Nampaknya demam Metallica belum kebah lagi.kalau tengok kat facebook dan juga website hiburan yang lain semuanya cerita pasal Metallica,dan terbaru hari ini aku baca kat page Metal Hammer yang abang Mus Megadeth pun dah review dan bagi pujian tinggi melangit pasal album 'Hardwired..To Self-Destruct ni.lain macam abang Mus bodek ada apa2 ke?heheh..ok untuk album kali ini Metallica menawarkan pelbagai pakej,ada yang normal pakej (2 cd)normal vinyl (2 piring hitam) boxset sekali dengan piring hitam warna warni,deluxe vinyl (3 piring hitam) dan juga deluxe cd,jadi aku pilih yang deluxe cd (ada 3 cd) versi piring hitamnya aku ambil yang 2 keping vinyl je.
Review ringkas dan pendapat dari halwa telinga aku (sorry arr abg Mus):
Cd pertama
-'
Hardwired' kali pertama dengar seakan2 macam lagu 'St.Anger' tanpa bunyi ketukan drum yang macam ketuk tin biskut.dengan sound yang telah di upgrade lebih padu.yg ni ok.best.bak kata Berteromber mereka masih pandai ber'thrash'.*5/5
-'
Atlas,Rise' Ramai yang kata dan Deaf pun ada cakap lagu ni ala2 macam Iron Maiden.yang ni memang aku setuju.riff nya memang macam lagu Iron Maiden.ok la boleh tahan *3/5
-'
Now That We're Dead' lagu yang ni aku dengar 2 kali,tak boleh nak hadam.tak berapa best.lagunya macam zaman 'Load/Reload' *2/5
-'
Moth Into Flame' Hetfield memang genius dalam pembikinan riff2 untuk lagu2 Metallica.intro bunyi riff berharmoni dalam lagu ni memang menarik.yang ni aku suka *5/5
-'
Dream No More' sama macam lagu nombor 3 tu.aku rasa lagu ni pun memang lagu terbuang masa zaman 'Load/Reload' kot? *1/5
-'
Halo On Fire' lagu yang paling aku suka dalam cd pertama.susunan muziknya macam Black Sabbath.ada part mid tempo dan masuk part chorus dia heavy.jeritan Hetfield dalam lagu ni memang power. *5/5
Ok,kita putar cd kedua pulak.
-'
Confusion' sekali dengar intro dia macam 'Am I Evil' la pulak.boring sikit la.. *1/5
-'
ManUNkind' - Rob si mamat kangkang tu cakap intro bass lagu ni dia tujukan khas untuk mendiang Cliff Burton.lagu ni so-so je la pada aku,cuma video dia je la gempak.diorang tribute untuk Mayhem kan?.yang last part vokalis dia hiris tangan dengan baling kepala khinzir tu kat penonton..hahah.Mayhem memang band black metal paling setan lagi menyetan.heheh.. *4/5
- '
Here Comes Revenge' bila dengar intro je,serta merta aku teringat lagu 'Leper Messiah'.bunyi riff yang berbagai dalam lagu ni.yang ni aku suka. *5/5
-'
Am i Savage?' kesinambungan dari lagu 'Am i Evil?'..heheh..bukan lah.mid tempo dan seakan doom metal ala Black Sabbath jugak.yang ni aku skip *2/5
-
'Murder One' lagu ni tribute untuk Lemmy Motorhead.Murder One ialah nama amp.yang Lemmy gunakan ketika persembahan live Motorhead.liriknya pun ada sebahagiannya dari frasa yang selalu Lemmy guna dan lirik2 dari album Motorhead seperti 'born to lose,live to win' aku suka solo Kirk Hammett dalam lagu ni.
-'
Spit Out The Bone' macam aku cakap tadi Metallica memang masih pandai ber'thrash' lagu last ni memang laju.gaya speed metal era 80an era 'Kill 'Em All','Ride The Lightning' dan 'Master Of Puppet' ada dalam lagu ini *5/5
Bonus cd
Lagu 'Lords Of Summer' versi rakaman terbaru kali ini best.lagi power dari versi 2014.lagu yang lain2 pun dah pernah dengar seperti 'Ronnie Rising Medley',Remember Tomorrow (lagu cover Iron Maiden) dan lagu cover Deep Purple 'When Blind Man Cries'.dan versi live yang di rakamkan pada April 2016 yang lalu sempena record store day pun best.walaupun aku dah jemu dengar 'Creeping Death' ada beberapa lagu yang jarang Metallica mainkan live seperti 'Jump In The Fire' 'Metal Militia' dan 'Helpless' (Diamond Head cover)vokal Hetfield pun power masih lagi boleh bawak lagu yang aku cakap tadi.
Kesimpulannya.album ini harus di miliki kalau anda peminat tegar atau peminat baru dan juga yang pernah minat Metallica pada era 'Black album'. produksi dan susunan muzik dalam album ini memang terbaik,riff2 kreatif dari Hetfield dan juga sound drum Lars Ulrich yang padu dan padat.terima kasih pada producer Greg Fidelman yang berjaya membentuk Metallica kembali menjadi 'Metallica'.
Review dari Berteromber boleh tengok
Kat Sini dan review dari abang Mus pun boleh tengok
Di Sini.