Hari ini hari terakhir di tahun 2015,esok dah masuk tahun baru 2016.azam 2016 aku ialah dengan mengikut cadangan menteri pasola suruh buat 2-3 kerja (memang aku buat 2 kerja pun sekarang)
Selamat Tahun Baru 2016..
Thursday, 31 December 2015
Wednesday, 30 December 2015
Sunday, 27 December 2015
Best Of The Best 2015
Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk tahun 2016.ada la beberapa benda yang boleh di katakan terbaik pada aku walau pun tidak pada orang lain.
Ok ni antara yang terbaik sepanjang tahun 2015
Permainan Video Terbaik : Metal Gear Solid V The Phantom Pain.
Gameplay,jalan cerita yang menarik,dengan grafik yang sangat2 mengujakan antara game yang selalu buat aku lambat tidur..heheh..sayangnya ini game Metal Gear terakhir keluaran Kojima Productions,pencipta watak hero ini ialah Hideo Kojima,kerana beliau telah meletakkan jawatannya sebagai perkeja,director dan pembina game bagi company Konami ni.(dengar cerita beliau telah di pecat,tapi memang rugi la sebab kerana francais game Metal Gear ini la Konami untung berjuta dollar).
Drama Terbaik : Fear The Walking Dead
Sori eh,bukan drama melayu yang mengarut merapu tu,drama melayu pun memang aku tak tengok,minda tak bekembang tengok drama melayu ni.untuk series,aku suka Fear The Walking Dead ni,walaupun pada mulanya aku rasa macam tak best je bila pertama kali layan,tapi sesiapa yang dah tengok series 'The Walking Dead' yang ini merupakan prequel sebelum kisah Rick and the gang tu.memang tak mengecewakan la.
Rilisan Semula Terbaik : Search - Di Pintu Sepi/Berpaling,Junction - Petualang
Junction album Pertualang tu kerana mereka cuba nak jadi sebuah band dan mereka berjaya,walau pun dah 25 tahun berlalu dan ramai yang terlepas pandang,album 'Petualang' merupakan album terbitan semula yang terbaik bersama2 album 'Di Pintu Sepi' dan 'Berpaling' yang mana aku ingat takkan di keluarkan semula tapi akhirnya muncul dalam bentuk cd pada tahun 2015 ni..
Album Thrash Metal Terbaik : Slayer - Repentless
Agak sukar nak menemui band thrash metal yang mengekalkan identiti sound pure thrash 80an dan Slayer berjaya dengan formula ini walau pun tanpa Jeff Hanneman.untuk album ini memang tiada masalah di telinga aku.
Album Heavy Metal Terbaik : Iron Maiden - The Book Of Souls
Yang ni memang tak perlu cerita panjang la,dah pernah ulas pasal album ni sebelum ni kan,tapi memang antara best album untuk tahun 2015.
Filem Crime Thriller Terbaik : Sicario
Antara filem crime thriller yang best pada aku.pelakonnya pun hebat2.aku tak mau spoiler,sila tonton sendiri..heheh..
Filem Aksi Terbaik : IP Man 3
Star Wars aku tak tengok lagi sebab tiket selalu sold out,filem aksi Hong Kong ni boleh tahan best jugak la..scene Donnie Yen bertarung dengan Mike Tyson tu memang menarik.
Buku Terbaik : Pentagram Di Atas Pusara
Karya sastera gelap sulung dari rakan blog dari Bintulu Sarawak iaitu Adi Herman.cerita2 yang unik dan melangkaui imaginasi yang tak pernah di fikirkan sebelum ni.
Lagu Rock/Heavy Terbaik : Iron Maiden - If Eternity Should Fail
Lagu yang selalu terngiang2 kat telinga aku dan antara track pertama dalam album 'Book Of Souls' yang aku suka dengar..heheh..
Dan akhir sekali...
Blog Terbaik 2015
Nak pilih salah satu memang susah,sebab semuanya terbaik,tak kira lah sama ada bloggers kenalan lama atau yang baru,semuanya terbaik.moga rakan2 blog semua tak jemu nak menulis/update blog.
Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua (pembaca,pengunjung dan rakan blog) yang akan berganti beberapa hari je lagi.moga rezeki kalian bertambah murah dan di kurniakan kesihatan selalu.

Friday, 25 December 2015
Wednesday, 23 December 2015
White Lion - Pride Vinyl (1987)
Antara album White Lion yang ingin di miliki versi piring hitamnya akhirnya berjaya dapat.
Album ini merupakan album kedua dari White Lion yang pada mulanya tidak di hiraukan oleh peminat rock pada zaman itu,pengkritik muzik dan juga tidak di pedulikan oleh pihak MTV sehinggalah single 'When The Children Cry' (antara lagu ballad rock terbaik sepanjang zaman) meletup di carta muzik di Amerika dan stesen radio seluruh Amerika dan Eropah mula memainkan lagu ini dan single 'Wait'.
Taktau sangat pasal album ni,menurut Wiki,proses rakaman untuk album Pride ini hanya mengambil masa selama 6 minggu dan di terbitkan oleh Michael Wagener.single pertama dari album ini yang di riliskan ialah 'Wait' tapi tidak mendapat sambutan yang menggalakan.sehinggalah single 'When Children Cry' hit,dan album ni seterusnya laris terjual sehingga 2 juta unit hanya di Amerika sahaja.dengan suksesnya album ini White Lion melakukan tour sehingga ke Jepun dan pernah meriliskan konsert mereka di Jepun dalam bentuk VHS tape.
Mike Tramp (vokal) pernah berkata album Pride ini merupakan antara album terbaik White Lion,kerana lagu2 yang di tulis bersama Vito Bratta mempunyai 'jiwa' yang sama.line up White Lion era ini pun memang terbaik. Mike Tramp (vokal,yang telah berkahwin dengan pelakon Indonesia Ayu Azhari) Vito Bratta (gitar,antara gitaris glam rock terbaik era 80an yang menjadi inspirasi bagi peminat rock melayu dulu2) James LoMenzo (bass,yang pernah join Megadeth kejap) dan Greg D' Angelo (drum,sebelum join White Lion beliau merupakan drummer bagi Anthrax pada awal 80an)
Aku suka album ni sebab soundnya memang betul2 pure glam rock 80an punya sound,kerja gitar Vito Bratta dah tentu best lah.bunyi akustik dan solo dalam lagu 'When Children Cry' tu memang syahdu dan menusuk kalbu betul.memang patut di gelar lagu ballad rock terbaik sepanjang zaman.lagu lain seperti 'Lady Of The Valley' 'Lonely Nights' 'Sweet Little Loving' pun best.
Overall,cerita panjang pun tak guna..heheh..tapi kalau sesiapa yang minat White Lion dan nak tau petikan gitar Vito Bratta yang 'beremosi' kejap solo dia mendayu,syahdu dan gumbira,boleh layan lagu2 White Lion ni,lagu ballad White Lion yang aku suka ialah 'Till Death Do Us Part' heheh.. :p

Sunday, 20 December 2015
Pan (2015)
Cerita fantasi Peter Pan ni aku rasa dah banyak kali juga di filemkan kalau tak silap.dengan versi kartunnya sekali.buku cerita tentang Peter Pan ini pertama kali di tulis pada tahun 1904 oleh J.M Barrie.beliau lah yang mencipta watak Peter Pan ini.oleh kerana filem ini bergenrekan epik fantasi,dengan teknik CGI yang agak menarik,aku pun melayan la sampai abis..
Filem Pan ni merupakan prequel sebelum terjadinya perseteruan atau pun permusuhan antara Peter Pan dan Captain James Hook.ia menceritakan bagaimana Peter Pan telah di tinggalkan di rumah anak yatim oleh ibunya sewaktu beliau masih bayi lagi.hidup di dalam tekanan dan penderaan di rumah anak yatim tersebut,pada satu malam Peter dan semua penghuni anak yatim telah di culik oleh lanun yang di ketuai oleh Blackbeard (lakonan Hugh Jackman,agak lawak juga beliau membawakan watak penjahat)mereka telah di bawa ke Neverland untuk di jadikan hamba abdi untuk bekerja di lombong kepunyaan Blackbeard.selepas itu bermulalah pelbagai aksi dan komedi yang agak menarik berserta dengan teknik CGI yang menarik.
