Semua tau apa guna nya mende alah ni kan?biasanya plastik ni di gunakan untuk balut buah2an atau pun kuih muih supaya tanak bagi makanan tu rosak atau di hinggapi lalat.tapi yang sebenarnya plastik pembalut ni banyak yang boleh di guna.aku guna plastik ni untuk balut buku2/majalah ngan komik2 aku bila dah abis baca..
antara buku2 yang dah siap di sealed
Untuk mengelakkan dari buku ni rosak atau berhabuk,aku gunakan plastik ni untuk balut buku2 aku yang dah abis baca.so pada ulat2 buku kat luar sana,kalau tanak buku korang rosak kalau lama simpan,boleh cuba kaedah ni..heheh..
Selain dari tu,plastik ni jugak aku gunakan untuk balut ni haa..
Semua koleksi piring hitam aku memang berbalut guna plastik ni.untuk mengelakkan dari rosak atau berhabuk.lagi pun plastik ni murah je.boleh balut banyak buku atau lp yang ada.boleh juga kalau nak sealed cd yang versi digipak tu,kalau tanak cover cd tu rosak.kedai runcit,pasaraya memang ada jual plastik ni.
cuba lah.. :)
Hujan lebat seperti darah ini pernah berlaku di India pada Ogos 2010. Lebih 500,000 meter padu air hujan turun seperti darah. Pada mulanya saintis menyangka ia disebabkan oleh pasir gurun. Setelah kajian lanjut didapati terdapat elemen merah iaitu sel hidup dalam sampel air. Ia bukan berasal dari bumi. Hujan pertama turun di Kottayam dan Idukki yang terletak di kawasan selatan India.
Bukan sahaja hujan merah yang turun. Pada 10 hari pertama musim hujan, hujan dikatakan berwarna kuning, hijau dan hitam. Penduduk tempatan mendapati pakaian-pakaian yang dijemur telah kering tetapi berwarna merah seperti darah. Penduduk tempatan juga mengatakan terdapat bunyi letupan dan hujan renyai selepas satu letupan yang dipercayai dari meteor.
Sampel air hujan telah dianalisa oleh kerajaan India dan para saintis. Pada Julai 1968, pasir dari gurun Sahara telah diangkut angin dan menyebabkan air hujan berwarna merah di England. Komposisi sel-sel ini terdiri daripada 50% Karbon, 45% oksigen dan 5% elemen lain seperti besi dan sodium. Ia konsisten dengan sel-sel biologikal yang lain dan sel ini juga membahagi.
Setiap satu meter padu air sampel yang diambil, terdapat 100 gram elemen-elemen merah. Bia dicampurkan kesemuanya (Julai hingga September) maka terdapat 50 tan partikel berwarna merah telah jatuh ke buni. Di University of Sheffield, UK, seorang pakar bernama Milton Wainwright secara microbiologikal memutuskan bahawa elemen-elemen merah tersebut adalah sel kehidupan. Oleh kerana partikel merah ini adalah sel hidup, para saintis meletakkan teori bahawa partikel ini sebagai darah merah. Menurut mereka kemungkinan letupan meteor di udara telah membunuh sekumpulan kelawar. Teori ini ditolak kerana kekurangan bukti sokongan seperti sayap kelawar yang jatuh ke bumi.
Dengan mengaitkan bunyi letupan dan hujan selepas itu, Louis meletakkan teori bahawa sel-sel merah itu adalah hidupan mahkluk asing. Louis menyimpulkan bahawa bahan merah itu berasal dari komet yang memasuki ruang atmosfera bumi dan meletup di ruang udara India. Kajian yang dilakukan oleh Patrick McCafferty dari Queen's University, Ireland telah menjumpai rekod sejarah yang mengaitkan hujan berwarna dengan letupan meteor. McCafferty telah menganalisa 80 laporan hujan berwarna, 20 laporan air bertukar menjadi darah, dan 68 contoh fenomena yang sama seperti hujan berwarna hitam, susu atau madu yang jatuh dari langit.
36 peratus dari sampel berkenaan mempunyai kaitan dengan aktiviti meteor atau komet.
