31/10/2014
Raff mengeluh panjang..kata-kata dari Aiza,Pro syarikat rakaman tempat beliau bernaung mula terngiang-ngiang di telinga,"mana ada orang nak dengar konsep muzik yang kau bawa ni,kau kena ubah stail konsep muzik kau,budak-budak sekarang suka moden rock dan Kpop,buat lagu yang simple,tak payah la dengan gitar solo semua tu,kau bukannya Joe Satriani!".Ternyata terasa sakitnya hati beliau bila pro syarikat rakaman pun dah belagak macam penerbit.Raff memang tidak mahu mengubah stail konsep muzik beliau.Biarlah beribu jenis genre muzik yang muncul pada zaman sekarang yang menjadi kegilaan remaja masa kini pun,dia tetap tidak akan sekali-kali mengubah stail muzik yang dia minati sejak kecil.Ada juga rakan-rakan pemuzik beliau mengatakan tumbesaran Raff ni tersangkut di tahun 80an,Kerana stail muzik yang beliau perjuangkan.."Apa salahkah kalau aku mempertahankan muzik yang aku minati?semua orang berhak dengan pendirian masing-masing,aku tak pernah pun nak kritik atau hina pemuzik-pemuzik baru yang memainkan irama rock mendayu atau pun Kpop..masing-masing punya citarasa lah".Keluh Raff di dalam hatinya.
Sambil memutarkan rekod lagu "A Dangerous Meeting" dari Mercyful Fate di pemain piring hitamnya,Raff mula merangka semula kerja-kerja di studio beliau yang terbengkalai.kesemua ahli band beliau sedang bercuti setelah setengah tahun melakukan konsert bergerak di seluruh asia.Sementara hendak menunggu ahli band yang lain menghabiskan cuti sebelum kembali ke studio untuk merakamkan album terbaru,band mereka "Sakaratul Death" telah mengeluarkan album 'the best of' yang menghimpunkan lagu-lagu yang pernah mereka rakamkan dari awal penglibatan mereka dalam bidang muzik keras yang bingit ini.
Sedang Raff meneliti lirik-lirik lagu yang telah di hasilkan,tiba-tiba telefon bimbit Raff berbunyi.Paparan di skrin telefonnya ialah panggilan telefon dari Azura,sahabat karib beliau sejak kecil.Azura juga pernah menyumbangkan lirik-lirik sastera gelap yang agak puitis dan menarik di dalam lagu-lagu "Sakaratul Death".Panggilan telefon pantas di jawab oleh Raff."Hello,asalamualaikum Raff,kau free tak?aku nak jumpa nak suruh tengok lirik-lirik yang aku dah buat ni,kau tengok la mana yang ok..kalau rasa tak puas hati nanti aku edit je yang mana kau rasa tak ok"."Walaikumsalam..Haa..cantek jugak tu,kita jumpa kat taman layang-layang kat Kepong boleh?pasal aku pun ada janji dengan member nak jumpa kat situ jugak"."Okey,pukul 5 nanti kita jumpa".Jawab Azura di hujung talian.
Pukul 5 petang,Taman Layang-Layang Kepong.
Suasana yang agak mendung dan sedikit dingin dengan tiupan angin di taman itu menyebabkan Raff rasa mengantuk.Dia melihat jam di tangannya baru menunjukkan pukul 4.50."Sekejap lagi Zura sampai la kot," Kata beliau di dalam hati.Sambil menyandarkan badan di kerusi pusat riadah tersebut,Raff pun terlelap..
Tiba-tiba Raff terkejut kerana ada satu tangan kasar mengejutnya dari lena."Saudara,kenapa tidur di sini?di sini tempat orang lalu lalang,nanti saudara akan di marahi oleh pengajur tempat ini.Baik saudara beredar segera".Sambil terkejut dan ingin memarahi orang tersebut,telinga Raff terasa bingit dengan bunyi jerit pekik suara yang agak ramai.Sambil menggosok-gosok matanya,dia terkejut kerana berada di suatu tempat yang asing,seolah-olah berada di dalam suasana konsert.Sedang beliau terpinga-pinga,beliau di tegur oleh orang yang mengejutkan dia dari tidur tadi,"Ehh..kenapa saudara berpakaian begini?saudara ni dari mana?bukan dari sini ya?".Lelaki yang mengejutkan Raff tadi melihat Raff agak pelik,sekejap atas sekejap bawah dengan muka kehairanan."Kalau nak datang tengok konsert Pop Yeh-Yeh bukan begini pakaiannya saudara".Pop yeh-yeh?Raff mula kehairanan,sudah agak lama beliau tidak mendengar perkataan itu.Muzik yang menjadi kegilaan muda-mudi pada era 60an dulu.Raff memandang sekelilingnya,orang-orang di sekitarnya kelihatan berpakaian pelik,kesemua yang beliau lihat persis di era 60an dahulu,dari cermin mata,pakaian dan juga kasut.Jauh berbeza dengan pakaian yang di pakai oleh Raff.Ketika masih lagi terpinga-pinga dengan keadaan sekelilingnya,Raff tiba-tiba terpandangkan sesuatu yang membuatkan beliau terkejut besar seperti mahu pengsan.beliau terpandang satu papan tanda yang bertulis : "SELAMAT DATANG KE MALAM PESTA MUDA MUDI 31 OKTOBER 1960"."Agak aku ni ada kat tahun 60an ke?".Kata Raff yang masih lagi terpinga-pinga..