Overall filem ini ok la best,memang sesuai untuk tontonan bersama keluarga,lagi pun memang filem untuk kanak-kanak.lakonan Hugh Jackman sebagai Blackbeard dengan aksi lawak dia memang best.pelakon baru yang melakonkan watak Pan iaitu Levi Miller berjaya membawakan watak Peter Pan dengan baik.part ramai- ramai nyanyi lagu Nirvana dan lagu The Ramones tu pun best..heheh..
Boleh layan..
*4/5
Thursday, 17 December 2015
Sudirman Dan Leslie Cheung
Kita tahu bahawa Allahyarham Sudirman Hj. Arshad digelar 'Penghibur No. 1 Asia' ekoran kemenangan beliau dalam Salem Music Award pada tahun 1989 di Royal Albert Hall yang berprestij di tengah kota London.
Tetapi kemenangan beliau bukan mudah,beliau terpaksa bersaing dengan artis-artis terhebat pada zamannya dan penghibur-penghibur terhebat ini termasuk dirinya tidak pernah mampu diganti oleh artis-artis pada hari ini.
Antara saingan terkuat beliau adalah penyanyi bertahap diva di Filipina,Kuh Ledesma,Anita Sarawak dari Singapura ketika itu dan legenda Cantopop,Leslie Cheung.
Saya pada mulanya seakan tidak percaya mendiang Leslie Cheung turut menyanyi dalam acara itu kerana beliau ini memang cukup 'lejen' ketika itu dengan filem-filem kegemaran saya seperti The Better Tomorrow dan Once a Thief.
Walaupun di sana ada pepatah mengatakan 'yang patah tumbuh,yang hilang berganti' namun sehingga ke hari ini tiada seorang pun penyanyi di negara kita yang popularitinya merentas
segenap umur,bangsa dan zaman.Tiada yang berani membuat konsert percuma di tengah-tengah Kuala Lumpur jika tidak memiliki tahap seperti aura Allahyarham Sudirman Hj Arsyad.
~Srikandi
kredit: covenantartists.blogspot.com
p/s: dalam gambar ini kita boleh lihat Allahyarham Sudirman berada di tengah berkacamata hitam dengan mendiang Leslie Cheung berada di sebelah Anita Sarawak yang berada di kiri sekali.
Artikel asal dari :
Versi albumnya boleh tengok kat blog Ijau kat sini :
Wednesday, 16 December 2015
Wordless Wednesday
Monday, 14 December 2015
Slayer - Repentless CD (2015)
Album terbaru Slayer tanpa Jeff Hanneman..
Sebenarnya aku lupa yang aku ada beli album ni rupanya..heheh..di sebabkan sibuk nak kumpul cd2 rock melayu reissue,lupa nak cerita pasal album ni,'Repentless' akhirnya berada juga di pasaran setelah berbagai kemelut yang di lalui Slayer dengan kematian tonggak utama Slayer iaitu Jeff Hanneman (beliau merupakan pencipta lagu2 klasik Slayer) dan juga pengunduran Dave Lombardo kerana masalah royalti.abaikan cover yang kontroversi tu dan juga kisah kontroversi pakcik2 Slayer ni,layan lagu2 dalam album dulu.
Lagu2 dalam album ini di katakan separuhnya adalah dari ciptaan Jeff juga.riff gitarnya masih mengekalkan trademark Slayer seperti album2 yang lepas.ketukan drum dari Paul Bostaph pun masih hebat lagi setanding dengan Dave Lombardo.lagi pun beliau juga pernah bersama Slayer sebelum ini,track pertama lagu instrumental 'Delusions Of Savior' merupakan track 'salam perkenalan' Slayer yang kembali bersama Paul Bostaph dan Gary Holt.banyak juga la lagu2 yang sekali dengar dah 'melekat' seperti 'Repentless' (video klip lagu ni aku suka sebab ada Danny Trejo) 'Chasing Death' 'Piano Wire' 'Implode' 'Pride And Prejudice' dan lagu mid tempo 'When The Stillness Comes'.