Kejadian-kejadian seperti ini pernah berlaku semasa zaman Rome, medieval Ireland dan England dan California pada kurun ke 19.
McCafferty berkata, "nampaknya terdapat perkaitan yang kuat antara laporan hujan berwarna dengan aktiviti meteor, hujan merah di Kerala mempunyai ciri-ciri ini dan ia tidak harus dibiarkan."
Menurut dua orang saintis lain pada permulaannya terdapat awan-awan gas di angkasa (cloud of interstellar gas) yang mengandungi bakteria. Semasa pengecutan awan-awan ini oleh daya graviti, bakteria yang terkandung di dalamnya tidak mati.
"Metallica Through The Never" is a 3D feature film starring members of the iconic rock band and Dane DeHaan ("Chronicle", "The Amazing Spider-Man 2"). DeHaan plays a young band crew member who is sent out on an urgent mission while the band is playing a rousing live set in front of a sold-out crowd and unexpectedly finds his world turned completely upside down. The film, written and directed by Nimród Antal ("Kontroll", "Predators"), will be released in North America exclusively into IMAX® theatres for a one-week engagement starting Friday, Sept. 27. The film will expand into additional theatres on Oct. 4.
Ni la movie yang Metallica dok canangkan sejak dari tahun lepas lagi.trailer filem ni pun dah ada kat youtube.hinggakan pakcik Ulrich siap pegi Cannes promote movie ni lagi.taktau la best ke tak movie ni nanti..adakah ia nya dapat menandingi 'Flight 666?' atau 'Super Collider?'wait n see je la eh,tu pun kalau ada main kat sini.kalau takda tunggu dvd je lah..
Sekadar renungan dan peringatan untuk diri aku sendiri.sempena jumaat yang mulia ni..
Pergertian Riak :
Riak itu adalah melakukan kebaikan dan amal ibadat semata-mata untuk mencari tempat di dalam hati manusia/
Riak ni sebenarnya banyak cabang,antaranya :
Riak dari segi badan
Riak jenis ini menunjukkan seseorang itu menampakkan keletihannya kerana berpuasa dan banyak berjaga malam untuk beribadat.
Riak pada pakaian
Seseorang itu memakai pakaian yang menunjukkan kewarakan dirinya sedangkan hakikatnya tidak. Memakai pakaian sebegini di hadapan golongan tertentu kerana kepentingan diri sedangkan di waktu lain dia bukanlah sebegitu malah hatinya juga bukanlah berniat untuk mendapat keredhaan Allah tetapi mengharap penghormatan daripada orang lain.
Riak dengan perkataan.
Riak ini adalah seseorang itu menunjukkan dirinya seorang yang benar dan ikhlas melalui perkataan yang keluar dari bibirnya. Tuturnya seperti seorang penasihat dan pensyarah. Dia memilih lafaz-lafaz yang halus dan dalam maknanya juga kata- kata hikmat beserta hadith. Dia juga berkata seperti kata para Nabi dan aulia sedangkan pada hakikatnya dia sebenarnya sunyi dan kosong.
Riak pada amalan
Orang sebegini adalah sering menzahirkan khusyuk dalam solat dan sengaja memanjang-manjangkan rukuk dan sujud apabila ada orang melihatnya. Orang seperti ini sering bersedekah secara terang-terangan, pergi menunaikan fardhu haji, berjalan menundukkan kepala dan kurang berpaling ke kanan dan ke kiri padahal Allah mengetahui batinnya. Sedangkan jika dia bersendirian amalannya bukan sempurna sebegitu, seperti solat dengan cepat, berjalan laju dengan matanya sering meliar ke sana ke mari dan sebagainya.
Riak dengan ramainya murid dan pengikut.
Seseorang itu berasa bangga dengan murid dan pengikut yang ramai. Demikian juga seperti seseorang yang sering menyebut nama ulama’ itu dan ulama’ ini bagi menunjukkan dirinya seorang yang banyak bertemu dengan syeikh dan ulama.
Peringkat Riak
1- Riak Akbar
Riak akbar ialah seseorang itu taat melakukan ibadat tetapi untuk mendapatkan sesuatu daripada manusia dan bukanlah untuk beroleh keredhaan Allah SWT. Riak ini adalah berpaling terus daripada Allah pada keseluruhannya kerana hanya berkiblatkan manusia.
2- Riak Asghar
Riak asghar ini pula ialah melakukan sesuatu untuk mendapatkan apa yang ada pada manusia dan apa yang pada Tuhan iaitu melakukan amal kerana Allah dan kerana yang lain daripada-Nya. Riak ini adalah lebih ringan daripada riak akbar kerana orang itu menghadap Allah pada satu segi dan kepada manusia pada satu segi yang lain.
3- Riak Jali ( yang terang )
Riak ini ialah mendorong seseorang itu untuk melakukan amal ibadat. Sehinggakan jika tanpa riak ini dia tidak berminat untuk melakukan amal.
4- Riak Khafi ( yang tersembunyi )
Riak ini pula ialah riak yang tesembunyi dan ianya tersembunyi dalam hati di mana ianya mendorong seseorang itu untuk lebih rajin beribadat.
Bagaimana mengelakkan sifat riak?
Rawatan terbaik bagi segala penyakit di muka bumi ini adalah menghindari dengan menjauhi sebab-sebab dan punca terjadinya penyakit. Begitu jugalah kepada penyakit riak ini, iaitu menjauhi sebab-sebab yang boleh membawa kepada perasaan itu, antaranya ialah :
1- Sifat suka dipuji oleh orang lain. Sifat ini akan membawa kepada bangga diri dan suka menunjuk-nunjuk kelebihan kepada orang lain.
2- Takut dikritik atau dicerca oleh orang lain. Ketakutan ini boleh membawa kepada penampilan yang kurang jujur dan suka berpura-pura.
3- Cintakan kehidupan dan kemewahan dunia dan lupa pada kematian. Seseorang itu melakukan segala pekerjaan adalah semata-mata kerana untuk menarik perhatian orang lain, dan menganggap dirinya hebat. Manusia sebegini mengharapkan ganjaran atas segala pekerjaan yang dilakukan.
Setelah mengetahui sebab-sebab yang menjadi punca riak, mari kita lihat bagaimanakah cara untuk menghindarinya. Terdapat beberapa cara untuk menghindari sifat riak daripada menguasai hati;
1- Sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang perkara yang diperintahkan Allah dan juga sering menyucikan hati dengan melakukan ibadat-ibadat khusus seperti zikir dan membesarkan kekuasaan Allah.
2- Mengawasi diri agar sentiasa takut akan kemurkaan Allah. Dengan tabiat ini akan membawa diri agar sentiasa berwaspada dalam melakukan perkara yang boleh mengheret kepada dosa dan seksaan Allah pada hari akhirat kelak.
3- Berwaspada terhadap perkara-perkara yang boleh menghapuskan pahala amalan yang dilakukan akibat riak.
4- Menanamkan dalam diri perasaan bahawa melakukan sesuatu itu kerana manusia sehingga membawa kemurkaan Allah itu adalah suatu perkara yang buruk dan patut dijauhkan.
5- Sentiasa mengawasi diri daripada lalai terhadap ujian dan nikmat yang dikurniakan Allah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
6- Ikhlaskan diri dalam setiap amalan yang dilakukan.
Apabila berasa suka dipuji dan diberi penghargaan setiap kali membuat sesuatu perkara yang baik dan berasa terhina apabila ditegur, maka inilah tanda wujudnya sifat riak. Adakalanya terdapat juga orang yang melakukan amal kebajikan dengan niat ikhlas kerana Allah, namun dia mendapat mendapat perhatian daripada orang lain atas amalannya. Keadaan ini tidak diambil kira sebagai riak kerana dia sememangnya niat dengan ikhlas pada awalnya. Namun untuk melakukan satu-satu ibadat pada permulaannya memang akan timbul perasaan riak dan rasa bangga diri, namun apabila amal itu sering dilakukan dan berterusan dengan niat ikhlas pastinya perasaan riak itu akan terhapus sedikit demi sedikit. Janganlah takut untuk pergi ke masjid, mendengar tazkirah, menunaikan solat jemaah dan sebagainya kerana takut akan dikatakan riak sedangkan dengan riak itulah akan mendorong dan menggalakkan kita untuk beramal dan meningkatkan ibadat. Tetapi jangan biarkan perasaan riak itu terus menerus menguasai diri kerana apabila ada riak dalam setiap amalan maka amalan yang dilakukan adalah sia-sia belaka.
