Monday 5 December 2016

Rock Bro ( 2016 )

Baru je tengok..




Rock Bro merupakan kesinambungan dari dua filem komedi muzikal arahan Mamat Khalid sebelum ini iaitu filem Rock (2006) dan Rock oo (2013)bahagian ke 3 ini merupakan siri yang terakhir dari filem ini.penceritaan kali ini  mengisahkan tentang Jijoe (lakonan Khir Rahman) pemain bass dan juga pengasas kumpulan Rimba Bara.kisah suka duka beliau yang sedaya upaya ingin membawa kumpulan Rimba Bara ke arena muzik rock.seperti dua filem sebelum ini,elemen komedi dalam filem ini agak kelakar juga.dan antara yang menarik kali ini ialah :


-Seperti biasa prop dalam filem ini memang terbaik.poster kumpulan rock dulu2 seperti poster album kompilasi War Rock 2,poster kumpulan Black Rose,kumpulan Gersang takdir ( ni tak berapa nak rock..heheh) poster dan tshirt Iron Maiden,tshirt Saxon dan Sepultura.

-Oleh kerana filem Rock Bro kali ini berlatarkan pada era 90an,memang tak boleh lari la dari lagu2 jiwang leleh.takda lagu rock 80an,semuanya lagu2 jiwang tahun 90an je kecuali lagu Sweet Charity.

-Semua runut bunyi (soundtrack) dalam filem ini ada yang di nyanyikan sendiri oleh Khir Rahman dan juga Sofi Jikan.boleh tahan jugak la diorang ni nyanyi bawak lagu nada tinggi.

-Watak Ella yang di lakonkan oleh pelakon baru Amy Juliet agak bagus.gaya gedik manja dengan aksi rambut dia sebijik macam Ella..heheh.

-Ada juga legenda rock yang 'cameo' dalam filem ini seperti Man Kidal,Black Wings dan Hattan.

Cuma yang tak berapa bestnya jalan ceritanya yang 'kureng' sikit.ni dari pandangan aku lah.part Zul Kapan jadi artis rapper lepas tu jadi gay dengan Black memang tak boleh blah la..hahah.dan yang lain2 tu semua so-so je lah.pada aku masih tak dapat nak menandingi filem Rock oo.yang itu lagi best.

Kalau rasa nak mengimbau kembali nostalgia lama ketika zaman rock dah suam2 kuku,boleh layan Rock Bro ni.

Cerita pasal Rock oo! boleh tengok Di Sini

7 comments:

  1. ada kata yg watak zulkapan ada kena mengena ngan artis malaysia, dia nak sindir gitu dalam filem ni. apapun sedih gak lah ending dia ni kan, tak ada lagi lepas ni. rasanya aku akan beli dvd trilogy filem ni buat koleksi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa azwan ali kot.dulu dia keras.pastu tetiba lembut..hahaha

      Delete
  2. Aku tak tengok lagi...ketinggalan betul la...

    ReplyDelete
  3. yg ketiga ni aku x tgok lagi...klu dbandingkan yg 1st dgn 2nd mmg yg 2nd lg best jalan crtnya..hrap2 yg ni lg bgs dr yg 2nd..

    ReplyDelete
  4. Tak la, Azwan dari dulu sama cuma sekarang dia ingat dia Diva. Azwan mula start kat tv3 muzik muzik kot.
    Ok nanti senang aku tengok kat youtube je la haha

    ReplyDelete
  5. Sofi Jikan tengok kat Gempak Superstar menyengat jugak dia menyanyi.. Hehe

    ReplyDelete
  6. Kena beli jugak DVD ni. Nyanyian terakhir dalam van tu memang best. Fesyen rambut dan pakaian yang diorang pakai sama masa depa main function kat kenduri kawin Zack dalam filem Rock (2005).

    ReplyDelete