Saturday, 30 July 2016
Speak Softly,Love
Pernah tonton filem trilogy 'The Godfather'? kalau belum mesti kena tengok.antara filem mafia terbaik sepanjang zaman yang juga menjadi sumber inspirasi bagi pembikin filem di seluruh dunia untuk buat filem yang bertemakan mafia/gengster.bila ada masa lapang,aku akan menonton kembali filem ini.lakonan Marlon Brando sebagai Don Corleone memang terbaik la.
Flashback Saturday minggu ini ialah nak cerita pasal lagu runut bunyi atau sountrack filem ini yang boleh di katakan popular sepanjang zaman.lagu yang di cipta oleh Larry Kusik dan Nino Rota ini ada dua versi,satu dengan vokal dan versi instrumental.ramai juga artis yang cover lagu ini.pemain gitar Guns n Roses iaitu Slash juga kerap memainkan versi instrumental lagu ini ketika tour Guns N'Roses pada era 90an dulu.peyanyi asal bagi lagu ini ialah Andy Williams.
"Speak Softly, Love" is the theme song for The Godfather (1972), the first film in the Godfather trilogy. Its instrumental version is simply known as "Love Theme from The Godfather". Larry Kusik wrote the lyrics, and Nino Rota wrote the music. Different sets of lyrics for the song were written in French ("Parle plus bas"), Italian ("Parla più piano"), Sicilian ("Brucia la terra"), and Spanish ("Amor háblame dulcemente"). Dalida sings French version "Parle plus bas". Sicilian version is sung by Anthony Corleone (Franc D'Ambrosio) in The Godfather Part III.
-Wikipedia
Lagu asal 'Speak Softly,Love'
Versi Slash Guns N Roses
Thursday, 28 July 2016
2 Wayang Gambar
Criminal (2016)
Mungkin sebab Kevin Costner ni dah agak tua untuk di jadikan hero ala Jason Bourne,pengarah filem ini bijak bikin jalan cerita bagi menggambarkan watak 'hero' dari sudut yang berbeza.Criminal mengisahkan Bill Pope ( Ryan Reynolds) seorang ejen CIA yang di bunuh oleh penjahat hanya kerana Bill ni memiliki 'wormhole program' yang boleh mengawal segala senjata berbahaya di Amerika.Bill Pope tidak memecahkan rahsia program tersebut sehingga beliau mati.oleh kerana terdesak,pihak CIA terpaksa menggunakan penjenayah berbahaya iaitu Jericho Steward (Kevin Costner) menjadi bahan ujikaji dengan mengambil memori dari otak Bill Pope yang mati di bunuh untuk di letak kan di otak Jericho ini.nak tau lebih lanjut sila tonton sendiri..heheh..
Filem ini pada aku kekuatannya pada pelakon yang hebat2.ada Tommy Lee Jones,Gary Oldman,Scott Adkins,Gal Gadot dan Ryan Reynolds.lakonan Kevin Costner sebagai criminal yang 'bad ass' juga menarik.kalau anda meminati genre crime thriller,boleh la tonton filem ini.
*3/5
Ada Apa Dengan Cinta 2 (2016)
Aku pun terjebak tengok cerita ni..heheh..terus terang,yang bahagian pertama aku hanya tengok sekali lalu dan yang paling di ingati ialah 'kissing scene' kat airport tu..heheh..walaupun filem ini berkisahkan selepas 14 tahun yang berlaku pada bahagian pertama,kalau ada sesiapa yang tak pernah menonton bahagian pertama masih boleh faham jalan ceritanya,sebab si Rangga ni dah terangkan dengan terperinci kenapa dia terpaksa tinggalkan Cinta.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah kesenian temporari yang di tonjolkan.babak antara Rangga dan Cinta berjalan di sekitar kota Jogjakarta yang terkenal dengan seni klasiknya,menyaksikan keindahan kota Jogja dari puncak bukit di waktu subuh memang romantis dan berseni.
Filem ini pada pendapat aku walaupun nampak biasa2 je tetapi seni dan kebudayaan Indonesia tetap di tonjolkan.untuk ulasan panjang tentang filem ini boleh jenguk di blog Adi Herman Di Sini
*4/5 ( kali ni ada 2 kali kissing scene..aku tengok yang tak uncensored..heheh)