*Sebagai manusia biasa,kita juga kadangkala tanpa sedar telah melakukan perkara 'riak' ni.macam aku cakap tadi,ni peringatan untuk diri aku sendiri dan juga untuk geng2 semua.
“Maksud Hadis Nabi SAW: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat: Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, iaitu riak.” (HR Ahmad dan Baihaqi)
Aku mula kehilangan kasih sayang seorang ayah sejak aku berumur 10 tahun lagi.arwah ayah meninggalkan kami adik beradik yang seramai 8 orang ni (kalau nak ikutkan 9 kesemuanya,aku anak kembar,abang kembar aku dah meninggal dulu masa kecik lagi) ketika masih belum mengenal erti kehidupan.abang2 dan kakak aku semuanya masih bersekolah lagi.betapa tabah nya mak aku pada ketika tu mendidik,dan membesarkan kami semua.dengan hanya berbekalkan wang saraan pencen arwah ayah aku,dan juga melakukan kerja2 kampung,sekali pun aku tak pernah dengar mak aku ni merungut dan mengeluh tentang kehidupan.memang ramai yang cuba merisik mak aku dulu (pada ketika arwah ayah aku meninggal,umur mak aku sekitar pertengahan 30an)tapi mak aku menolak dengan cara yang baik.
Ketabahan beliau,adalah sumber inspirasi aku pada hari ni.segala keperitan,kepayahan beliau ketika membesarkan kami sekeluarga amat aku hargai,sehinggalah mak aku menghembuskan nafas terakhirnya pada 19 november 1999 ketika koma akibat penyakit darah tinggi yang beliau rahsiakan dari kami adik beradik semua.
Pesanan beliau yang boleh di katakan setiap hari ketika hayatnya ialah,jangan tinggal solat,dan bersyukur dengan apa yang ada.
Bonda, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan kami sekeluarga.moga roh mu tenang dan di cucuri RahmatNya di sana..Al Fatihah.
*Ingati lah ibu kita setiap hari,bukan setahun sekali.dan yang paling penting,jangan derhaka dengan kedua ibu bapa kita.
Bonda,
Restumu kan ku jadikan selendang
Doamu kan ku jadikan pedang
Bekalku ke medan juang
Agar agamamu dan agamaku
Tinggi menjulang
Album solo ke 4 dari bekas vokalist Helloween ni yang telah di riliskan pada 9 mac 2008 telah memeranjatkan komuniti heavy metal.sebab sebelum ni Kiske ni penah cakap macam2 pasal muzik heavy metal,yang buat peminat beliau dan Helloween terkejut.
Jelas beliau untuk album ni : "on one hand shows that I don't reject my past just because I'm a different person today, and on the other hand it can maybe give people who were part of that past a different view at those songs. It's my music, I can still identify myself with its spirit...I generally brought each song down to its basics, threw out useless weight and sometimes changed the key to make them sound better as acoustics, and I was surprised how well they worked like that"
Untuk album ni yang berkonsepkan acoustic rock,Michael Kiske akhirnya menyanyikan kembali lagu2 ciptaan beliau ketika bersama Helloween dulu,yang di olah kembali stail muziknya kepada akustik dengan tempo yang perlahan.antara lagu yang ada dalam album ni :
1.You Always Walk Alone
2.We Got the Right
3.I Believe
4.Longing
5.Your Turn
6.Kids of the Century
7.In the Night
8.Going Home
9.A Little Time
10.When the Sinner
11.Different Ways (new track)
Lagu yang boleh masyuk kat telinga aku untuk versi baru ni hanya 'We Got The Right','In The Night' dan 'When The Sinner' je.tapi versi lama jugak yang best.lagu yang lain2 pun lagi sedap dengar yang versi lama..