Bersambung.. (kalau aku rajin la eh..heheh..penat jugak jadi penulis novel ni ek?)
Friday, 31 October 2014
Wednesday, 29 October 2014
Iron Maiden - Killers Reissue Vinyl (1981)
Memang aku takda pun album "Killers" dan "Iron Maiden" (s/t) dalam bentuk piring hitam ni..Tapi di sebabkan IM rilis balik album 80an mereka dalam versi original 180G Black Vinyl memang aku cari kedua album ni jer..
Packaging dia sama macam rekod Maiden yang di riliskan pada 80an dulu,simple je,inlay lirik pun takda..
Bahagian belakang.semua sama,takda yang special pun.di sebabkan aku mula kenal Maiden semasa era Bruce,kedua album ini dulu aku selalu ignore.sebabnya pada aku untuk kedua album ini muziknya agak terlalu 'lembut' senang cerita macam sound rock kapak melayu tahun 80an dulu lah,cuma stail muziknya agak 'punk' sedikit,mungkin di sebabkan gaya vokal Paul Di'anno.slanga atau 'english accent' beliau yang agak pekat (berbanding english amerika,england punya accent lagi pekat,kadang aku sendiri tak faham)heheh..lagi pun attitude Di'anno pun macam mat punk jugak kan?.
Tapi sejak dah berusia ni baru la telinga ni boleh terima kedua2 album ni..lagi pun banyak lagu best2 dalam album ini dan jugak album pertama Maiden.
Kedua2nya memang best.so lepas ni tunggu singles rekod 7 inci pulak eh?
Dan last sekali..
Kalau macam ni kira lengkapla diskografi album2 Maiden 80an kan? tak payah la nak membazir beli 2-3 versi..apa yang ada ni cukup lah..duit hiburan pun kena berjimat jugak..heheh..

Monday, 27 October 2014
The November Man (2014)
Filem yang di tonton pada sabtu lepas kat rumah..(dvd jack sparrow)
Kali terakhir aku menonton filem lakonan Pierce Brosnan ialah filem The Ghost Writer (2010).untuk filem ini,Pierce Brosnan kembali melakonkan watak aksi seperti filem James Bond lakonan beliau yang terdahulu.
Filem yang bergenrekan action thriller/spy/cat and mouse agak menarik juga untuk di tonton.'November Man' merupakan kod nama bagi perisik veteran CIA Peter Devereaux (Brosnan) yang telah bersara kerana kesilapan protege nya yang telah melanggar arahan ketika operasi untuk melindungi duta Amerika.Peter yang telah bersara dari dunia risikan dan telah menjalankan perniagaan kedai kopi di Switzerland telah bertemu kembali dengan boss lama beliau dan meminta beliau kembali ke dunia risikan dengan satu tugas yang rumit,tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila beliau terpaksa berhadapan dengan protege beliau yang dah berpaling tadah..(tak mau spoiler banyak la,kena tengok sendiri)
Apa pun,filem ni memang ok dan boleh tahan best jugak.di katakan akan ada sekuelnya nanti pada tahun hadapan.so,pada peminat filem bergenrekan risikan,memang kena tonton filem ini,stail penceritaan nya seperti filem2 Jason Bourne dan filem James Bond.memang tak membosan kan.watak Pierce Brosnan dalam filem ini pun aku rasa sama macam lakonan beliau dalam filem James Bond.(cuma kali ini beliau tak jadi pemikat perempuan seperti Bond)
Sila download atau pinjam dvd nya dari jiran sebelah rumah anda..heheh..
*3/5
Saturday, 25 October 2014
1 Muharram 1436H
Selamat menyambut Maal Hijrah 1436 untuk semua pengunjung blog ini yang beragama islam dan rakan blogger,serta teman2 rapat.
Semoga impian dan harapan di tahun baru ini beroleh nikmat,rahmat dan di buka kan pintu rezeki seluas luasnya untuk kalian semua..
Semoga impian dan harapan di tahun baru ini beroleh nikmat,rahmat dan di buka kan pintu rezeki seluas luasnya untuk kalian semua..
Thursday, 23 October 2014
Nativity In Black - A Tribute To Black Sabbath (1994)
Sebenarnya ada 3 bahagian untuk album 'Nativity In Black' tribute ni,aku cuma ada yang bahagian pertama je.antara tribute album untuk Black Sabbath yang best la pada aku..
