
Siapa yang suka Offspring ni mesti suka la kat lagu ni,diorang perform pun ada unsur2 lawak jenaka sikit.
-Red Hot Chili Peppers - Fire
Lagu cover dari Jimi Hendrix,diorang ni memang energetik la.terutama Flea yang melompat ke sana ke mari dengan bertelanjang bogel je..heheh
-Dave Matthews Band - Tripping Billies
Band yang berkonsepkan jazz + fusion + rock.istimewanya band ni,di anggotai 2 mat saleh dan 2 negro,tapi diorang perform memang terbaik lah..muzik rancak dengan saxophone,trumpet,violin pun boleh jadi huru hara kat pentas.

Overall,pilihan artis/band dalam dvd ni kesemua lagu2nya memang best2 jugak la.so pada peminat muzik yang suka pelbagai genre muzik,boleh layan dvd Woodstock 99 ni.


4 comments:

  1. Metallica, haha. Rambut Hetfield panjang suam-suam kuku...masuk tahun 2000 dia potong ikut style Ricky Martin.Apekehell !!

    ReplyDelete
  2. aku ketinggalan keratapi....tak pernah tengok pun ni...heheh...

    ReplyDelete
  3. Aku ada vcd ni dulu, seriously cakap selepas woodstock 99 ni, festival sebegini x harus dibuat lagi, memang jahiliyah giler masa tu...RHCP bawak lagu Fire (Jimi Hendrix cover) tu yg paling havoc dan rusuhan paling giler! Tapi apa2pun masa Korn bawak lagu Blind, itulah show yg paling nostalgic dan terbaik rasanya, crowd melompat2 buat wave yg memang dahsyat! Btw, woodstock is a one-off show...x perlu diulang kembali...

    ReplyDelete
  4. aku suka Megadeth zaman Cryptic ni...sedap secret place.

    ReplyDelete