Album ni kira ok2 je lah pada aku,mungkin juga album ni di riliskan untuk menyatakan 'permohonan maaf' beliau kepada peminat2 heavy metal agaknya..heheh
So,kalau rasa nak layan 'power metal' Kiske versi akustik,atau pada geng2 metal yang tak penah dengar album ni,boleh la cuba2 layan..
Asalnya di adaptasikan dari novel hasil tulisan Dalton Trumbo merupakan novel anti perang yang di terbitkan pada tahun 1939 dan seterusnya di jadikan filem pada tahun 1971.
Metalhead kat luar sana mesti ingat video klip Metallica yang berjudul 'One' tu kan?babak2 dalam video tu la sebenarnya dari filem 'Johnny Got His Gun' ni.yang mengisahkan askar yang kudung kedua tangan dan kakinya,siap bagi morse code supaya bunuh dia je terus dia tak sanggup nak hidup lagi.
untuk versi Blu Ray filem ni,ada di muatkan video 'One' Metallica tu jugak.
Antara dialog yang femes dalam filem ni :
Johnny at age 10:'what is democracy?' Father :'well,its never bright clear on myself.like any other kind goverment its got something to do with young men killing each other i believe'. Johnny :'when it comes my turn,will you want me to go?' Father :'for democracy,any man would give his only begotten son'.
Err..takda kena mengena dengan PRU 13 yang dah lepas tu eh atau demokrasi kat sini..heheh..tapi kalau nak tau 70's punya movie perang macam mana,yang belum ada teknik CGI bagai tu,boleh la layan movie ni..terutama pada peminat filem perang lama2..
Selain Allahyarham Loloq yang terkenal dengan lirik2 puitis yang ada unsur sindiran kepada masyrakat sekeliling kita sebelum ni,S.Amin Shahab juga antara penulis lirik lagu2 yang berunsur ketuhanan yang aku suka.banyak band2 rock yang menggunakan khidmat beliau untuk menghasilkan lirik yang berunsurkan ketuhanan dalam lagu mereka.ni yang aku baca kat blog lirik lagu muzika . thanks for sharing.
Lirik nukilan S. Amin Shahab bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.
Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.
"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.
"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.
"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.
Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.
S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.
"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.
"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.
Selain menghasilkan lirik bertemakan ketuhanan, bapa kepada Sharifah Nur Aisyah, 19, Sharifah Nur Atiqah, 17, dan Sharifah Nur Anisah, 15, ini juga tidak melupakan isu-isu sosial dalam masyarakat.
Beliau contohnya, banyak mengungkap isu-isu sosial dalam lirik tulisannya yang penuh dengan sindiran seperti Kupu-Kupu Malam, Sindrom Kotaraya, Satu Catitan dan Suasana Di Tasik Perdana.
Bukan setakat menyerapkan elemen-elemen tasauf menerusi lirik lagu, tetapi Amin juga menggunakan medium lukisan sebagai satu lagi wadah bagi mengetengahkan mesej-mesej murni tersebut.
Suami kepada Junaidah Johari, 48, yang juga bekas anggota kumpulan trio Ideal Sisters yang popular pada tahun-tahun 1980-an ini memaparkan banyak elemen ketuhanan di sebalik lukisan-lukisannya.
"Lukisan terbaru saya berjudul Hukum Kasih yang memaparkan potret dua orang tokoh agama yang juga dikatakan wali Allah iaitu Tok Kenali dan Tok Lombok telah pun saya siapkan pada tahun lalu.
"Di setiap lukisan saya, akan sertakan diskripsi supaya ia boleh dikaitkan dengan apa yang dipaparkan di sebalik gambar tersebut. Ia sesuatu yang abstrak dan mengikut pemahaman sendiri," jelasnya.
Pada sisi lukisan itu, Amin menulis ayat, 'Kepada-Mu Kekasih adalah tariqat. Hukum kasih adalah hakikat. Tok Kenali, Tok Lombok ku kenal dalam mimpi. Ilmu tuk, tuk sorok, ku jumpa dalam hati.'