Monday, 25 July 2016
Hidayu - Perjanjian (1991) Reissue 2016
Pada mulanya aku nak skip album ni taknak beli,tapi di sebabkan pernah dengar lagu hitnya 'Impian Lain Warna' yang kerap juga aku dengar di radio dulu,terus aku ambik.sejak dah banyak sangat band meleweh yang di riliskan semula,memang aku tak beli la.nak suruh aku dengar Ukays? memang tak laa..hahah.
Kumpulan Hidayu ni sebenarnya merupakan anak didik kumpulan May yang juga berasal dari Ipoh Perak.ketika May buat road tour dulu,kumpulan Hidayu lah yang menjadi opening untuk May.kalau di perhatikan pada album ini,kebanyakkan lirik lagu hasil daripada Mus May.juga yang menarik tentang band ini ialah,lagu2 dalam album pertama mereka ini juga di tulis oleh mereka sendiri kecuali lagu 'Impian Lain Warna' di cipta oleh Nasha dan JS Kevin.
Lagu2 rancak/hard rock pun juga menarik.track pertama 'Perjanjian' intronya ada di ceduk sedikit dari 'For Whom The Bell Tolls'.lagu 'Hidup Metal Rock' tapi bukan berentak metal,masih mengekalkan hard rock.'Aku Adalah Aku' pun boleh tahan.'Pembela Bangsa' sound yang agak heavy,ok boleh tahan.ada dua lagu slow rock leleh juga ciptaan Hidayu (mungkin untuk siaran radio)iaitu 'Kenangan Cinta Silam' dan lagu 'Walaupun Sangsi'.apa yang aku perasan,suara vokalis nya sama seperti vokalis kumpulan Vagrant.adakah orang yang sama?jeritan nada tinggi beliau pun seakan sama.
Sound untuk cd ni pulak kali ini agak menarik juga.bunyi petikan bassnya ala Steve Harris memang dengar satu persatu,juga bunyi bass drumnya pun padat dan padu.entah di mana silapnya,kumpulan Hidayu ini hanya setakat satu album je.dengar cerita selepas album ini mereka berpecah.sayang kumpulan ini berbakat dalam penciptaan lagu tetapi tak bertahan lama.pada aku album ini masih boleh di layan,(mungkin sebab pendengaran dari telinga aku yang dah biasa dengar bunyi rakaman analog 80an)kalau rasa nak dengar hard rock penghujung 80an dan awal 90an.
Thursday, 21 July 2016
Joe Satriani - The Extremist (1992)
Antara album gitar instrumental paling di gemari,dan album ini la yang buat aku kenal siapa itu Joe Satriani selain Yngwie Malmsteen.cd ni merupakan kali kedua di beli tapi versi remastered.cd yang dulu entah siapa pinjam sampai sekarang tak di pulangkan balik.
Ok sebut pasal gitar hero,antara gitar hero kegemaran aku ialah Yngwie Malmsteen,Jeff Hanneman (Slayer) Kirk Hammett (solo2 dalam album terawal Metallica aku suka) Eric Johnson,Vinnie Moore dan juga Joe Satriani ini.
Pada yang taktau,Steve Vai,Kirk Hammett dan Alex Skolnick (Testament) pernah berguru dengan Joe Satriani ini.gelaran 'guitar virtuoso' memang sesuai la dengan beliau.ramai lagi pemain gitar hebat yang pernah berguru dengan beliau dan menjadi pemain gitar hebat.Joe Satriani juga pernah menjadi 'bidan terjun' menggantikan Ritchie Blackmore yang pada ketika itu meninggalkan Deep Purple ketika tour di Jepun pada tahun 1993.kira banyak jugak la jasa beliau dalam dunia muzik.dan yang terkini beliau menyertai supergroup 'Chickenfoot' yang di anggotai oleh Sammy Hagar (ex Van Halen) Chad Smith (Red Hot Chili Peppers) dan Michael Anthony (ex Van Halen)
