Wednesday, 31 December 2014

Turn The Page





New year is not about changing the dates but direction,
It's not about changing the calendar but commitment,
It's not about changing the actions but attitude,
It's not about changing the fruit but faith, force and focus,
May you commit and create the best New Year ever!.

Happy New Year to my fellow friends,my best blog friends,silent reader,and anyone who come here to pay a visit.tq very2 much.may this new year all of you out there 'murah rezeki'..Insya Allah.

Love,respect and stay heavy,
xyruszone \m/

Monday, 29 December 2014

Di Akhir Garisan..



Tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015.pada aku tahun 2014 ni merupakan 'sad year'.
Kalau kita tengok sejak dari awal tahun lagi kita dah di timpa dugaan dan musibah.bermula dengan musim kemarau yang agak luar biasa panasnya,yang menyebabkan paras air sungai di sekitar Selangor hampir kering,catuan air di sekitar lembah kelang dan Selangor yang mana aku pun terpaksa mandi bercatu.

Kehilangan kapal terbang MH370 yang sehingga sekarang di selubungi misteri,belum pun reda kisah MH370,kita di kejutkan lagi dengan berita MH17 di tembak jatuh di Ukraine, kejadian puting beliung yang sebelum ini tak penah belaku di sini (kelang dan Kedah antara tempat yang teruk di landa puting beliung.isu perkauman yang tak habis2,isu pegang anjing,isu lemak babi,isu hina agama dan institusi diraja (ini negara memang ada raja,tukang provoke dan haters yang tak abis2 menyalak kat fb tu sila fahamkan rukun negara dulu ok,dan jangan sesekali nak hina agama aku)bangsa melayu yang makin berpecah belah,yang makin kaya di sanjung,yang miskin di hina,tak habis berhasad dengki.

Tamak,rasuah yang tak sudah2,harga minyak naik dan turun,harga barang tetap naik dan tak akan turun,kejatuhan nilai ringgit,dan yang terakhir sekali banjir yang teruk melanda di di negeri sekitar pantai timur Malaysia dan juga musibah yang menimpa kapal terbang Air Asia yang terbang dari Indonesia menuju ke Singapura..



Semua tanda2 musibah tu kita dah nampak terang2 lagi Allah SWT bagi peringatan..takkan tak sedar2 lagi kot?

Cukup2 la bertelagah,menghina,mengutuk sesama kaum.sedar2 lah wahai Malaysia.apa lagi yang kau nak?


Friday, 26 December 2014

The Pyramid (2014)




Sebenarnya aku dah malas nak tonton filem yang berunsurkan horror timur tengah seperti ini,elemen yang di tonjolkan tetap sama (seperti yang kita tahu,pembikin filem barat tetap akan tokok tambah untuk elemen mitos yang orang arab sendiri pun tak tahu)atas desakan seorang rakan,aku pun pergi juga la menonton filem ini..
Ternyata sangkaan aku betul.mungkin penerbit filem seram di Amerika dah kekeringan idea,menyebabkan cerita ini aku tonton sambil lewa.sebab jalan ceritanya boleh di jangka.elemen seram yang cuba di tonjolkan pun tak berapa seram,cuma telinga aku bingit dengan jeritan  3 geng lelaki lembut yang duduk sebelah aku.padahal bukan la saspen mana pun,(nasib baik la aku tak naik antu pasal tekejut dengan jeritan beliau yang ala ziana zain tu..elok antu piramid tu dalam cerita kat wayang,aku pulak yang naik antu..heheh)

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan ahli arkeologi telah menemui satu piramid baru di Egypt,pada yang sama tunjuk perasaan yang berlaku di seluruh Mesir,oleh kerana rusuhan yang berlaku di seluruh Mesir,pihak berkuasa Mesir meminta kesemua ahli arkeologi tersebut keluar dari tempat kajian.tapi diorang ni degil,nak masuk dalam piramid tu konon nak tahu dan kaji apa yang ada dalam piramid yang baru di temui ini.seorang demi seorang ahli arkeologi ni di bunuh oleh entiti yang tidak di ketahui,akhirnya salah seorang dari mereka tahu yang tinggal di dalam piramid  dan membunuh sebahagian dari rakan mereka ialah Anubis (dewa kematian dan penjaga makam firaun) yang wujud dalam piramid tersebut.