Album ini di terbitkan oleh Terry Date (yang pernah menerbitkan album2 Pantera) mereka tidak lagi menggunakan khidmat Rick Rubin orang yang bertanggungjawab menjadikan mereka antara empat gergasi thrash metal era 80an.
Walaupun album ini mendapat kecaman hebat dari peminat tegar Slayer,pada aku album ini boleh di anggap yang terbaik.sound original thrash metal juga masih boleh di dengar dalam setiap lagu.pada aku cuma Slayer je yang masih mengekalkan originalti thrash metal klasik.bukan seperti band heavy amerika era baru yang lebih pada Nu Metal.
Pada peminat thrash/heavy metal yang rindukan sound thrash metal klasik acuan 80an,boleh dengar album ini.maafkan la pakcik Kerry tu sebab tak berapa pandai cipta lagu,cuma pandai riff dan solo yang menggila je..heheh..
Lagi pasal Slayer boleh jenguk kat blog Nekrobanger DI Sini.

antara lagu yang ada dalam album ini |

pakcik Tom |
pakcik Kerry |

Friday, 11 December 2015
Zomba
Apa yang perlu di buat kalau terjadinya zombie apocalypse?
Atau pun layan lagu ni je..
"Zombie" is a protest song by Irish rock band The Cranberries.It was released in September 1994 as the lead single from their second studio album, No Need to Argue (1994). The song was written by the band's lead singer Dolores O'Riordan, and reached No. 1 on the charts in Australia, Belgium, Denmark, and Germany.
It won the "Best Song" award at the 1995 MTV Europe Music Awards.

-Wikipedia
Wednesday, 9 December 2015
Monday, 7 December 2015
Belantara s/t (1987) Reissue 2015
Akhirnya setelah 28 tahun berlalu..
Sejujurnya aku mengenali Belantara hanya melalui album kedua,'Srikandi Disisi' antara album progresif rock melayu terbaik yang betul2 aku minat juga akan di riliskan pada masa terdekat ni.tetapi setelah mendengar kesemua lagu dalam album pertama ini,ternyata Belantara memang bukan calang2 band,pujian dan ulasan dari Berteromber di blog beliau Kat Sini memang aku setuju sangat lah,memang susah nak jumpa band rock melayu pada tahun 80an yang memainkan muzik rock lebih 'unik' dari band2 rock yang lain pada ketika itu.
Album pertama Belantara ini di terbitkan oleh Belantara dan Hillary juga di bantu M.Nasir untuk lagu 'Dewi' (menurut blog Berteromber M.Nasir suka kat lagu ni) Belantara di anggotai oleh Zaid,Syuk dan Aziz.diorang ni memang pemuzik professional.Belantara di tubuhkan ketika mereka masih lagi belajar di Amerika.(kalau album ni rilis kat amerika,confirm diorang ni dah boleh masuk Rock n Roll Hall Of Fame) stail muzik mereka yang unik ala2 Queensryche sesuatu yang peminat rock belum boleh terima pada zaman itu,tetapi menjadi sejarah dan lagenda selepas 28 tahun.lagu2nya memang menarik,vokalisnya Zaid walaupun vokalnya tak mengikut tune (seperti Rolling Stones,Mick Jagger pun nyanyi tak ikut tune) tetapi stail vokal dan muziknya memang kena dengan setiap lagu.
Album pertama Belantara ini juga unik,kerana lagu2nya hanya berkisarkan tentang kehidupan dan semangat juang.takda ada lagu jiwang leleh dalam album ini kecuali lagu 'Dewi' je lah.tapi lagu 'Dewi' pun bukan la slow rock.lagu mid tempo yang boleh tahan menarik.yang lain2nya semua lagu hard rock ala Queensryche seperti 'Belantara' 'Jentera Pemusnah' 'Kepangkuan Ibunda' 'Jebat' (track fav.ni) dan 'Sutra'.
Sound untuk reissue ni ok lah best,walaupun sumbernya dari piring hitam.memang berbaloi di riliskan kembali album ini.antara album progresif rock melayu dari Belantara yang terbaik sepanjang zaman.lepas ni nak tunggu album 'Srikandi Disisi' pulak.