Berbalik pada album ini,walaupun kesemua lagu dalam album ini instrumental,JS bijak dalam memainkan peranan sebagai pemain gitar.lagu2nya semua ada pelbagai mood.lagu dengan mood sedih ialah 'Cryin' lagu gembira 'Summer Song' ( lagu ni ramai dj radio era 90an guna untuk di jadikan lagu latar) lagu untuk kawan2 'Friends' mid tempo tapi best kalau dengar sambil melepak dengan kawan2.lagu sedih lagi dengan bunyi gitar akustik yang mendayu dalam 'Tears In The Rain' dan lagu sedih,marah,geram,sakit hati dalam 'War'.kesemua solo2 dalam setiap lagu memang mengikut mood lagu tersebut.kalau sedih memang mendayu2 solonya.kalau gembira solonya juga bergembira jugak..heheh..Joe Satriani menggunakan gitar signature series beliau berjenama Ibanez.
Kepada anda yang meminati pemain gitar solo ataupun yang meminati bunyi bunyian gitar tanpa vokal,boleh dengar album Joe Satriani The Extremist ini.dengar ketika pemanduan jarak jauh pun best.takda la mengantuk.
Wednesday, 20 July 2016
Friday, 15 July 2016
MD.45 - The Craving ( 1996 ) Remastered 2004
Pada sesiapa yang tidak tahu,album ini merupakan projek khas (side project) dari Dave Mustaine orang kuat dan juga pengasas Megadeth.album yang dah berusia 20 tahun..
Band side project ini di tubuhkan oleh abang Mus bersama2 dengan Lee Ving,penyanyi dari band punk 'Fear',di bantu oleh Kelly LeMieux (bass) dan Jimmy DeGrasso (drum).aku sebenarnya mencari versi asal terbitan tahun 1996 dengan vokal asal dari Lee Ving,tapi susah nak jumpa,yang ada ni pun versi remastered yang bahagian vokalnya di nyanyikan semula oleh abang Mus.
Nama MD.45 ini merupakan gabungan dari nama Dave Mustaine yang di terbalik kan jadi MD.dan 45 pula merupakan nama Lee Ving yang di terjemahkan dari angka roman 'VL' yang bermaksud 45.dan album 'The Craving' ini merupakan satu2nya album side project yang bergenrekan punk rock dan ada sedikit elemen heavy metal.aku memang tak pernah dengar versi Lee Ving.sebab vokal abang Mus ni aku rasa memang tak kena dengan muzik punk.
Versi 2004 ini ada 3 lagu bonus iaitu 'Chutney' 'Segue' (instrumental) dan juga 'The Creed' yang merupakan demo Megadeth pada era 'Countdown'.
Oleh kerana album ini bergenrekan punk rock dan vokalnya oleh Dave Mustaine,memang agak sukar aku nak hadam,sebabnya aku dah biasa dengar Megadeth,bila tiba2 dengar album ini yang bergenrekan punk rock memang susah sikit nak masuk telinga..heheh.walaupun begitu ada juga la beberapa lagu yang aku dengar sekali dah suka contohnya seperti lagu 'Hell's Motel' 'Day The Music Died' dan 'Fight Hate'. sound drum Jimmy DeGrasso yang padat dan padu memang sedap di dengar,cuma bila bahagian vokalnya di nyanyikan semula oleh Dave,ada sesetengah lagu kedengaran seperti Megadeth.
Walaupun genre punk bukanlah kegemaran aku,tetapi apa yang cuba di lakukan oleh abang Mus ini boleh di katakan berjaya jugak.kalau anda suka punk rock,boleh la cuba dengar album ini.

cerita di sebalik pembikinan remastered version ni.klik gambar bagi besar kalau nak baca |

Labels:
Glam/Hard Rock/Retro,
Klasik,
koleksi,
Legends,
Megadeth
Wednesday, 13 July 2016
Monday, 11 July 2016
30th Anniversary Ultimate Freddy Krueger
Sempena 30 tahun filem 'A Nightmare On Elm Street' yang telah di tayangkan pada tahun 1984 dulu,NECA Toys reissue balik action figure Freddy Krueger ni.action figure ini telah di keluarkan semula pada tahun 2014 yang lalu..
Unboxing.tengok apa yang ada dalam kotak ni..
Dalam ni ada pakcik Freddy,kepala gantian,kepala mangsa yang beliau bunuh,telefon,dan juga topeng kulit terbakar.(dead skin mask).
Filem pertama 'A Nightmare On Elm Street' juga merupakan filem pertama pelakon terkenal Johnny Depp.watak Freddy Krueger ini di lakonkan oleh Robert Englund.beliau juga telah di nobatkan antara watak seram terbaik sepanjang zaman selepas Sir Christoper Lee.dulu masa aku budak2 lagi pun memang takut bila tengok gambar atau filem Freddy Krueger ni.
Francais pasal filem Nightmare On Elm Street boleh tengok kat sini :
https://en.wikipedia.org/wiki/A_Nightmare_on_Elm_Street_(franchise)

muka serius |
muka ada senyum |

Tuesday, 5 July 2016
Aidilfitri 2016
Seperti tahun2 sudah juga aku menyambut hari raya aidilfitri di Johor Bahru.pada malamnya baru gerak balik di kampung halaman di Segamat.cuti hanya seminggu cuma dapat la beraya dengan sanak saudara dalam 2-3 hari.ok lah dari tak beraya langsungkan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk rakan blog,pengunjung setia blog ini dan juga pembaca senyap yang sudi singgah di sini.andai ada terkasar bahasa,salah dan khilaf mohon di maafkan.moga bergembira di Aidilfitri.
Monday, 4 July 2016
Helloween - The Time Of The Oath (1996)
Genap 20 tahun pada bulan march tempohari..
Secara peribadi,antara album Helloween era Andi Deris yang paling aku suka ialah album ini.antara album yang menarik hati peminat2 Helloween lama.stail muziknya masih mengekalkan power metal lama era 'Keeper Of The Seven Keys' dan maskot 'The Keeper' juga kembali menghiasi cover album ini dengan cincin dari album 'Master Of The Rings'.cd ni aku dapat versi cetakan jepun dengan harga 'second hand' yang agak murah juga.
Ada 14 lagu yang sebenarnya dalam album ini,hidden tracknya ialah lagu yang bertajuk 'Still I Dont Know' dan 'Take It To The Limit'.album ini juga Helloween tujukan khas untuk bekas pemain drum mereka yang telah membunuh diri iaitu Ingo Schwichtenberg.'The Time Of The Oath' merupakan 'concept album' (penceritaan di dalam lagu) berdasarkan dari kisah peramal masa depan yang terkenal di Eropah dan France yang kononnya boleh meramal masa depan dunia yang bernama Nostradamus.
Macam aku cakap tadi,album ni memang kembali ke akar umbi Helloween yang lama,lagu2nya yang heavy dan laju.walaupun vokalisnya bukan lagi Michael Kiske ( beliau keluar dari Helloween siap kutuk muzik heavy metal lagi..hampeh) Andi merupakan penyanyi yang tepat dan kena dengan album ke 7 Helloween ini.
Kesemua lagu2 heavy dalam album ini best2.dari track pertama 'We Burn', 'Steel Tormentor', 'Power','Kings Will Be Kings' dan juga 'Mission Motherland' dan dua lagu power ballad yang agak hit 'Forever And One' dan juga 'If I Knew'.kerja gitar dari Michael Weikath dan Roland Grapow yang suka buat solo berharmoni dan berganti2 memantapkan lagi kesemua lagu heavy dalam album ini.
Antara album power metal terbaik era 90an.kalau ada antara anda yang baru nak melayan power metal,boleh mulakan dengan album ini dulu.pak Deris dan rakan2 nya tak akan mengecewakan anda..heheh..

lirik.ada dua bahasa inggeris dan jepun |

dapat free sticker pumpkin dan band member Helloween |
Antara album power metal terbaik era 90an.kalau ada antara anda yang baru nak melayan power metal,boleh mulakan dengan album ini dulu.pak Deris dan rakan2 nya tak akan mengecewakan anda..heheh..
Subscribe to:
Posts (Atom)