Kalau anda dah biasa menonton filem2 yang berunsurkan mummy,piramid dan segala macam filem seram yang berkaitan dengan firaun,aku rasa tak payah la tengok.tapi untuk peminat filem seram tegar yang tak berkira sangat tentang jalan cerita(dan yang penakut tapi suka tengok cerita seram) asalkan ia nya seram,ini memang untuk anda.tapi aku terdengar pebualan 3 geng lembut tu kata "ok la filem ni u..i bagi 5 star"..hahaha..

*1/5

Thursday, 25 December 2014

Banjir 2014




Buat sahabat-sahabat atau pembaca blog yang tinggal di kawasan pantai timur yang mengalami musibah ini,salam takziah aku ucapkan pada kalian.harap kalian semua  bersabar dengan dugaan banjir ini. di katakan juga banjir ini adalah yang paling terburuk sepanjang 20 tahun kes banjir di pantai timur..ramai juga yang kerugian harta benda,kehilangan orang yang tersayang.harapan aku,moga musibah ini cepat berakhir..kesian kat adik2 yang dah nak bersekolah pada awal tahun hadapan nanti..


Sunday, 21 December 2014

Snow Records Japan (second hand vinyl)



Bila tangan dah gatal takda nak buat apa mula la aku masuk macam2 website kat phone aku ni..

Untuk peminat dan pengumpul piring hitam kat luar sana (terutama Berteromber dan Faizal skudal  yang dah kena santau tuju2)boleh cekidot website Snow Records ini.Snow Records ini ialah kedai online menjual piring hitam terpakai (second hand) cetakan Jepun.(Japan pressing)kesemua genre muzik dari classical,pop,r&b,jpop,rock,movie soundtrack,anime soundtrack,game soundtrack sehinggalah ke heavy metal memang ada jual di Snow Records ini.tapi tak semua album yang kita nak tu tak semestinya ada kan,lagi pun awal2 dah bagitau kesemuanya rekod terpakai,tetapi kualiti dan kondisi rekod tetap di jaga sepenuhnya.di websitenya pun ada di ceritakan secara detail tentang sejarah penubuhan Snow Records ini dan cara2 mereka bekerja dan menjaga kualiti rekod2 terpakai ini (siap di sertakan dengan gambar2nya sekali)










Tapi yang paling menarik ialah harganya..kesemua harga rekod terpakai yang di jual kat website ni memang harga tersenyum la (bak kata Ijau)tetapi ini harga memang tersenyum lebar punya..heheh..tak caya tengok harga2 rekod yang tersenarai ni..

Ok,selamat bershopping dan mengurangkan duit dalam akaun bank anda..heheh..ini memang rachun santau antu jepun punya ni..heheh..

Kalau nak usya2 rekod yang best2 masuk je kat sini :
http://www.snowrecords.com/

Thursday, 18 December 2014

Throwback Thursday

Earthshaker - band heavy/hard metal dari Jepun yang kerap aku dengar sewaktu kanak2  dahulu  yang di pasang oleh abang2 aku.hanya dua lagu yang aku ingat dan masih menjadi kesukaan sampai sekarang.






Dan yang lagi satunya lagu ni.aku rasa ramai yang dah pernah dengar,tapi yang versi melayu lah :p








Versi Search live 1985 pun ada..



Wednesday, 17 December 2014

Dio - Sacred Heart Vinyl (1986) Japan Pressing

depan





belakang





isi dalam





semua tulisan jepun




lirik dalam bahasa inggeris






piring cetakan jepun





senarai lagu


Sacred Heart is Dio's third studio album. It was released in August 15, 1985 on Warner Bros. Records. The record peaked at No. 29 on the Billboard 200 chart. It is one of Dio's most well-known albums, and includes singles such as "Sacred Heart", "Rock 'n' Roll Children" and "Hungry for Heaven".

This was the last Dio album to include guitarist Vivian Campbell, who was fired midway through the album's tour. Campbell went on to join several other bands, most notably Def Leppard, Riverdogs, Whitesnake and Thin Lizzy. A rift occurred during the recording of this album between Dio and the guitarist - "...for me, he (Viv) wasn't even there for this record." The album, along with Holy Diver and The Last in Line, was released in a new 2-CD Deluxe Edition on March 19, 2012 through Universal for worldwide distribution outside the U.S.
-Wiki

Tak kisah la walau ada sejarah buruk pada ketika itu,yang penting album ini memang best,sebab semua lagu nya selain dari 3 lagu yang Wiki bagitau tu.'Fallen Angels','Like The Beat Of A Heart' 'King Of Rock And Roll' pun best jugak.senang cakap,kesemua album2 solo Dio memang best la (tengah bercita2 nak kumpul semua vinyl Dio pulak..heheh)