Tuesday 2 February 2016

Mekanik (1983)

Filem komedi yang dah berusia 33 tahun..




Terjumpa yang di jual secara longgok dengan harga RM 10.oleh kerana agak sukar nak jumpa filem2 lama lakonan Azmil Mustapha,aku pun beli vcd ni.filem komedi yang di terbit dan di arahkan oleh Othman Hafsham (yang popular dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 90an) dan di bantu oleh Nasir Jani ini boleh di kategori kan 'rare' jugak la,sebabnya tengok pada cover cd pun dah di klasifikasi kan 18SX,dah boleh agak la kan filem ni macam mana ceritanya..heheh..






Filem ini juga menampilkan pelakon2 popular pada ketika itu seperti Sani Sudin (Kopratasa), Imuda,Allahyarham M.Rajoli,Omar Abdullah,Susan Lankester (merupakan filem pertama beliau) Yasmin Yusof,Julie Faridah,Datuk Yusof Haslam,(beliau pun boleh belakon komedi,agak lawak juga)dan juga pemain bolasepak lagenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari.

Walaupun di kategorikan 18SX,tapi sebenarnya filem ni bukan la berunsur lucah pun,cuma ia lebih kepada dialog yang 'double meaning'.tapi dialog yang menjadi ikutan dalam filem ini dulu ialah dialog yang pernah di ucapkan oleh Susan Lankester, 'orang putih ke,orang hitam ke,orang coklat ke,orang biru ke,kita orang Malaysia kan?'
Kalau tak silap,filem ini hanya pernah di tayangkan sekali je di tv,mungkin kerana dialognya filem ni tidak di tayangkan lagi.

Apa pun ini antara filem komedi Azmil Mustapha yang aku suka selain filem 'Ali Setan'
Cerita menarik pasal filem ini oleh Nasir Jani boleh baca kat sini :
http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/nasir-jani/siapa-disebalik-filem-mekanik-1.331721


9 comments:

  1. Legend cerita ni.. adegan2 dia..
    aku boleh immediately recall banyak adegan classic dari pilem ni, dan jugak behind the scene kontroversi2 gossip bagi sebahagian adegan2 tersebut.

    ReplyDelete
  2. off-topic, nanti kalau pi amcorp mall, cuba2 intai kalau ada album endless form most beautiful (nightwish)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah..kalo aku ada jumpa aku belikan

      Delete
  3. ada la main kat tv...tak silap aku beberapa bulan lepas ada main kat Astro...

    apa2 pun cerita ni memang best...antara yang terbaik dari tahun 80an...

    ReplyDelete
  4. yg tk tahan tgk tu depa mulanya nk mkn kt warung..pastu tgk keadaan warung tu menjijikkan depa p kt restoran plak.. pastu order menu.. last2 tu waiter p order kt warung mula2 dor p td.. mmg bunguk jek haha

    ReplyDelete
  5. Di manakah lokasi penggambaran bengkel warung restaurant dan tanah perkuburan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengkel kat sblm simpang nak masuk Kg Padang Balang. Jalan tu terus ke Sentul

      Delete
  6. Aku nak tengok cita ni, tapi aku cari online takda jumpa 💔

    ReplyDelete