Walaupun ia nya album tribute,tapi barisan band2 yang memainkan kembali lagu2 Black Sabbath sebagai tribute memang hebat2 belaka.ada juga lagu2 yang di cover lebih sedap dari versi asal seperti lagu 'Symptom Of The Universe' dari Sepultura.bunyi drums Igor Cavalera memang sedap dalam lagu ni.bunyi bass drumnya menyentap jantung..heheh..
| sama yang macam Max cerita dalam buku 'My Bloody Roots' tu |
Ketika membeli album ni dalam versi kaset pada tahun 94 dulu,melalui album ini la baru aku kenal band2 metal yang berlainan genre atau mahzab nya,ada Industrial Metal,Hardcore/Rapmetal,Doom dan pelbagai lagi genre yang aku sendiri taktau nak labelkan apa..heheh..
Dalam album ini la aku kenal White Zombie,Therapy?,Biohazard,Type O Negative dan Corrosion Of Conformity.(penah juga nak try layan band2 ni tapi tak boleh masuk ngan stail muzik diorang)
| setlist |
Antara lagu yang best dalam ni,.Ozzy Osbourbe & Therapy? -'Iron Man'.walaupun di nyanyikan oleh Ozzy,tapi olahan muzik oleh Therapy? memang sedap.temponya pun rancak sikit dari versi asal.Megadeth -'Paranoid' lagu ni pun lagi heavy dari versi asal..sampaikan abg Mus jerit kat Nick Menza (drummer Megadeth pada ketika itu) "Nick..Nick..Nick!!" pasal dia tak reti nak stop..heheh..
Lagu 'Sabbath Bloody Sabbath' dendangan Bruce Dickinson bersama Godspeed pun best.memang kena la diorang berdua ni beduet.'NIB' dari Ugly Kid Joe,bunyi bass intro dari Cordell Crockett meletup2 (kalau outkan volume speaker kompem speaker pecah)heheh..dan yang lain2 tu aku dengar sekali lalu je..pasal ada yang di gubah muziknya yang tak berapa nak masuk kat telinga aku contohnya lagu 'Supernaut'.
Overall album ni tetap best.sesiapa yang suka Black Sabbath era Ozzy,memang patut kena dengar album ni.
Untuk ulasan panjang lebar pasal album ini boleh jenguk kat abang Berteromber kita KAT SINI
Tuesday, 21 October 2014
Hidayah
Aku jua sekerdip Nur Muhammad seperti kau dan dia.aibmu adalah aib ku.rahsiamu adalah rahsia ku.
Terjadi,hanya bila kau ma'rifat akan diri mu.
Dan jangan lah aku di hina atau di cerca di atas kesilapanku atas kehendakNya.dan janganlah aku di takuti atau di sisih kerana aku hanya manusia biasa,dan jika kau tahu siapa aku,aku lah manusia yang naif..

Monday, 20 October 2014
Saxon - Crusader LP (1984)
Tahun 1984,antara tahun 'emas' dalam dunia muzik heavy metal.antara album2 heavy metal/rock hebat yang pernah di riliskan pada tahun 1984 ialah Iron Maiden - Powerslave,Deep Purple - Perfect Strangers,Mercyful Fate - Dont Break The Oath,Anthrax - Fistful Of Metal,Scorpions - Love At The First Sting,Savatage - The Dungeons Are Calling,Judas Priest - Defenders Of The Faith,Ratt - Out Of The Cellar,Kiss - Animalize,Dokken - Tooth And Nail,dan tak ketinggalan album ini...
Juga merupakan album klasik heavy metal tapi tidak di beri perhatian oleh peminat muzik metal pada ketika itu,mungkin sebab muziknya seperti kata Berteromber yang agak komersial.tidak berjaya mencapai populariti sehebat 'Powerslave'.walaupun tak mendapat perhatian,sebenarnya muzik dalam album ini pun best.
Sound dalam album ni pun sedap sebenarnya..kalau biasa dengar Maiden dan Judas Priest album2 80an mereka,lebih kurang juga la dengan album Crusader ni..paling aku suka bunyi ketukan drum Nigel Glockler dalam album ni..lain dari yang lain (teruk lagi bunyi drum Lars dalam album St.Anger..heheh)
Lagu2 seperti 'Sailing To America' 'Set Me Free' 'Just Let Me Rock' 'Bad Boys' dan 'Do It All For You' pun layan juga,dan yang paling best sudah tentunya 'Crusader' seperti kata bro Deaf,lagu yang mengisahkan tentang perang salib dari pandangan seorang tentera salib (crusader).aku cuma suka lagu nya je ok,bukan mengagung2kan tentera salib pulak..jangan salah anggap.bukan apa,takut jadi viral kat facebook dengan tajuk 'bloger melayu islam sokong tentera salib..maklum la ramai keyboard warrior yang 'telebih pandai' sekarangkan..heheh..
So pada siapa yang biasa dengar album2 heavy metal 80an seperti Judas Priest,Iron Maiden,Quiet Riot atau seangkatan dengannya,cuba2 la dengar Saxon.
Untuk ulasan terbaik pasal album Crusader ni boleh jenguk kat entri Berteromber KAT SINI dan jugak cerita pasal album Saxon unplugged kat blog Deaf Angel DI SINI

Subscribe to:
Posts (Atom)