Oleh : Aimi Nordin
Setiap orang pasti pernah melalui pengalaman yang dianggap seperti dejavu. Dejavu adalah keadaan di mana kita merasakan ianya seperti pernah terjadi. Tetapi anda juga tak pasti benarkah ianya pernah terjadi atau hanya bayangan anda sahaja. Pernah tak terfikir apa sebenarnya dejavu ini?
Dejavu – ianya berlaku kepada 60 % - 80 % manusia, tetapi kenapa? Terdapat tiga teori di sebalik keadaan ini.
1.Silap
Otak anda hanya seperti di short cutted. Sesuatu telah berlaku, dan input deria anda terima telah dimuatkan dalam memori yang tidak berkaitan secara tidak sengaja. Dalam erti kata lain, fikiran anda hanyalah sekadar permainan sahaja.
2.Peringatan
Anda mengingati sesuatu yang lain. Objek, bau atau bunyi yang telah menyebabkan memori anda telah disimpan. Itu mewujudkan perasaan lega walaupun anda mempunyai satu pengalaman baru.
3.Fikiran Yang Teratur
Anda mengenali corak. Minda manusia mempunyai keupayaan yang luar biasa untuk melihat dan ingat corak. Cara perabot direka, cara jalan dibuat walaupun corak biasa bersuara boleh mencetuskan rasa dejavu.
Dejavu juga merupakan kecenderungan seseorang otak seseorang untuk mengingat kenangan atau pengalaman yang dirinya sendiri tidak pasti di mana ia dijumpai. Pada asasnya, cara fikiran kita yang memberitahu kita bahawa ada sesuatu di hadapan kita yang kita mahu ingat atau memori cuba mendapatkan semula. Dejavu memang pelik.
p/s : baru je mimpi pasal bangunan atas bukit tu terbakar,so malam tadi heboh pasal memang betul2 terbakar..kira 'Deja Vu' jugak ke?
Thursday, 30 July 2015
Wednesday, 29 July 2015
Monday, 27 July 2015
Medicine - Titian (1988) Reissue 2015
Terjumpa secara tak sengaja di terminal bas Larkin ketika aku pulang ke JB pada hari terakhir Ramadhan tempoh hari,oleh kerana ia nya rilisan semula dari NSR Records (dengar cerita banyak lagi rilisan album rock lama2 yang akan di terbitkan semula oleh NSR Records)tanpa fikir panjang aku terus ambil dan bayar.sebab album ini adalah album yang banyak mengimbau kenangan lama semasa di kampung..
Album pertama Medicine ini pertama kali aku dengar pada tahun di terbitkan pada ketika itu aku baru darjah 6.versi kaset yang di beli oleh abang aku,yang pada masa itu baru berharga RM 9.90.harga LP pada tahun 80an pun murah lagi.seperti kata Berteromber,inlay cd nya memang menggunakan kertas bermutu tinggi,bau kertas tersebut betul2 mengimbau kenangan lama.dulu dengar kaset sambil belek2 lirik kat inlay dengan bau kertasnya yang kuat tu memang priceless laa..(tapi kalau dulu ramai tangan yang pinjam sampai lunyai inlay tu bau dia pun dah takda..heheh)
Ok cerita pasal album ini pulak.album ini di terbitkan oleh Usop dan Sani dari kumpulan yang penuh seni iaitu Kopratasa.patutlah lirik2 dalam album pertama Medicine ni puitis dan berseni,sebabnya ianya di terbitkan oleh dua lagenda yang memang 'art'.lagu2 dan lirik juga kebanyakkan nya dari lagenda muzik seperti M.Nasir,JS Kevin,Nasir Jani,Siso,Azida NS dan juga Ainol Jamal Zainal (kalau tak silap beliau ni dj radio yang agak popular dulu kot?)kalau versi asal,ada dua track dalam minus one iaitu lagu 'Titian' dan 'Rimba Cinta'.dari segi soundnya memang agak puas hati,rasanya versi ini memang dah remasterd kot,sebab soundnya lemak berkrim,tiada tenggelam timbul,bunyi bass,gitar,bunyi akustik gitar dan bass drum semua secukup rasa.dah try main kat sistem hifi pun ok memang best.
lirik dengan bau 'reunion' |
Lagu 'Tika Dan Saat Ini' dan 'Rimba Cinta' memang meletop pada masa tu,balik sekolah selalu nyanyi ramai2 lagu 'Tika Dan Saat Ini' tapi dengan lirik yang tungang langgang..heheh..secara peribadi lagu yang aku suka dalam album ini ialah 'Wangian Kasih Ibu' lagu ni memang rock mid tempo memang kena la pada zaman tu,lagu mengisahkan seorang anak yang ingin mengubati kesedihan ibu nya.lirik dia memang syahdu 'ibu ku..di kejauhan diriku..seakan terdengar tangis mu..tika kau sendiri..' lagu 'Titian' pun aku suka, lirik puitis dari JS Kevin, lagu 'Rentak Kehidupan' yang agak hard/heavy,dan juga lagu 'Derita Seorang Filosuf' yang ala2 Iron Maiden pun aku suka.dulu2 taktau apa makna 'Filosuf' tu..heheh..
Apa pun terima kasih kepada NSR Records sebab menerbitkan kembali album2 rock lama ini,khazanah rock negara ni tak boleh di biarkan pupus,kalau di terbitkan dalam bentuk piring hitam pun best juga.
Untuk rilisan album rock dulu2 yang lain boleh jenguk kat blog Berteromber DI SINI dan juga blog PC Kokak KAT SINI
Saturday, 25 July 2015
Flashback Saturday : Raya Dulu - Dulu
Flashback Saturday minggu ni,memandangkan kita masih lagi dalam mood raya,aku teringat program kat tv dulu2.masih bersekolah rendah lagi dan pada masa tu TV3 pun belum wujud lagi,yang ada hanyalah RTM 1 dan RTM 2.
So setiap kali tiba nya hari raya,yang masih aku ingat ialah program tv yang sama pernah di tayangkan pada raya yang sebelumnya.tapi pada masa tu pun siapa yang peduli walau rancangan tv tu recycle dari tahun lepas punya kan?sebabnya orang sibuk beraya.
Antara rancangan di tv yang aku ingat ketika pergi beraya rumah orang sambil layan kuih tart nenas dan air sirap ialah rancangan ini..
'Alif tendang wau - sarkis daa'
Dan lagi satu ialah ini..
Kalau dulu Nassier Wahab ni takda nyanyi kat tv time raya aku rasa macam tak kena je..heheh..pernah dulu dah masuk 3 rumah aku beraya,tengok tv dia juga yang nyanyi tapi lain2 baju lah..heheh..
Itu la kenangan raya aku dulu2...Selamat Hari Raya Aidilfitri. :p

Wednesday, 22 July 2015
Thursday, 16 July 2015
Salam Aidilfitri 2015
Diam tak diam hari ini hari terakhir kita berpuasa pada tahun ini,InsyaAllah kalau di panjangkan umur akan bertemu lagi di Ramadhan tahun hadapan.esok semua umat islam seluruh nusantara dan dunia akan menyambut ketibaan Aidilfitri.walaupun dengan pelbagai isu yang melanda,dengan segala barang dan minyak naik harga dengan nilai ringgit Malaysia yang semakin susut,kita semua tetap menyambut raya walaupun secara sederhana..
Takyah la nak cerita panjang2,so aku tahun ini beraya di Johor Bahru,dan kemudiannya pada hari raya pertama atau kedua mungkin pulang di kampung halaman di Segamat.kalau ada durian boleh makan ni..heheh..apa pun Selamat Hari Raya Aidilfitri buat rakan2 blog,pembaca,pengunjung yang mungkin tersesat kat sini atau pun pembaca senyap.aku minta ampun dan maaf andai ada tulisan dalam blog aku ni yang menyinggung perasaan pembaca semua.moga raya kalian semua 'Raya yang sempurna'.
Maaf Zahir & Batin
Wednesday, 15 July 2015
Monday, 13 July 2015
The Age Of Adaline (2015)
Selalu layan action movie je,sesekali layan filem jiwang pulak..heheh..
'The Age Of Adaline' merupakan filem yang bergenre 'romance fantasy' (filem fantasi romantik) agak menarik juga untuk di tonton.di bintangi oleh Blake Lively dan Harrison Ford.(orang tua ni dah tak sesuai dengan filem aksi,memang sesuai dengan filem2 macam ni je)
Secara ringkasnya filem ini mengisahkan Adaline (lakonan Blake Lively) yang tidak pernah tua dan tetap berumur 29 tahun sejak beliau di panah petir pada tahun 1900an.bagaikan sumpahan,Adaline yang tidak pernah tua,berkahwin,serta beranak pinak dan bercucu,beliau juga menyaksikan kematian anak dan cucu nya dah lebih tua daripadanya.kesan dari 'sumpahan' yang ada,beliau merasakan dirinya terlalu tertekan dan rasa kosong.
