Sunday 16 September 2018

Metallica - Garage Days Re-Revisited 1987 (Reissue 2018)

Dah lama tak update.maklum la sibuk je memanjang (alasan biasa..heheh)







Ok EP ni sebenarnya pernah diterbitkan pada tahun 1987 bermakna dah 31 tahun usia EP ni.juga merupakan album yang memperkenalkan Jason Newsted kepada peminat-peminat Metallica.sekitar tahun 1995 dulu aku pernah beli kaset album ni.tapi macam biasa dah hilang.pada bulan april lalu Metallica telah mengumumkan tentang album ini dengan rilisan yang pelbagai.ada dalam bentuk kotak panjang,vinyl berwarna oren dan cd digipack biasa seperti replika vinyl yang agak menarik dan akhirnya ada di tangan aku.heheh..









Nak cerita panjang pun aku rasa ramai yang dah tahu sejarah tentang EP 'Garage Days' ni.tapi rilisan yang terbaru ini telah di remastered.yang membuatkan bunyinya lagi bertambah sedap dari yang sebelum ni.walaupun hanya lagu-lagu cover yang di mainkan oleh Metallica,tetapi susunan muzik dengan tempo heavy metalnya memang best.banyak jugak band-band lama British yang aku tau sebenarnya melalui album ini.seperti band post punk Killing Joke,Diamond Head,Budgie,Misfits dan Holocaust.kesemua band ini menjadi sumber inspirasi Metallica dalam penulisan lagu mereka.

Oklah takda apa nak cerita lagi.tapi EP ini wajib di milik kepada mereka yang tak pernah dapat nak beli sebelum ni sebab ramai penjual yang menjual album ni dulu dengan harga yahudi.heheh..

8 comments:

  1. sama tak macam dalam CD2 album garage inc?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama tracklist dia. cuma kalo yg ni nak kumpul buat koleksi ok je. tak beli pun takpa

      Delete
  2. Aku baru beli versi cd biasa...ok la untuk koleksi..

    ReplyDelete
  3. aku pun baru start nak collect cd reissue metallica bermula dr album kill..

    ReplyDelete
  4. album ni depa start pakai pikap EMG. aku suka sound album ni walaopun agak raw. KAt mana beli ni, bro? heheh

    ReplyDelete
  5. teringin aku nak memiliki satu hari nanti. tapi garage inc dah cover semua dah dalam ni kan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete