Tuesday 17 October 2017

Allied (2016)



Banyak filem yang aku terlepas pandang dan salah satunya ialah filem ini.

Filem yang bergenrekan perang/thriller/romantik ini agak menarik juga untuk di tonton.kali terakhir aku menonton filem lakonan Brad Pitt ialah filem perang 'Fury'.pada mulanya aku fikirkan filem Allied ini merupakan 'heavy drama' yang kadang-kadang aku susah sikit nak hadam salah satu sebabnya bila layan filem yang bergenrekan drama berat ni aku selalu tertidur..heheh.tapi bila layan filem ni pada awal penceritaan dia pun dah rasa best.

Allied mengisahkan tentang seorang tentera perisik Canada bernama Max Vatan lakonan Brad Pitt yang di beri tugas risikan aktiviti tentera German di Casablanca.dia di bantu oleh seorang wanita bernama Marianne (lakonan Marion Cotillard) juga tentera pemberontak dari Perancis.ketika menjalankan misi tersebut,mereka berdua ni dah jatuh cinta.setelah misi berjaya mereka berpindah ke London dan berkahwin.tapi saat bahagia diorang tu tak kekal lama.Marianne di syaki menjadi perisik untuk tentera German.dan Max Vatan ni cuba sedaya upaya untuk menyakinkan pegawai atasan dia yang Marianne ni bukannya perisik.akibat di tekan oleh pegawai atasannya,Max akhirnya menjalankan siasatan terhadap isterinya.

Apa jadi selepas tu?kena la tengok sendiri..heheh..kalau minat cerita genre perang thriller,aku suggest tengoklah movie ni.lakonan Brad Pitt walaupun di kritik kerana cara lakonannya sama seperti filem2 perang yang beliau lakon kan sebelum ini,pada aku ok je.tak mencacatkan jalan cerita pun.lagi pun watak Max Vatan tu memang kena la dengan dia.filem ni tak membosankan jalan cerita pun takda la slow sangat.

*4/5

2 comments: