Wednesday, 15 November 2017

Metallica - Reload LP (1997)

Yang bakal menyambut ulang tahun ke 20 pada 18 november ini..


Selepas album "Load",Metallica terus menampilkan imej macho mereka dalam album "Reload" pula.sebenarnya lagu-lagu dalam album ini pun ada yang di rakam ketika album "Load" yang pada mulanya Metallica ingin mengeluarkan album berkembar tapi tak jadi.antara sebab aku 'dingin' dengan Metallica dulu sebab kerana dua album ni lah (tak suka pun beli jugak vinyl dia..heheh)tapi pada aku "Reload" agak heavy soundnya kerana Kirk Hammett kembali menggunakan efek Wah berbanding album Load yang tak di guna langsung.








Mendengarkan kembali album ini (dengar sambil tulis entry ni)setelah sekian lama,pada aku lagu yang betul2 heavy ialah 'Fixxxer'.Kirk dan James bereksperimen dengan bunyi gitar dia yang agak menarik (yang sebenarnya aku tak suka bila pertama kali dengar pada tahun 97 dulu)durasi lagu sepanjang 8 minit mencantikkan lagi lagu ini.Jason Newsted juga di beri kebebasan untuk bermain bass dengan cara beliau,sebab sebelum ni dia kena ikut cakap James dengan Lars.ni yang aku baca dalam majalah Kerrang! la dulu.

Secara ringkasnya boleh la aku rumuskan lagu-lagu dalam album ini :
1.Boleh tahan
'Better Than You','The Unforgiven 2','The Memory Remains'.(lagu ni memang ramai yang suka termasuk yang tak minat Metallica pun suka,cuma aku suka kerja gitarnya yang berbunyi ala Black Sabbath)

2.lagu yang 'so-so' je lah :
'Fuel','Devil's Dance','Prince Charming'.





3.Yang tak best langsung :
'Low Man's Lyric','Carpe Diem Baby','Where The Wild Things Are','Bad Seed'.

4.Paling best :
'Fixxer'

Ok yang tu semua dari pendapat peribadi aku lah.mungkin ada yang kau orang suka,tapi bukan aku sorang ramai peminat fanatik Metallica juga memang kecewa dengan album ni.selepas 20 tahun aku dengar balik lagu-lagu ni semua persepsi aku masih lagi sama..heheh.

Lagi pasal Metallica boleh tengok kat blog Deaf Angel Di Sini



8 comments:

  1. load dan reload bagi aku ada nostalgic value, masing2 kalau dengar balik teringat memori2 lama - load zaman SPM, reload zaman USM

    ReplyDelete
  2. wow...versi lp...power!!

    20 tahun tak dengar...nanti aku nak try dengar balik...

    ReplyDelete
  3. tak best langsung wehh.. adeehhhh

    ReplyDelete
  4. Tak kisah orang nak kata apa. Reload album metal pertama aku masa sekolah. Zaman tengah duk mula-mula memberontak; ponteng sekolah, hisap rokok, dating awek... album ni lah jadi soundtrack permulaan zaman tu. Album ini mengajar saya erti hidup.

    ReplyDelete
  5. Fuel ni very catchy tapi Memory Remains best sangat.
    Kalau Load , aku pilih lagu Bleeding Me. Terbaik.

    ReplyDelete
  6. wow dah besar panjang album ni. versi lp lagi tu, dahsyat.

    ReplyDelete