Kalau sesiapa yang pernah menonton 'The Curious Case Of Benjamin Button' pasti tahu ceritanya macam mana,cuma dalam kes Benjamin beliau di lahirkan dengan umur yang mengundur ke belakang,berbeza dengan Adaline kekal dengan umur 29 tahun.
Untuk peminat filem romantik boleh la menonton filem ini..
*4/5
Wednesday, 8 July 2015
Wordless Wednesday
Monday, 6 July 2015
Zakat 2015
Dah setel..aku pun memang tak suka bayar lambat,yang mana patut di dulukan, selesaikan dulu.cuma yang agak istimewa pada tahun ini amil tempat aku bayar zakat ini adalah sahabat lama yang agak lama tak jumpa,di sebabkan beliau pun tengah bekerja,aku pun taknak la ganggu..cuma sebelum aku beredar sebab nak beri laluan pada orang lain untuk bayar zakat, dia sempat tanya 'Eh,Maiden punya new album rilis september ek?' sehingga orang yang selepas aku tu cakap 'wah,abang aji pun layan Iron Maiden ke?' heheh..kawan aku tu pun mat rock kental juga.
Seperti tahun lepas dan sama seperti di Sabah dan Sarawak,nilai zakat fitrah pada tahun ini juga masih lagi RM7.00.
Saturday, 4 July 2015
Anak - Anak Kita
Flashback saturday minggu ini agak emosional sikit.lupakan sekejap pasal hiburan..
Pada era 80an ketika aku dan adik beradik yang lain masih lagi bersekolah,kehidupan kami tidaklah mewah,tapi Alhamdulillah sentiasa murah rezeki.arwah ayah aku dulu boleh di katakan garang juga lah,kadang2 kerap juga aku,abang2,kakak dan adik di marahi adakalanya di sebat dengan tali pingang,tapi takda la kerap,sebabnya bila arwah ayah aku ni baru acah2 nak ambik tali pingang kitaorang adik beradik memang dah kecut perut dah..heheh..tapi biasanya arwah ayah aku marahnya memang tak lama,dalam 5 minit lepas tu dia ok dah.bila dah besar ni baru aku faham,dia marah tu sebenarnya kerana dia sayangkan kita..
Suatu ketika,ada kucing datang di rumah kami dengan kaki yang tempang dan badan yang penuh dengan luka2,(mungkin kena pukul atau pun bergaduh)bila melihat keadaan kucing yang macam tu,arwah mak aku terus merawatnya,membersihkan luka2 nya dan juga sapu minyak urut di kakinya yang tempang tu sehingga kucing tu sembuh seperti sedia kala,.bila dah elok arwah mak pesan kalau kucing tu nak keluar terus dari rumah tu biarkan.tapi walau dah sembuh sekali pun kucing tu tetap tinggal dengan kitaorang.bijak dan manja,bagusnya kucing ini dia tak berak dalam rumah,dia akan pegi berak jauh2..heheh..sehinggalah pada suatu petang,kucing ni kena langgar dengan kereta betul2 depan rumah aku,memang sedih la masa tu,abang dan kakak aku menangis.seminggu kitaorang adik beradik teringat2kan kucing tu sehinggakan ada kucing lain yang arwah ayah aku bawak balik pun kitaorang tak mahu bela...
Dan pada minggu ini...
Hati aku jadi tersentuh,geram dan sakit hati bila baca tentang adik yaya yang di dera sehingga patah 13 tulang dan mendapat kecacatan kekal.apa dosa budak tu di dera sehingga demikian rupa,manusia jenis apa mak tiri dan bapak dia ni?aku tengok dalam internet muka sikit punya baik bertudung semua tapi setan! budak tu memang di lahirkan normal,tapi akibat hawa nafsu syaitan mak tiri dan bapaknya yang tak guna tu menyebabkan budak ini di sah kan bongkok dan tempang kaki nya..
Kalau ikut pada aku lah,hukuman yang patut di kenakan pada mereka berdua tu ialah dera mereka balik seperti yang mereka dera budak tu sehingga mendapat kecacatan kekal.baru adil.
Binatang pun tau sayangkan anak..
Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal budaya
Canggung bangsa sendiri

Wednesday, 1 July 2015
Wordless Wednesday
p/s : sori la pakcik Bon,dah ada temu janji dengan yang bawah tu.layan dvd pakcik kat rumah je la yek? :p
Subscribe to:
Posts (Atom)