Pada masa sama, dia kini sedang menyudahkan potret sembilan wali Allah yang terkenal di Indonesia yang dikenali sebagai Wali Songo di mana empat daripadanya sudahpun disiapkannya.
"Saya telahpun melukis empat daripada sembilan wali itu iaitu Sunan Ampel, Sunan Giri, Sunan Bonong dan Sunan Kudus. Semuanya akan siap pada tahun depan. Satu pameran khas akan diadakan," katanya.
Penulis lirik terbaik menerusi lagu Suci Dalam Debu pada Anugerah Juara Lagu 1990 ini berkata, dia juga kini sedang menyiapkan lukisan terpanjangnya iaitu sepanjang satu kilometer yang menjadi impiannya.
Amin yang mula melukis 1,001 wajah di seluruh dunia sejak 2004 itu akan menyudahkan baki sekitar 200 meter lukisan itu dalam waktu terdekat ini.
"Sepanjang menyiapkan lukisan itu, saya telah menggembara ke banyak negara seluruh dunia antaranya ke China, Mexico, Sri Lanka, Kemboja, Mesir, Greece, Turki, India dan United Kingdom.
"Sewaktu berada di London pada 2008 saya telah menyiapkan 20 meter lukisan itu yang memaparkan Sungai Thames. Sayangnya buat masa ini, projek itu seakan-akan terbengkalai.
"Setakat ini, tiada maklum balas daripada pihak Balai Seni Lukis Negara bagi membantu saya menyiapkan lukisan itu. Rasa kecewa juga. Saya terpaksa mencari dana sendiri untuk menyiapkannya kelak," harapnya.
Jika berjaya disiapkan, lukisannya itu akan dimasukkan ke dalam buku Malaysia Book of Records sebagai lukisan terpanjang di Malaysia yang memaparkan tempat-tempat menarik di dunia.
Ada satu lagu yang liriknya di tulis oleh S.Amin Shahab dan lagu tersebut pun best.lagu yang aku maksudkan dari Wings lagu yang bertajuk Pengabdian ku Kekasih.yang berunsurkan ketuhanan..
Wings - Pengabdian Ku Kekasih
mentari mula terbenam
langkahku bermula ke ufuk jingga
berjalan di tengah malam
mencari cahaya entah di mana
haruskah aku tunggu halilintar datang menyambar
ataupun ku teruskan mencari sinarnya rembulan
dengan keyakinan penuh didada
aku redah belukar, lurah dan rimba
akhirnya bertemu laluan...Kekasih
kekasihku kian lama tak berjumpa
hanya pada nama
kusandarkan Cinta
kekasihku terjalin cinta dan kalimah
segala isi bumi restui pengabdian ku kekasih
biarkan ku terlena di dalam dakapan rembulan
dengan satu ribu satu impian
aku redah belukar lurah dan rimba
akhirnya bertemu laluan
bertapak lah rindu ku satu jalan
kekasihku kian lama tak berjumpa
hanya pada nama ku sandarkan cinta
kekasihku jalin cinta dan kalimah
Sekali dengar orang ingat ni lagu kisah cinta biasa,tapi sebenarnya tak,kerana lirik S.Amin Shahab ni sangat puitis,sekali dengar mungkin lagu ni untuk mat2/minah cintan yang dengar.apa pun,lirik S.Amin Shahab memang terbaik..
"Slayer is devastated to inform that their bandmate and brother, Jeff Hanneman, passed away at about 11AM this morning near his Southern California home. Hanneman was in an area hospital when he suffered liver failure. He is survived by his wife Kathy, his sister Kathy and his brothers Michael and Larry, and will be sorely missed"
Our Brother Jeff Hanneman, May He Rest In Peace (1964 - 2013)
*Slayer FB page
So playlist aku untuk harini,layan album Slayer live Decade Of Aggression.kehilangan Jeff bermakna takda lagi lagu2 thrash/heavy Slayer yang klasik dan best.berbanding Kerry King,aku lagi suka Jeff ni,Kerry King pada aku hanya dengan solo2 beliau dalam lagu Slayer je.tapi dari segi penciptaan lagu?tarak..lagu2 Slayer yang klasik semua di hasilkan oleh Jeff ni.lagu2 yang jadi pilihan utama mat2 metal jamming lagu Slayer semuannya hasil dari beliau.'South Of Heaven'Raining Blood''Mandatory Suicide' 'War Ensemble' 'Season In The Abyss' dan 'Angel Of Death'.semua lagu2 ni memang playlist wajib korang semua kalau dengar Slayer kan?heheh..
Apa pun,lagu2 beliau tetap akan menjadi 'malar segar' dalam genre thrash/heavy metal sampai bila2..
*Thanks for the riff and shred Jeff..RIP
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok,cerita pasal besok pulak..
Sejak kebelakangan ni,aku jemu,bosan,letih,menyampah pun ada,rasa nak sakit jiwa pun ada tengok telatah perangai rakyat Malaysia ni.kata politik sihat,cuba lah gunakan cara nak berkempen tu dengan cara yang sihat,bukan untuk memburuk2kan sesuatu parti atau individu terbabit.terutama mereka yang kata beragama islam.ada ke islam ajar macam tu?menabur fitnah,membuat itu dan ini,mencaci maki sana sini.apa salahnya kalau nak berkempen tu buat secara baik.takda fitnah,takda caci maki,takda nak memburuk2kan lawan.tolong lah! korang suma bukan budak2 la..dah cukup umur pun untuk membuang undi kan?ada otak tu fikir la sendiri,takkan nak kena ajar kot?
-So,pada calon2 dan bakal2 pemimpin negara ni yang akan bertanding esok,tak usah la berjanji macam2 hanya semata2 nak menang.bak kata pepatah 'lembu di pegang pada tali,manusia di pegang pada janji' so kalau dah berjanji tu,tunaikan lah.jangan jadi lembu okeh?sejak semalam pun berpuluh sms aku dapat suruh aku balik kampung mengundi (tempat mengundi aku di Segamat Johor) ada yang lebih kurang macam ni "kau jangan tak balik mengundi,aku dah sediakan duit sikit untuk claim perjalanan kau lebih kurang dalam rm sekian2,janji kau balik kau pangkah parti (tut) ni." yang lagi sorang ni pulak sms " beb,balik tau mengundi,jangan rosakkan satu undi pun,tu tanggungjawab kita pada negara,hak kita sebagai rakyat"..aku terus jawab : "ooo..tanggungjawab pada negara eh?pagi tadi subuh dengan sekarang dah masuk waktu zohor ni kau dah tunaikan tanggungjawab kau ke belum?kalau kata hak rakyat,aku pilih hak aku tanak balik mengundi,amacam,boleh?" terus member tu tak reply dah sms aku..heheh.
-Pada penyokong,fanatik pro berhaluan kanan dan kiri ni,cukup lah,cukup2 la MENYALAK dalam facebook,dalam fanpage,dalam blog,dalam web2 yang bersepah dalam internet ni..aku bosan la korang ni tak abes2 nak fitnah,nak buruk2kan manusia lain.cermin diri kita dulu sebelum kita nak memburukkan orang lain.Islam tak ajar semua tu beb.fikir sendiri lah.esok pun dah bermula pilihanraya umum,kau pangkah la ikut suka hati kau nak pangkah apa.lepas tu tunggu keputusan siapa yang bakal memerintah Malaysia ni nanti..
And finally kepada rakyat Malaysia,Selamat mengundi.undi anda adalah RAHSIA.
Aku rasa ni la dvd yang paling lama dalam simpanan aku.di beli sejak tahun 2000 lagi.Woodstock 99 merupakan festival muzik terbesar dan paling bersejarah dalam industri muzik Amerika.festival yang di mulakan pada tahun 1969 dengan Jimi Hendrix dan Carlos Santana sebagai headline bagi festival ni pada masa tu.sebelum ni aku ada versi VHS tape Woodstock 94 tapi biasalah,kalau dah nama pun VHS tape,memang dah rosak,fungus dan hilang..
