Monday 26 December 2016

The Magnificent Seven ( 2016 )

Dah lama tak menonton filem koboi.




Filem cowboy yang aku tengok hanyalah filem 'The Good,The Bad And The Ugly' lakonon Clint Eastwood seperti yang ramai tahu,soundtrack filem ini pernah di gunakan Metallica untuk lagu latar sebelum konsert mereka bermula.Ok,filem The Magnificent Seven ini sebenarnya remake dari filem koboi yang sama judulnya pada tahun 1960.adaptasi dari karya lagenda filem jepun iaitu Seven Samurai yang telah di terbitkan pada tahun 1954 oleh penerbit lagenda Akira Kurosawa.remake filem ini di arahkan oleh Antoine Fuqua (The Equalizer,Training Day,Olympus Has Fallen) antara pengarah filem yang agak kreatif.walau filem ini bercorak western,aku tonton juga la sampai habis di sebabkan pelakonnya pun semua hebat.ada Denzel Washington,Ethan Hawke,Chris Pratt dan pelakon korea Byung-Hun Lee.

Filem ini mengisahkan Sam Chisholm (Denzel Washington) seorang pegawai warrant yang telah di upah oleh seorang wanita bagi menyelamatkan bandar yang mereka diami oleh sekumpulan pejahat yang suka memeras ugut penduduk di bandar itu.Sam mula mengumpulkan enam orang pemain senjata dan penembak yang terhandal bagi menewaskan penjahat yang ramai bilangannya.
Walaupun filem ini remake,tapi babak aksi old school tembak menembak dan aksi permainan pistolnya memang terbaik la.tak kisah la kalau ceritanya hanya kitar semula dari tahun 1960an dulu,tetapi di beri sentuhan baru yang lagi best.

Wajib tonton jika anda peminat Denzel Washington atau peminat filem western walau jalan ceritanya tak berapa nak menarik dan mudah di jangka.

6 comments:

  1. berapa bintang nak kasi boss? sebab jap lagi aku nak tonton filem ni gak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 bintang je bos.masih boleh layan kalo kau tak kisah dengan jln cerita dia

      Delete
  2. Aku tengok separuh...tertidur...

    Ok bukan salah filem ni..aku yang ngantuk...haha..

    ReplyDelete
  3. harap satu hari ada time tengok movie ni

    ReplyDelete
  4. macam nak sedut saja.. nantilah aku tgk haha

    ReplyDelete
  5. Cerita remake rupanya. Belum tgk lagi..

    ReplyDelete