Tinggal beberapa hari je lagi kita akan melangkah ke tahun baru 2015.pada aku tahun 2014 ni merupakan 'sad year'.
Kalau kita tengok sejak dari awal tahun lagi kita dah di timpa dugaan dan musibah.bermula dengan musim kemarau yang agak luar biasa panasnya,yang menyebabkan paras air sungai di sekitar Selangor hampir kering,catuan air di sekitar lembah kelang dan Selangor yang mana aku pun terpaksa mandi bercatu.
Kehilangan kapal terbang MH370 yang sehingga sekarang di selubungi misteri,belum pun reda kisah MH370,kita di kejutkan lagi dengan berita MH17 di tembak jatuh di Ukraine, kejadian puting beliung yang sebelum ini tak penah belaku di sini (kelang dan Kedah antara tempat yang teruk di landa puting beliung.isu perkauman yang tak habis2,isu pegang anjing,isu lemak babi,isu hina agama dan institusi diraja (ini negara memang ada raja,tukang provoke dan haters yang tak abis2 menyalak kat fb tu sila fahamkan rukun negara dulu ok,dan jangan sesekali nak hina agama aku)bangsa melayu yang makin berpecah belah,yang makin kaya di sanjung,yang miskin di hina,tak habis berhasad dengki.
Tamak,rasuah yang tak sudah2,harga minyak naik dan turun,harga barang tetap naik dan tak akan turun,kejatuhan nilai ringgit,dan yang terakhir sekali banjir yang teruk melanda di di negeri sekitar pantai timur Malaysia dan juga musibah yang menimpa kapal terbang Air Asia yang terbang dari Indonesia menuju ke Singapura..
Semua tanda2 musibah tu kita dah nampak terang2 lagi Allah SWT bagi peringatan..takkan tak sedar2 lagi kot?
Cukup2 la bertelagah,menghina,mengutuk sesama kaum.sedar2 lah wahai Malaysia.apa lagi yang kau nak?