Thursday, 16 July 2015

Salam Aidilfitri 2015




Diam tak diam hari ini hari terakhir kita berpuasa pada tahun ini,InsyaAllah kalau di panjangkan umur akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan.esok semua umat islam seluruh nusantara dan dunia akan menyambut ketibaan Aidilfitri.walaupun dengan pelbagai isu yang melanda,dengan segala barang dan minyak naik harga dengan nilai ringgit Malaysia yang semakin susut,kita semua tetap menyambut raya walaupun secara sederhana..

Takyah la nak cerita panjang2,so aku tahun ini beraya di Johor Bahru,dan kemudiannya pada hari raya pertama atau kedua mungkin pulang di kampung halaman di Segamat.kalau ada durian boleh makan ni..heheh..apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan2 blog,pembaca,pengunjung yang mungkin tersesat kat sini atau pun pembaca senyap.aku minta ampun dan maaf  andai ada tulisan dalam blog aku ni yang menyinggung perasaan pembaca semua.moga raya kalian semua 'Raya yang sempurna'.

Maaf Zahir & Batin


Monday, 13 July 2015

The Age Of Adaline (2015)




Selalu layan action movie je,sesekali layan filem jiwang pulak..heheh..

'The Age Of Adaline' merupakan filem yang bergenre 'romance fantasy' (filem fantasi romantik) agak menarik juga untuk di tonton.di bintangi oleh Blake Lively dan Harrison Ford.(orang tua ni dah tak sesuai dengan filem aksi,memang sesuai dengan filem2 macam ni je)

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan Adaline (lakonan Blake Lively) yang tidak pernah tua dan tetap berumur 29 tahun sejak beliau di panah petir pada tahun 1900an.bagaikan sumpahan,Adaline yang tidak pernah tua,berkahwin,serta beranak pinak dan bercucu,beliau juga menyaksikan kematian anak dan cucu nya dah lebih tua daripadanya.kesan dari 'sumpahan' yang ada,beliau merasakan dirinya terlalu tertekan dan rasa kosong.

Kalau sesiapa yang pernah menonton 'The Curious Case Of Benjamin Button' pasti tahu ceritanya macam mana,cuma dalam kes Benjamin beliau di lahirkan dengan umur yang mengundur ke belakang,berbeza dengan Adaline kekal dengan umur 29 tahun.

Untuk peminat filem romantik boleh la menonton filem ini..

*4/5

Wednesday, 8 July 2015

Wordless Wednesday

banyak buku yang nak di beli sebenarnya,tapi di sebabkan banyak lagi buku yang belum baca,beli ni dulu.. :p

Monday, 6 July 2015

Zakat 2015



Dah setel..aku pun memang tak suka bayar lambat,yang mana patut di dulukan, selesaikan dulu.cuma yang agak istimewa pada tahun ini amil tempat aku bayar zakat ini adalah sahabat lama yang agak lama tak jumpa,di sebabkan beliau pun tengah bekerja,aku pun taknak la ganggu..cuma sebelum aku beredar sebab nak beri laluan pada orang lain untuk bayar zakat, dia sempat tanya 'Eh,Maiden punya new album rilis september ek?' sehingga orang yang selepas aku tu cakap 'wah,abang aji pun layan Iron Maiden ke?' heheh..kawan aku tu pun mat rock kental juga.

Seperti tahun lepas dan sama seperti di Sabah dan Sarawak,nilai zakat fitrah pada tahun ini juga masih lagi RM7.00.

Saturday, 4 July 2015

Anak - Anak Kita

Flashback saturday minggu ini agak emosional sikit.lupakan sekejap pasal hiburan..

Pada era 80an ketika aku dan adik beradik yang lain masih lagi bersekolah,kehidupan kami tidaklah mewah,tapi Alhamdulillah sentiasa murah rezeki.arwah ayah aku dulu boleh di katakan garang juga lah,kadang2 kerap juga aku,abang2,kakak dan adik di marahi adakalanya di sebat dengan tali pingang,tapi takda la kerap,sebabnya bila arwah ayah aku ni baru acah2 nak ambik tali pingang kitaorang adik beradik memang dah kecut perut dah..heheh..tapi biasanya arwah ayah aku marahnya memang tak lama,dalam 5 minit lepas tu dia ok dah.bila dah besar ni baru aku faham,dia marah tu sebenarnya kerana dia sayangkan kita..

Suatu ketika,ada kucing datang di rumah kami dengan kaki yang tempang dan badan yang penuh dengan luka2,(mungkin kena pukul atau pun bergaduh)bila melihat keadaan kucing yang macam tu,arwah mak aku terus merawatnya,membersihkan luka2 nya dan juga sapu minyak urut di kakinya yang tempang tu sehingga kucing tu sembuh seperti sedia kala,.bila dah elok arwah mak pesan kalau kucing tu nak keluar terus dari rumah tu biarkan.tapi walau dah sembuh sekali pun kucing tu tetap tinggal dengan kitaorang.bijak dan manja,bagusnya kucing ini dia tak berak dalam rumah,dia akan pegi berak jauh2..heheh..sehinggalah pada suatu petang,kucing ni kena langgar dengan kereta betul2 depan rumah aku,memang sedih la masa tu,abang dan kakak aku menangis.seminggu kitaorang adik beradik teringat2kan kucing tu sehinggakan ada kucing lain yang arwah ayah aku bawak balik pun kitaorang tak mahu bela...


Dan pada minggu ini...
Hati aku jadi tersentuh,geram dan sakit hati bila baca tentang adik yaya yang di dera sehingga patah 13 tulang dan mendapat kecacatan kekal.apa dosa budak tu di dera sehingga demikian rupa,manusia jenis apa mak tiri dan bapak dia ni?aku tengok dalam internet muka sikit punya baik bertudung semua tapi setan! budak tu memang di lahirkan normal,tapi akibat hawa nafsu syaitan mak tiri dan bapaknya yang tak guna tu menyebabkan budak ini di sah kan bongkok dan tempang kaki nya..
Kalau ikut pada aku lah,hukuman yang patut di kenakan pada mereka berdua tu ialah dera mereka balik seperti yang mereka dera budak tu sehingga mendapat kecacatan kekal.baru adil.

Binatang pun tau sayangkan anak..



Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri



Wednesday, 1 July 2015

Wordless Wednesday










p/s : sori la pakcik Bon,dah ada temu janji dengan yang bawah tu.layan dvd pakcik kat rumah je la yek? :p