Dengan tagline '3 More Days Of Piece And Music',festival Woodstock ni menggabungkan pelbagai genre dalam industri muzik US.dari Pop,R&B,Jazz,World Music sehinggalah ke Heavy Metal.
Selain persembahan artis/band yang best2 dalam dvd ni,Woodstock 99 juga penuh dengan kontroversi,dan dikatakan festival Woodstock yang paling teruk dalam industri muzik Amerika.mana taknya,sepanjang 3 hari festival ni berlangsung,berlakunya keganasan,rogol,dan riot (puncanya di katakan bermula dari Fred Durst biskut limp).antara lain yang kontroversi :
- Masa band Rage Againts The Machine perform lagu 'Killing In The Name' diorang ni siap bakar bendera Amerika,jadi headline kat surat khabar USA Today.
-Limp Bizkit perform lagu 'Break Stuff' lagu yang penuh dengan caci maki yang bermulanya riot sepanjang malam.kejadian rogol beramai2,bergaduh,crowd kena pijak hingga ramai yang cedera.National Orginization Of Women telah melakukan protes di luar pejabat promoter Woodstock dan pertubuhan ni telah memfailkan saman terhadap promoter Woodstock 99 ni.
-Yang paling gila/kontroversi bila Red Hot Chili Peppers perform,Flea (bassist) hanya bertelanjang bulat je masa perform tu..heheh..masa konsert RHCP ni jugak la crowd menyalakan api besar hinggakan menara komunikasi MTV untuk pay per view Woodstock pun kena bakar sekali.
setlist lagu band/artis dalam dvd ni.
Ok,yang dalam dvd ni antara artis/band yang terlibat yang menjadi fav.aku dalam dvd ni :
- Live - I Alone.
Lagu ni lagu lama dari album pertama band ni kalau tak silap aku.band live ni jugak antara band yang paling tinggi jualan album pertamanya dengan lagu hit 'Selling The Drama' sekitar tahun 1994 dulu.
-Creed feat.Robby Krieger Of The Doors - Roadhouse Blues
Lagu cover dari band lagenda The Doors ni di bawakan secara live oleh Creed memang terbaik.
-Bush - Everything Zen
Band alternative dari UK ni pun boleh tahan la.dapat sambutan hangat kat US.mungkin pasal kehenseman Gavin Rossdale (penyanyi/gitar) tu kot.tapi Gwen Stefani (No Doubt) dah kawin ngan dia pun.
-Korn - Blind
Persembahan paling bertenaga,paling heavy walau aku memang tak minat Korn
-Metallica - Creeping Death
Metallica zaman Load/Reload. takda apa yang menarik,hanya fesyen rambut Hetfield yang kembali panjang tapi hampeh!
-Megadeth - The Secret Place
Masa ni Marty Friedman dah takda,di gantikan dengan Jimmy Digraso.masa nak main lagu ni abg Mus komplen dari dressing room diorang nak ke tapak konsert tu kena drive sendiri pasal kawasan Woodstock ni luas.abg Mus cakap kat dressing room diorang Booringgggg...
The Offspring - The Kids Aren't Allright
Siapa yang suka Offspring ni mesti suka la kat lagu ni,diorang perform pun ada unsur2 lawak jenaka sikit.
-Red Hot Chili Peppers - Fire
Lagu cover dari Jimi Hendrix,diorang ni memang energetik la.terutama Flea yang melompat ke sana ke mari dengan bertelanjang bogel je..heheh
-Dave Matthews Band - Tripping Billies
Band yang berkonsepkan jazz + fusion + rock.istimewanya band ni,di anggotai 2 mat saleh dan 2 negro,tapi diorang perform memang terbaik lah..muzik rancak dengan saxophone,trumpet,violin pun boleh jadi huru hara kat pentas.
Overall,pilihan artis/band dalam dvd ni kesemua lagu2nya memang best2 jugak la.so pada peminat muzik yang suka pelbagai genre muzik,boleh layan dvd Woodstock 99 ni.