Ini album memang terbaik.rugi kalau tak dengar.betul2 legend album ni.

tengok logo tu tetiba aku teringat logo kartun 'Thundercats'..heheh |
"Negaramu Yang Utama" |

Saturday, 5 December 2015
Ayam Den Lapeh
Malam ni aku tinggal sorang,tengah bosan2 aku terdengar lagu lama nyanyian Anita Sarawak kat radio yang tajuk dia "Ayam Den Lapeh".lagu yang menggunakan bahasa minang lama yang agak sukar di fahami.tertarik dengan bahasa ni,timbul pulak idea aku nak menulis malam ni..hehe..seperti yang kita tahu bahasa minang ni asalnya dari Sumatera Barat dan bahasa atau loghat ni kalau kat Malaysia ni memang terkenal kat Negeri Sembilan yang terkenal dengan adat pepatih nya.bahasa minang ni bunyi nya memang sekali dengar agak kasar,tapi sebenarnya bahasa ni indah bila di terjemahkan ke bahasa melayu.cuba tengok lirik lagu "Ayam Den Lapeh" ni :
Duruihlah jalan Payo kumboh,
Babelok jalan kayu jati
Dima hati indak ka rusuah,
Ayam den lapeh,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Mandaki jalan Pandai Sikek,
Menurun jalan Ka Biaro
Dima hati indak kamaupek,
Awak takicuah,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Sikucapang, siku capeh,
Saeko tabang, siku lapeh,
Tabanglah juo nan karimbo,
Oilah malang juo,
Pagaruyuang Batusangka,
Tampek bajalan urang Baso,
Duduak tamanuang tiyok sabanta,
Oi takana juo,
Oi Oi… ayam den lapeh,
Den sangko lamang nasi tuai,
Kironyo tatumpah kuah gulai,
Awak ka pasa alah usai,
alah malang denai,
ayam den lapeh
Ok,yang tu bahasa minang,yang ni pulak bila di terjemahkan ke bahasa melayu.
Luruslah jalan Paya Kumbuh,
Berbelok jalan ke Biaro,
Dimana hatiku tidak resah,
(bagaimana saya tidak resah)
ayamku terlepas.
Oi oi ayamku terlepas.
Mendaki jalan Pandai Sikek,
menurun jalan Kayu Jati,
dimana hatiku tidak mengumpat,
(bagaimana hati tidak mencaci @ mengeji)
awak sudah tertipu.
(awak merujuk kepada diri / bermonolog sendirian)
Oi oi ayamku terlepas.
Seekor capang,
(capang = cacat kerana terlebih
seekor capik,
(capik = cacat kerana terkurang)
seekor terbang,
seekor terlepas,
terbanglah jua nan ke rimba.
hai lah malang jua.
Pagar Ruyung Batu Sangkar,
tempat berjalan orang baso,
(baso ada 2 erti, bahasa atau nama tempat)
duduk termenung tiap sebentar,
(berkali-kali / setiap masa)
hai terkenang jua.
Oi oi ayamku terlepas.
Kusangka lemang nasi tuai,
(sejenis makanan)
kiranya tertumpah kuah gulai,
awak ke pasar sudah selesai,(pasar sudah tutup)
alangkah malangnya diri ku.
Oi oi ayamku terlepas.
Maksud yang tersirat di sebalik lagu ni :(semua bersumber dari google )
-Lagu ini membawa maksud yang simbolik, seorang yang beristeri empat atau mempunyai empat orang kekasih yang mana malang menimpa dirinya kerana keempat-empatnya manjauhkan diri darinya. Ini kerana kemungkinan ada seseorang (orang kelima - kemungkinan kekasih barunya) yg membuat hal menyebabkan yang empat orang itu merajuk membawa diri. ( ini adalah tepat jika kita mengambil kira empat ekor ayam, dimana setiap seekor darinya capang, capik, terbang, dan terlepas ke rimba. dan merujuk awak itu kepada individu lain, bukannya bermonolog sendirian)
-Lagu ini menggambar seorang lelaki yang cuba menambat hati dua perempuan dalam satu masa. tapi, setiap perlakuannya semuanya sia-sia sahaja. ( ini adalah benar jika kita anggap cuma ada 2 ekor ayam, yang capang dan terbang, yang capik dan terlepas ke rimba. dan jika kita perhatikan, perbuatan sia-sia si lelaki termasuklah duduk termenung dan pergi ke pasar sewaktu urusan jual beli sudah tamat)
- Seorang peniaga yang mengalami kerugian dalam perniagaannya. (adalah tepat jika diperhatikan perbuatan menuju ke pasar, dan frasa awak takicuah (saya tertipu))
Fakta Lain :
-Paya Kumbuh, Pandai Sikek, Batu Sangkar, Baso, Biaro ialah nama-nama tempat di Sumatera Barat.
- Pagar Ruyung ialah kerajaan lama Minang berhampiran Paya Kumbuh dan Batu Sangkar. Istana Besar Pagar Ruyung sudah terbakar pada 27 Februari 2007.
-Lemang Nasi Tuai merujuk kepada Pulut Kuning (tepat jika kita melihat konteks ayat. Lemang Nasi Tuai yang disangka sebenarnya nasi yang berkuah gulai. gulai dalam hal ini ialah gulai kuning).Jika merujuk kepada resipi ini, Nasi Tuai ialah makanan yang manis. Manakala gulai adalah masakan yang biasanya pedas. Jadi, jika dikaitkan dengan situasi lelaki itu, dia mahukan sesuatu yang disangka manis tapi rupanya realiti tidaklah semanis yang disangkanya.
Lagu ni terdapat banyak versi.ramai penyanyi yang nyanyikan lagu ni antara nya Sharifah Aini,Anita Sarawak,dan juga Ally Noor & Mastura.lagu ni ciptaan Nurseha dan Abdul Hamid dan di popularkan oleh Oslan Hussien dan Nurseha. (lagu minang pun citer pasal keburukkan lelaki eh..napa?)hehe..
Wednesday, 2 December 2015
Wohnen - Madah Terakhir (1992) Reissue 2015
Album pertama dari Allahyarham Wohnen yang pernah di terbitkan pada tahun 1992 dahulu.beliau juga merupakan anak kepada penyanyi veteran M.Y.Shamsudin.Wohnen merupakan satu2nya artis wanita yang menampilkan irama southern rock dan sedikit elemen country dalam album ini.apa yang menarik tentang album ini ialah vokal Wohnen tu.beliau yang memiliki vokal husky serak2 basah memang kena dengan setiap lagu dalam album ini.
Info tentang album ini aku tak tau sangat,tapi apa yang aku tahu,Allahyarham Wohnen hanya sempat menghasilkan setakat dua album je.album keduanya di terbitkan pada tahun 1996 dengan tajuk 'Wawasan 96'
Lagu yang pernah hit dan paling di ingati ialah lagu 'Madah Terakhir' aku suka vokalnya memang kena dengan lagu,dalam album ini juga ada satu lagu inggeris yang berentak country iaitu lagu 'I Hate To Say You Make Me Crazy' lagu2 lain seperti 'Bendera Kerinduan','Irama Cinta Gemalai' dan 'Rentak Seribu' memang menarik.bunyi gitar akustik nya memang terbaik la syok di dengar,bunyi akustiknya keluar sebijik2 sama macam album Ekamatra
Sound untuk rilisan semula ni memang puas hati la,mungkin dari master tape asal.cuma sayangnya Allahyarham Wohnen tak sempat nak tengok album ini di riliskan semula.terima kasih kepada NSR kerana meriliskan kembali album ini.kalau tidak ramai yang tak tau album ni pernah wujud.
Al Fatihah buat Wohnen,Yus Jambu dan juga seniwati Mariani yang telah kembali ke Rahmatullah malam tadi.semoga Roh mereka di cucuri Rahmat Allah SWT.
Tuesday, 1 December 2015
Welcome December
Counting Crows - A Long December
Collective Soul - December
Dan bulan disember jugak ada movie ni
"pew pew' (bunyi efek tembak)
Sekejap je dah masuk bulan terakhir tahun 2015....

Subscribe to:
Posts (Atom)