Tuesday 9 February 2016

May - Ziet Geist CD (1992)



Jika sebelum ini pihak syarikat rakaman NSR,Universal/ EMI music dan juga Sony Music dah mula mengeluarkan atau pun reissue album rock melayu yang lama,pihak Suria Records atau pun SRC juga telah mengeluarkan semula album2 lama dari syarikat mereka.album May 'Ziet Geist' ini bukan lah reissue,tapi cetakan semula.sebab album ini memang pernah di keluarkan dalam format cd pada tahun 1992 dulu,apa yang menarik,keluaran semula ini pun masih lagi mengekalkan pakej yang asal,sama seperti tahun 1992.







Album ini di terbitkan oleh Allahyarham Samad Lefthanded,juga menampilkan penyanyi Yantzen (Rusty Blade) menggantikan Mus.masuknya Yantzen dalam May juga telah membawa pengaruh Rusty Blade+ Iron Maiden yang menjadikan sound album ini kedengaran lebih matang dan ada sedikit tempias heavy/thrash dalam album ini.(tahun 1992 di Malaysia pada ketika itu memang masih kuat pengaruh thrash).lagu2 dalam album ini juga kebanyakkannya di cipta oleh anggota May dan Yantzen,juga di bantu oleh Allahyarham Loloq,S.Amin Shahab dan juga M.Nasir.

Aku suka kesemua lagu2 berbahasa inggeris dalam album ini seperti 'Senjata Gila/Atomic War' lagu ala Motley Crue 'Visions Of Emotion' lagu heavy 'Dont Stop May From Rock N Roll' dan lagu mid tempo 'Obsession'.(pernah tengok brader2 rock kat kampung aku dulu jamming lagu ni.memang layan lagu ni).belum pernah ada kumpulan rock melayu pada waktu tu yang mengeluarkan album rock dengan campuran lagu inggeris di dalamnya dan May berjaya melakukan pembaharuan dalam scene rock melayu pada era itu.







Antara album yang harus di miliki oleh peminat2 rock dan juga peminat May.rugi kalau tak dengar album ini.kecuali lagu jiwang dalam album ini,kesemua lagu hard rock/heavy nya memang best,kerja gitar dan solo2 Abu dalam album ini best.beliau berjaya memberikan identiti muzik May yang kekal sehingga sekarang.
Terima kasih Suria Records kerana mengeluarkan kembali album ini.masih menunggu kalau ada album2 May yang lain di pasarkan semula.antara album May yang aku nak sangat di keluarkan semula ialah album 'Strategi' album yang penuh dengan pengaruh thrash metal.


8 comments:

  1. Ble dengar album ni terase cm dgr rusty blade.. album ni mmg berat.. aku rase arwah samad mcm ade main jgk dlm album ni.. bleh tau gaya solo dia mcm mana... solo meniti suratan tu best..

    ReplyDelete
  2. Antara album yg mendapat sambutan bila 'vox' nyer bertukar.

    ReplyDelete
  3. Yantzen ada advantage pasal English dia power.
    Tapi May tetap mesti Mus on vocals.
    Tapi Onie, dia punye version Bergegar Segunung Rindu or whatever, tu antara aku nye paling faberet lagu May

    ReplyDelete
  4. thanks reviewnya...nnt klu nk komplen boleh komplen dkt SRC...hehehe

    ReplyDelete
  5. berat... last2 meniti suratan jugak yg femes, hehehe the power of radio

    ReplyDelete
  6. betul kata Ijau...lagu heavy memang power2...tapi lagu Saari Amri jugak yang top...hahaha...

    ReplyDelete
  7. meniti suratan gilababi sedap tu lagu..

    ReplyDelete
  8. ok apa meniti suratan haha..lgu yg sesuai utk laki dan pmpuan muda mahupun tua..klau lgu berat pmpuan mana layan haha

    ReplyDelete